Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

21 April 2014

MH370 - Mungkinkah? besar kemungkinan dirampas?






Friday, March 14, 2014


Maklumat terkini menyelubungi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) B777-200ER MH370 mengesahkan temuan awal radar TUDM bahawa pesawat malang itu berpatah balik ke arah barat Semenanjung. 

Para pegawai Amerika Syarikat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk krew yang berlepas daripada KLIA 12.41 pagi Sabtu laluan Kuala Lumpur Beijing, China; percaya bahawa dua sistem komunikasi yang berada dalam pesawat itu dinyahaktifkan berasingan selang 14 minit; maklumat ini menunjukkan bahawa pesawat tidak mengalami gangguan mekanikal atau kehilangan kuasa atau kerosakan enjin.

Sistem penghantar data (data reporting system) dimatikan pada 1.07 pagi dan yang kedua dimatikan pada pukul 1.21 pagi, sebaik-baik sahaja juruterbang signed offdengan Menara Trafik Udara Subang dengan kata-kata akhir "All right, good night"kemudian pesawat hilang daripada radar dan kemudian menukar arah menuju barat.

Tindakan menutup transponder (alat komunikasi) merupakan tindakan terancang dan disengajakan. Faktor ini lah yang membawa kepada pasukan penyiasat kehilangan pesawat malang itu, bahawa tindakan manusia merupakan penyebab kehilangan misteri MH370. Tindakan mematikan alat komunikasi adalah bertujuan agar supaya tidak dapat dikesan, walaupun pesawat masih meneruskan penerbangan.

Walau semua alat komunikasi pada pesawat malang itu semuanya dinyahaktifkan atau dimatikan, namun pesawat tetap menghantar signal yang dipanggil "pings" daripada ACARS yang berada dalam pesawat itu terus ke satellite. Sebenarnya melalui signal pings, akan diketahui lokasi, kelajuan dan ketinggian pesawat sekurang-kurangnya 5 jam selepas ianya hilang misteri daripada radar. Data daripada Immarsat - Syarikat Telekomunikasi British menunjukkan pesawat terbang pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut, namun pihak Amerika enggan mendedahkan lokasi terakhir pesawat itu menghantar data dan tidak tahu mengapa saluran data terhenti. Walau bagaimanapun, Amerika mengubah liputan pencarian dan menyelamat ke kawasan lautan Hindi kira-kira 1,600 km daripada Kuala Lumpur.

Teori: Lingkaran menunjukan jangkaun jarak yang boleh dicapai MH370, sebelum signal ping terputus 


Kemungkinan signal pings diputuskan dengan sengaja oleh seorang dalam pesawat, adalah penyebab terhentinya penghantaran isyarat.

Berasaskan data satellite, signal ping berterusan sehingga penerbangan pesawat MH370 berjaya melepasi 2,200 batu nautika daripada posisi terakhir (hilang pada sken radar). Fakta ini menunjukkan bahawa pesawat dalam keadaan baik dan bukan mengalami kemalangan atau kerosakan atau mengalami kegagalan enjin.

Melihat kepada keadaan bahawa signal pings secara tiba-tiba berhenti, teori yang menyokong keadaan itu apabila pesawat kehabisan minyak dan kemudian terhempas. Oleh kerana destinasinya adalah Asia Barat/Iran, maka kemungkinan pesawat malang itu jatuh di lautan Hindi; dan kini berada 5,000 kaki dasar laut.
COPY PASTE SEPENUHNYA DARI SINI

12 comments:

Anonymous said...
Kemungkinan..tp adakah hala tuju ke iran disbb kan 20 org yg pakar komputer yg boleh buat pesawat.tak dpt dikesan,adakan sistem ini yg iran mahukan utk diletakkan pada senjata nekulernya jika ada??..mereka yg pakar lebih mengetahui..
Anonymous said...
"Menghala ke Asia Barat/Iran"..adakah ini 1 cubaan alasan utk USA tuduh iran dan lps tu serang Iran..buka mata semua muslim 1per1 negara islam digayah dgn alasan yg samar
Anonymous said...
ini pasal isu syiah yg Makaysia haramkan
Anonymous said...
111
Anonymous said...
Ini baru betul konspirasi dunia.
puncakbistari said...
Iran mempunyai kebolehan mengawal dan pernah mendaratkan kapal terbang drone Amerika. Mungkin ini angkara Iran
Anonymous said...
Bah. Pertama:

Si rejim-rejim Barat-Zionis ni memang DALANG-DUA-MUKA plg. DAJAL! Bayangkanlah, dgn. teknologi amat canggih Barat-Zionis, mereka tak boleh mengesan MAS ini – MUSTAHIL; sedgkan DRONE mereka boleh pula kesan ‘teroris’ kampung kat pendalaman dan kwsn. Pergunungan, cthnya di Afghanistan, Pakistan, Yemen dsbnya!
Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014;)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori MAS di’hijack’ ke Diego Garcia ini tidak mustahil – kemudian MAS kononnya akan dijumpai oleh US Navy dalam Lautan Hindi yg. sungguh sukar ini, kononnya terhempas setelah dirampas ‘teroris’, bahkan ini memang baru diramalkan Pentagon (macam mana pula dia tahu MAS terhempas di Lautan Hindi?!) dan kenapa tak mengesahkan dahulu hal ini dgn. K’jaan kita! Maka bukti mungkin tidak akan dijumpai bila-bila – inilah yg. disyaki diharapkan si PENGGANAS Barat-Zionis ini.

Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting, termasuk empat pemegang patent teknologi terbaru, dr. syarikat Freescale Semiconductor. Sy. Freescale ini terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/ , Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )! Di samping itu, Freescale Semiconductor ini juga turut dimiliki Empayar ZIONIS plg. Dajal, Empayar Rothschild (yg. membiayai dan mengasaskan Zionisma dan Israel - lihat di http://aftertheshift.blogspot.com/2014/03/malaysia-airlines-flight-370-patents.html, Malaysia Airlines Flight 370: “Patents Patents Patents?” ; http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html , Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone; dan http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012)

Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini , terutamanya dlm. industri PERTAHANAN (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011). Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan dan juga begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita atau 20 jurutera/pakar kita dan dr. China, dr. Freescale Semiconductor, kononnya mungkin bunuh diri atau terlibat terorisma!

Makcik Sambal Belacan.
Anonymous said...
Bah. kedua:

Tapi TAK pula CIA Dajal ni menuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia direkrut jadi ejen CIA-Mossad; disyaki akan dpt. ID baru, setelah disyaki menjlnkan misi dlm. MAS ini (lihat di
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html, Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him', by James Rush, 11 March 2014.)

Juga Barat-ZIONIS disyaki mahu MEMBANKRAPkan MAS (supaya terpaksa bergabung dgn. sy. penerbangan Barat-ZIONIS melalui One World Alliance, yg. baru disertai MAS) dan menghancurkan hubungan Diplomatik baik antara China dan Malaysia, serta menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini, hingga terpaksa bekerjasama lebih rapat dgn. Barat-ZIONIS melalui CIA-MI6/tentera US-British, dan perisikan/tentera Singapura (yg. diKUASAI CIA-Mossad, lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html , THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Serta memaksa NEGARA ISLAM Malaysia dan Brunei menyertai TPPA, yg. di KUASAI Barat-ZIONIS ini.

Maka teori ‘hijacking’ MAS oleh Barat-Zionis di pengkalan tentera laut US di Diego Garcia ini tak mustahil kerana si Barat-ZIONIS asyik menyerang dan membunuh umat Islam sesuka hati, dlm pembunuhan beramai (GENOCIDE) di Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone atau bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya, Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013).

Kerajaan kita dan China, mesti MENYIASAT kemungkinan ini, melalui apa cara pun, demi MENYELAMATkan penumpang MAS tersebut! Jgn. remehkan sebagai teori 'konspirasi' semata - setiap maklumat adalah PENTING!

Makcik Sambal Belacan.
Anonymous said...
X nak di sokong kenyataan amerika nie kdg kdg ado botul eh...di sokong azab d korjokan pulak negaro yg di tuduh...logik eh ado kok ilang tempat lain cari tempat lain mmg smp kiamat x jumpo....pandai pandai la bertaichi...yg elok diikut yg parpu di tolak...
Anonymous said...
maaf jika menyentuh emosi orang berkaitan
bila saja memasuki vector kawalan Vietnam, MH370 dikesan menukar haluan, mengapa selepas vector KLIA ? mengapa tidak maklumkan pada pusat kawalan Vietnam bila pesawat ubah haluan ?
transponder dimatikan secara manual
jika benar pesawat berkecai di laut mana serpihannya ?
tidak kurang 10 satelit, 40 kapal laut,30 pesawat sweep keseluruh kawasan tapi TIADA serpihan dijumpai
jika pesawat dapat mendarat dilaut dimana liferaft ? mengapa EPIRB tidak berfungsi ?
siapa lagi yang tahu bagaimana untuk shutoff semua system detector pesawat
jika pesawat mampu terbang , berapa jarak maksimum sebelum tangki kering ?
Anonymous said...
Senang cakap mh370 dihijack oleh kuasa besar xionis.apa yg brlaku skg sekadar lakunan bg negara yg mngetahui.malaysia mnjd kambing hitam kerana mmbawa pakar ke ng china.kita tnggu sja lah dan brfoa agar pesawat mh370 bersama penumpang dan crew selamat kembali.insyallah.
Anonymous said...
Boleh kembali ke. .. Mcm tak yakin. Kita dah masuk fasa krisis. Ya Allah negaraku yg aman dahulu tergugat dgn mainan politik si kunyit. Ni tambah lagi satu dugaan besar. Jgn ada kaitan dgn sikunyit udah ler. Dia kan sahabat baik puak @#%%#&

No comments: