Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

24 February 2014

RAWAT HATI - Sedekah?






Sedekah ?
Soalannya, adakah mencukupi sedekah jariah kita bagi menampung akaun akhirat kita yang sedikit. Itu yang selalu bersedekah. Yang tak pernah memberi sedekah, bagaimana pula ? Dah la tak bersedekah (mungkin kerana kesempitan hidup), solat pula tidak dijaga ! Kasihan mereka, susah di dunia dan tambah susah di Akhirat.
Bagi yang merasakan akaun akhirat tu belum mencukupi, marilah kita tanam azam untuk menjadi penderma yang proaktif. Ada duit banyak pun bukan boleh dibawa mati. Masa dikebumikan nanti, duit yang banyak dan harta yang bertimbun semuanya ditinggalkan. Dah tak boleh memberikan manfaat. Sementara harta ada ni, rajin-rajinlah menderma.

Jangan takut habis. Allah dah janji setiap KEBAIKAN diberi gandaan 10, malah ada yang 700. Tak caya lagi ?

Jangan takut miskin kerana bersedekah. Sesungguhnya sedekah kita boleh memberi talian hayat kepada kita di alam barzakh. Selama mana sedekah kita memberi manfaat kepada manusia, selama itu pahalanya terus mengalir kepada kita sehingga ke hari Kiamat. AllahuAkbar.
Jadi apa tunggu lagi ! Marilah kita mulakan hari baru kita dengan sikap suka bersedekah. Sesungguhnya sedekah boleh menolak BALA. Dan ia sifat yang disukai oleh Allah dan Rasul. Alangkah bertuahnya kita apabila pahala sedekah kita yang ikhlas kerana Allah walaupun sedikit menjadi penyelamat kita di alam Barzakh.



No comments: