Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

19 April 2014

TRAGEDI - Maut jatuh tingkat lima






MOHD ISKANDAR OTHMAN - 15 April 2014



  • Maut jatuh tingkat limaAnggota polis memeriksa mayat wanita Indonesia yang terjatuh dari tingkat lima.
 1 / 1 
GEORGETOWN -  Wanita warga Indonesia ditemui mati dipercayai terjatuh daripada sebuah rumah di Fortune Court, Air Itam di sini awal pagi semalam.

Mayat wanita yang dikenali sebagai Juwariah Syarpii, 30, ditemui terbaring oleh penduduk di kawasan berkenaan kira-kira jam 7 pagi dalam keadaan berlumuran darah.

Difahamkan, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu baharu sahaja dihantar oleh bekas majikannya ke rumah ejen yang terletak di tingkat lima perumahan berkenaan petang kelmarin.

Menurut sumber, visa kerja wanita berkenaan juga dikatakan telah tamat tempoh hampir dan akan dihantar pulang ke negara asalnya tidak lama lagi.

Pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan selain kedua-dua belah kakinya patah.

Orang awam yang menemui mayat mangsa menghubungi polis memaklumkan penemuan itu.

Pasukan perubatan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) juga dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah disahkan mati.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dibawa ke HPP untuk dibedah siasat.


No comments: