The Malaysian Insider – 7 hours ago
Polis
Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan Pesawat MH370
adalah juruterbang penerbangan tersebut, iaitu Kapten Zaharie Shah
(gambar), lapor The Sunday Times, United Kingdom.
Akhbar
itu melaporkan, Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas
pesawat dibersihkan.
"Penyiasatan
jenayah tidak menolak kemungkinan kerosakan mekanikal atau perbuatan pengganas,
tetapi polis berpendapat jika ia adalah kerana tindakan manusia, maka Kapten
adalah orangnya," lapor akhbar itu.
Polis
cawangan khas kini menumpukan penyiasatan ke atas Zaharie selepas semua yang
lain di atas pesawat yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Beijing 8
Mac lalu itu dibersihkan.
Menurut
media itu, polis sudah menemubual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie
– seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam
media sosial itu – tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di
masa depan.
Ia
berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh lain-lain termasuk
pembantu pilot, Fariq Hamid dan lain-lain kakitangan di atas pesawat itu, lapor
The Sunday Times.
Kaptan
Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila
simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi rehearsal pesawat
sejauh Lautan Hindi atau mendarat di landasan yang pendek.
Ia
dipadamkan dari simulator tersebut, namun berjaya ditemui kembali oleh
pakar-pakar yang menyiasatnya. – 22 Jun, 2014.
No comments:
Post a Comment