Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

3 February 2014

PEKERJA YANG DIZALIMI MAJIKAN ANGKUH - Khidmat Nasihat Percuma






Oleh Faudzil Harun


Terlalu ramai pekerja dizalimi majikan-majikan angkuh dan sedihnya, terlalu ramai pekerja di negara ini “terlalu takut” untuk menuntut hak mereka sebagai pekerja yang dizalimi.


Oleh kerana terlalu takut, tidak mengetahui hak menurut peruntukkan undang-undang, dan ditambah dengan “nasihat sesat” dari ramai “Pakar Nasihat Sesat” terlalu ramai pekerja yang dizalami hanya mendiankan diri.


Di atas kesedaran ini, 

sekumpulan individu yang terdiri dari Juru Perunding, Peguam dan Individu menawarkan "Khidmat Nasihat Percuma" kepada mana-mana pekerja yang dizalimi majikan. Bagi orang Islam pula, adalah menjadi kewajipan "Orang Islam" untuk menolong pekerja-pekerja yang dizalimi majikan.


Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pekerja tanpa mengira bangsa dan agama.


Mana-mana pekerja yang dizalami majikan dan ingin menuntut hak sebagai pekerja yang dizalimi menurut peruntukkan undang-undang boleh menghubungi “Kumpulan Pemberi Nasihat” ini dengan cara menghantar email kepada : coachfaudzil@yahoo.com

Sebagai panduan secara ringkas, berikut adalah

PERUNTUKAN ASAS DIBAWAH UNDANG-UNDANG BURUH MALAYSIA YANG SERING DI ABAIKAN ATAU TIDAK DI KETAHUI MAJIKAN SWASTA
1.   Tanggungjawab Majikan Mendaftar
     
      Majikan hendaklah melaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja 
      berhampiran dalam tempoh 30 hari apabila memulakan sesuatu

      perniagaan.

2.   Hubungan Majikan - Pekerja

      Kedua-dua pihak, majikan dan pekerja terikat dengan 
"Prinsip
      Hubungan Majikan-Pekerja" dengan cara memenuhi 
obligasi kedua-
      dua pihak.

3.   Majikan tertakluk kepada segala peruntukkan dibawah :
        
Akta Kerja, 1955 (Akta 265);
     
Akta Cuti Mingguan 1950, Akta 220
     
Akta Pampasan Pekerja 1952, Akta 273 
     
Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta 262
     
Akta (Penggajian) Kanak-kanak dan Orang Muda 1966, Akta 350
     
Akta Pekerjaan (Sekatan) 1968, Akta 353
     
Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta 177
     
Ordinan Buruh Sabah 1950, Akta A1238
     
Ordinan Buruh Sarawak 1952, Akta A123
     
Akta Umur Persaraan Minimum 2012, Akta 753 
     
Perintah Gaji Minimum 2012


4.   Peraturan-peraturan Di Bawah Akta Kerja 1955

      Peraturan-peraturan Kerja 1957
     
Peraturan-peraturan Kerja (Prosedur-Peruntukan-
          peruntukan
 Bersaling) 1957
     
Peraturan-peraturan Kerja (Mengambil Bekerja Wanita) 
          (Konduktor Wanita) 1958
     
Peraturan-peraturan Kerja (Mengambil Bekerja Wanita) 
          (Pekerja-pekerja Syif) 1970
     
Peraturan-peraturan Kerja (Kadar Minimum Elaun Bersalin) 1976
     
Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan
          dan
 Rentikerja Sentara) 1980
     
Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980
     
Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Peluasan
          dan
 Pengubahsuaian Akta Kerja) 2000
     
Peraturan-peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010

5.   Akta Berkaitan Perlindungan Sosial Pekerja


      Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta 4
     
Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, Akta 452

6.   Akta Berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerja

     
Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta 139
     
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta 514 dan
         lain-lain Akta bergantung kepada jenis dan risiko
 pekerjaan. 

7.   Akta-Akta Lain Yang Berkaitan

     
Akta Kontrak 1950, Akta 136
     
Akta Pembanguan Sumber Manusia 1992, Akta 491
     
Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta 53

8.   Pemecatan Pekerja

      Definisi atau tafsiran “workman” di bawah Seksyen 2 Akta
      Perhubungan Perusahaan 1967 tidak membezakan diantara pekerja
      tetap, pekerja sementara, pekerja sambilan, pekerja yang telah
      disahkan dalam perkhidmatan atau pekerja percubaan. 

      Pekerja boleh memfailkan tuntutan untuk “reinstatement” di 
      bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 jika 
      pekerja itu menganggap dirinya telah dipecat secara tidak adil 
      atau tanpa alasan yang munasabah.


9.   “The Rules of Natural Justice”

      Peraturan atau p rinsip “natural justice” adalah peraturan yang
      di gariskan oleh mahkamah sebagai perlindungan minima ke atas 
      hak pekerja terhadap prosedur pihak berkuasa (“judicial or quasi-
      judicial”) menetapkan perintah terhadap hak tersebut.


dan banyak lagi peruntukkan-peruntukkan dalam pelbagai Akta dan Peraturan yang diambil pakai di Malaysia.


Sembilan (9) contoh diatas merupakan sebahagian dari teras perundangan yang menjadi sebahagian dari perkara paling asas dalam hubungan pekerjaan dan terdapat pelbagai peruntukkan lagi secara teknikal dan menurut intepritasi berlainan yang melindungi pekerja di Malaysia. 


Interpritasi “Kontrak Pekerjaan” selalu disalah tafsir oleh majikan kerana tidak memahami intepritasi kontrak itu sendiri.


Selain itu, obligasi terhadap "The Duty of Care" di bawah peruntukkan "Common Law" yang memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kerosakkan dan kerugian selalunya tidak diketahui oleh majikan-majikan dan pengurus-pemgurus yang selalu beranggappan mereka ini orang-orang pandai, sedangkan mereka tiada ilmu mengenai hal ini.


Culprit Negligence of Duties di bawah Common Law sering tidak difahami oleh majikan.


Contributory Negligence dan Frustration of Contracts di bawah Civil Law Act, 1956 juga sering tidak di ketahui Majikan.


Tetapi oleh kerana “keangkuhan” ramai majikan dengan angkuhnya menganiaya pekerja dengan andaian mereka ada "kuasa" berbuat sesuka hati mereka.

Layarilah laman Makhamah Perusahaan, Jabatan Perhubungan Pekerjaan dan Jabatan Tenaga Kerja untuk mengetahui lebih lanjut.


Sumber: Kumpulan Pemberi Nasihat


No comments: