Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

19 April 2014

TRAGEDI - Budak maut kepala terhantuk gelung pembentung






WARTAWAN SINAR HARIAN - 15 April 2014


  • Budak maut kepala terhantuk gelung pembentungMangsa maut selepas terjatuh dan kepala terhantuk di gelung pembentung ketika bermain bersama abangnya dan tiga rakannya.
 1 / 1 
IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut selepas kepala terhentak gelung pembentung ketika bermain bersama abang dan tiga rakannya di sebuah stor di Kampung Khantan Baru di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, Heng Chiew Zheng bersama abangnya bermain gelung pembentung di hadapan sebuah stor yang menempatkan perkakas pembinaan bangunan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika bermain, murid tahun empat sebuah sekolah rendah Jenis kebangsaan  di sini terjatuh dan kepalanya terhentak pada konkrit terbabit.

“Abangnya berusia 14 tahun membawa adiknya balik ke rumah yang terletak bersebelahan dengan kawasan stor terbabit. Sampai di rumah simati tidak sedarkan diri dan meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati didapati tiada unsur jenayah berlaku. Bapa si mati dan pemilik stor telah membuat laporan polis dengan menyatakan kematian kerana kemalangan ketika bermain,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan bedah siasat telah dijalankan sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.


No comments: