LUKUT - Seorang lelaki warga Myanmar maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta, di Kilometer 8.3 Jalan Seremban - Port Dickson, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Abd Wahab Harun berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa Khai Pian Pau, 28, yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian.
“Siasatan polis mendapati, motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah Port Dickson-Lukut,” katanya.
Abd Wahab berkata, dalam insiden itu juga, isteri mangsa yang baharu sahaja turun dari motosikal turut tercedera.
“Wanita terbabit luka di kaki kanan, anggota badan dan kecederaan pada gigi dan kini sedang dirawat di Hospital Port Dickson.
“Dia belum dapat menceritakan kejadian sebenar kerana masih trauma," katanya.
Abd Wahab berkata, pemandu kereta seorang lelaki berusia 25 tahun dan bekerja sebagai seorang jurujual tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, saksi yang hanya dikenali sebagai Hong, 54, berkata, dia sedang minum di sebuah kedai berdekatan dan terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat sebuah kereta dan motosikal bertembung.
“Saya dan beberapa pengguna jalan raya lain tidak berani membantu mangsa kerana darah membuak-buak keluar dari kepalanya sebelum disahkan meninggal. Kami hanya membantu pemandu kereta dan isteri mangsa yang cedera,” katanya.

No comments:
Post a Comment