Oleh FAUDZIL HARUN
Hasil dari kepercayaan ghaib yang tidak ada asas dalam Islam, maka
ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah. Secara
mudahnya virus ini terbentuk dari amalan dan kepercayaan terhadapnya.
Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada
sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang
ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa
yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan
dengan jin dan sebagainya.
Justeru
itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan
dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.
Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:
"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan
di bumi melainkan Allah semesta." (An-Naml: 65)
Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib.
Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai
berikut:
"Kalau
saya dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya saya dapat memperoleh kekayaan
yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain saya hanyalah
seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum
yang mau beriman." (Al-A'raf: 188)
Oleh karena itu.., barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang
sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan
mendustakan manusia banyak.
Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi
adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian
mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah
tuan apakah ini?
Maka Nabi menjawab dengan tegas:
"Aku
bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan
tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."
Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini,
meramalkan perkara ghaib seperti dimana boleh dijumpakan orang hilang, siapa
yang melakukan kejahatan kepada individu tertentu dan pelbagai lagi.
Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita
tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan
perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat.
Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia
mempercayai ramalan bomoh tersebut.
Masyarakat
awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan
dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa
perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan
wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Barangsiapa
yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia mempercayai
apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh
hari. (Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
Barangsiapa
yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka
kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Riwayat
Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali
'Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791)
Kenapa orang takut pergi ke tanah perkuburan di waktu malam?
Adakah kerana orang ini percaya terdapat hantu di tanah perkuburan? Adakah orang yang takut gelap itu pernah melihat hantu berkeliaran di tanah perkuburan diwaktu malam?
Adakah terdapat bukti bahawa hantu akan berkumpul di tanah perkuburan di waktu malam?
Adakah kerana orang ini percaya terdapat hantu di tanah perkuburan? Adakah orang yang takut gelap itu pernah melihat hantu berkeliaran di tanah perkuburan diwaktu malam?
Adakah terdapat bukti bahawa hantu akan berkumpul di tanah perkuburan di waktu malam?
No comments:
Post a Comment