Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini
kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa
dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.
Bilangan penari
Tarian kuda
kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:
·
9 orang penari
·
5 orang pemain muzik
·
2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
·
9 - 15 orang penjaga kawasan.
Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Penari-penari biasanya berpakaian seragam.
Peralatan
Peralatan
tarian kuda kepang terdiri daripada:
·
lima buah angklung
·
sebuah gendang
·
beberapa gong
·
beberapa bonang(caklempong)
·
beberapa saron
·
beberapa jidur
·
beberapa kenong
·
sekurang-kurang sembilan kuda
·
sebatang pecut
·
serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).
Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik. Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.
Cara permainan
Kuda
kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian
bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga
kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput,
dan air untuk
persembahan.
Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang. Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.
Pantang
Kumpulan
pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk
persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur
dengan lauk ayam dan sayur, serta
beberapa jenis kuih.
Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25
kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain
mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.
Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.
Rujukan
·
Laman Universiti Nasional Singapura
|
No comments:
Post a Comment