The Malaysian Insider
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti dokumen wujud campur tangan Putrajaya dalam pentadbiran kewangan Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan ahli perniagaan permaidani kontroversi, Deepak Jaikishen daripada hutangnya yang berbaki RM32 juta.
Surat rasmi kerajaan yang ditandatangani Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek itu dituju kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak mengenai pinjaman berjangka syarikat Deepak, Carpet Tile Sdn Bhd.
Hasan dalam surat itu mengarahkan Bank Rakyat menangguhkan tindakan undang-undang ke atas Deepak berkuatkuasa serta merta.
Manakala baki pembiayaan sebanyak RM32.2 juta akan diselesaikan melalui bayaran bulanan sebanyak RM270,000 untuk tempoh maksimum 10 tahun atau sehingga selesai, yang mana terdahulu.
"Bayaran bulanan akan dibuat melalui 120 keping cek 'post dated' berjumlah RM32.4 juta berkuatkuasa Januari 2014.
"Tindakan undang-undang akan diteruskan sekiranya cek 'post dated' tersebut gagal dilunaskan," kata Hasan dalam surat tersebut.
Katanya, perkara itu dipersetujui selepas perbincangan diadakan di pejabat Malek di Putrajaya pada 30 Januari lalu antara Naib Presiden Kanan (SVP) Perbankan Korporat Abdul Razak Abu Bakar, Mustafha sebagai wakil Bank Rakyat, dengan peminjam iaitu Deepak dan Rajesh.
Rafizi yang juga Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW) berkata, pihaknya menerima 13 dokumen yang melibatkan surat rasmi di antara Bank Rakyat dan Hasan, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain.
"Setelah meneliti dokumen-dokumen ini, saya berpendapat bahawa ia bukan sahaja menjadi bukti campur tangan menteri di dalam pengurusan Bank Rakyat, malah memberi gambaran betapa besarnya jumlah hutang Deepak Jaikishin dengan Bank Rakyat dan bagaimana dia mendapat layanan istimewa dari Bank Rakyat selama ini," katanya dalam kenyataan.
Katanya, NOW mulai hari ini akan mendedahkan dokumen satu persatu untuk sebagai bukti ada asas yang kukuh berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.
"NOW juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menteri terbabit pada hari Jumaat ini di Putrajaya.
"NOW juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menteri terbabit pada hari Jumaat ini di Putrajaya.
"Satu laporan terhadap Pengarah Urusan Bank Rakyat pula akan dibuat dengan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) pada hari Jumaat jam 3 petang di ibu Bukit Aman," katanya.
Katanya, dokumen terbabit akan didedahkan sepanjang bulan ini sehinggalah tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap Hasan dan Mustafha.
Katanya, dokumen terbabit akan didedahkan sepanjang bulan ini sehinggalah tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap Hasan dan Mustafha.
Skandal pinjaman bank Deepak timbul apabila bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara enggan mengikut telunjuk Hasan.
Katanya, 10 tahun bayar hutang tanpa faedah hanya akan menyebabkan kerugian terhadap Bank Rakyat.
"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri," katanya kepada The Malaysian Insider pada Mei lalu.
Namun Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam Dewan Rakyat pada Jun lalu menafikan memberi layanan istimewa kepada individu 'anugerah Tuhan'.
Beliau berkata, pihak yang menimbulkan dakwaan itu mungkin terkeliru dengan penstrukturan pembayaran semula pokok atau baki pinjaman.
Ahmad berkata, penstrukturan pembayaran semula yang diklasifikasi sebagai 'non performing loan' merupakan amalan biasa bank bagi memastikan sebarang pinjaman perlu mendapat pulangan yang baik berdasarkan keadaan semasa.
"Bank perlu buat keputusan terbaik bagi pemegang saham mereka. Ini amalan biasa bagi mana-mana bank, termasuk Bank Rakyat," katanya.
Mengenai 120 keping cek 'post-dated', beliau berkata perkara itu sekadar cara bayaran dan tidak menyalahi undang-undang.
"Yang penting orang itu bayar, tidak kisahlah cek post-dated atau tunai atau potong gaji yang penting dia mesti bayar.
"Kalau dia bayar cek yang tidak sah maka Bank Negara akan ambil tindakan undang-undang dan bukannya dia dapat lari begitu sahaja," katanya. – 16 Julai, 2014.
Sumber: https://my.news.yahoo.com
No comments:
Post a Comment