Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

13 July 2014

PALESTINA MENENTANG TENTERA SYAITAN - 11 Ayat al-Quran Serlah Siapa Yahudi


Picture: credit to Traffic Optimiser











Setiap hari kita mendengar, melihat, memerhati dan membincangkan keganasan bangsa Yahudi yang bernegarakan Israel membunuh dengan kejam dan biadab semua lapisan masyarakat tak kira kanak-kanak, perempuan atau lelaki. 

Mereka dengan selesa, tanpa segan silu dan ganas membunuh, membunuh dan membunuh di hadapan masyarakat antarabangsa dengan pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mandul. 

Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis. 

Pada suatu hari Abu ’Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” 

Baginda menjawab: ‘‘Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.” 

Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih.” (Surah Ali ’Imran: 21).

Baginda meneruskan ceritanya: ‘‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.” (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir). Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari. Dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya. Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat dengan menggunakan sama ada kata kerja mudari’ (continuos tense), madi (past tense) dan dalam bentuk kata benda dasar. Sebagai contoh, ayat yang menggunakan kata kerja mudari’ adalah ayat bermaksud 

‘‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur'an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?" (Surah al-Baqarah: 91) Ayat yang menggunakan kata kerja masa lampau dan sebagai pengakuan bohong mereka ada dalam ayat bermaksud: 

‘‘Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya Kami membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham, padanya, sebenarnya berada dalam keraguan mengenai pembunuhan itu. Tiada suatu pengetahuan pun mengenainya selain mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” (Surah al-Nisa: 157) Ayat yang menggunakan kata benda dasar adalah ayat bermaksud: ‘‘Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya.” (Surah al-Nisa: 155) Mereka juga berniat membunuh Nabi Harun Alaihissalam, firman Allah maksudnya: ‘‘Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang zalim." (Surah al-A’raf: 150) Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi di atas, Allah pun menghukum mereka dengan hukuman seperti disebutkan dalam al-Quran maksudnya: ‘‘Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali ’Imran: 112). Kebenaran ayat ini masih berlaku hingga ke hari ini kerana bangsa Yahudi masih menjadi bangsa tidak disukai dan digemari oleh bangsa dunia yang diwakili. Kita mengimani sedalam-dalamnya ajaran al-Quran dan hadis. Kita mengimani bahawa para Nabi dibunuh bangsa Yahudi pada masa lalu. Kita juga mengimani bahawa bangsa Yahudi akan menerima padah di dunia dan di akhirat kelak. INTI PATI Bukti kekejaman Yahudi 1 Keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat suci. 2 Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis. 3 Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi, Allah menghukum mereka. Oleh:Abdurrahman Haqqi

Sumber: http://www.haluan.org.my


No comments: