Oleh Diyanah Anuar
KANGAR: Sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Raja Syed Saffi, di sini, mengalami kerugian kira-kira RM1 juta apabila musnah akibat dijilat api dalam kebakaran, awal pagi tadi.
Kebakaran dipercayai berlaku jam 6.20 pagi itu turut memusnahkan enam buah lori dan dua buahbas kepunyaan pemilik bengkel, selain sebuah stor simpanan tayar dan rim kenderaan.
Kejadian disedari apabila pemilik bengkel, Azmi Saad, 59, apabila menerima panggilan daripada pengawal keselamatan bertugas kira-kira jam 7 pagi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis Mohd Fadzil Haroon berkata, tujuh jentera bersama 28 anggota termasuk bomba sukarelawan dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi memadam kebakaran.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis Mohd Fadzil Haroon berkata, tujuh jentera bersama 28 anggota termasuk bomba sukarelawan dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi memadam kebakaran.
Katanya, kebakaran dipercayai berpunca daripada kebakaran belukar bersebelahan bengkel itu, namun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/16
No comments:
Post a Comment