Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

13 April 2014

KANAK-KANAK GEMUK - Kanak-Kanak Gemuk Comel?






KANAK-KANAK GEMUK COMEL???

Ramai masyarakat di Malaysia mengatakan bahawa kanak-kanak yang gemuk adalah comel dan ramai juga yang memuji ibubapa kanak-kanak itu dengan beranggapan ibubapa tersebut pandai bela anak, telah beri makan yang cukup dan pelbagai anggapan.


Adalah ini betul???

Saya merasa sangat kasihan kepada golongan yang "Salah Tafsir" beranggapan kanak-kanak gemuk mempamerkan kasih sayang ibubapa.


Sebenarnya, Membiarkan Anak Menjadi Gemuk adalah "Zalim"


Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang gemuk akan rugi dalam pelbagai perkara semasa membesar???

Kanak-kanak gemuk bukan sahaja rugi tidak dapat menyertai pelbagai aktiviti disekolah, malah akan menjadi bahan ejekkan rakan sebaya.

Kanak-kanak gemuk mempunyai potensi menjadi gemuk apabila dewasa nanti dan akan menghidapi pelbagai penyakit-penyakit yang berbahaya.


Adakah kanak-kanak gemuk comel???


Penyakit kardiovaskular, diabetes dan gangguan pernafasan boleh menyerang orang gemuk di usia muda.

Adakah ibubapa yang menjadikan anak-anak mereka gemuk itu adalah ibubapa penyanyang???

Sebenarnya ibubapa yang menjadikan anak-anak mereka gemuk adalah ibubapa yang “Penyayang secara Zalim”.



Apa Yang Pelik?

Ramai Ibubapa gemuk telah merasai kesukaran menghilangkan 
kegemukkan setelah mereka menjadi gemuk, namun mereka masih membiarkan anak-anak mereka menjadi gemuk. Bukankah ini zalim?



Kenapa Anak Anda Gemuk? 

1.    Genetik dan Keturunan
       
  Kalau keluarga memang berketurunan obesiti, memang secara
             tidak langsung obesiti ini akan menjadi keturunan disebabkan
             oleh masalah genetik.

2.    Persekitaran
       
  Terutamanya masalah pemakanan dan juga dengan lambakan
             pelbagai jenis makanan segera di pasaran sekarang. Konon
             mudah, senang dan cepat tapi kesannya?

3.    Gaya Hidup Tidak Sihat
        ●  Kanak-kanak zaman sekarang lebih banyak menghabiskan masa
             dengan menonton televisyen, bermain komputer dan segala
             jenis gadget yang canggih daripada melakukan aktiviti luar
             rumah seperti bersenam.

4.    Psikologi
        ●  Psikologi kanak-kanak dan golongan dewasa di mana yang
             mengalami masalah tekanan perasaan akan mengatasinya
             dengan makan dengan lebih banyak daripada biasa termasuklah
             kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

5.     Masalah metabolism
        ●  Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Kadar metabolisma
             yang rendah akan menyebabkan jumlah lemak dan kalori dalam
             badan senang terbentuk dan susah untuk dibakar. Masalah
             rendah kadar metabolisma adalah kerana kurangnya hormon
             leptin dan lebih hormon kortisol.


Risiko Penyakit Kepada Anak Anda 

1.    Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif.
2.    Masalah jantung.
3.    Darah tinggi.
4.    Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.
5.    Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi masalah lain.


Apa Yang Perlu Dilakukan? 

Didik anak dengan mengambil makanan yang sihat, berkhasiat disamping mengajak anak bersenam bersama-sama.

Walaubagaimanapun, proses penurunan berat badan tidak berlaku dalam masa singkat dengan perubahan yang mendadak.

Jadi, ibubapa dan keluarga perlu memberikan sokongan kepada anak-anak.

Nasihat kepada ibubapa, jangan kurangkan kuantiti makanan anak-anak dengan alasan untuk menurunkan berat badan, tetapi berikan makanan yang lebih sihat seperti sayur dan buah dengan lebih kerap dan lebih banyak.

Banyakkan memberi kata-kata semangat dan kata-kata positif untuk menarik minat anak-anak untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat sekaligus menurunkan berat badan dengan cara yang sihat, selamat dan berkesan. 


Pilih Makanan Yang Berkhasiat

1.      Seluruh seisi keluarga mengamalkan pemakanan yang sihat, bukan  hanya anak-anak, jadi tidak wujud persekitaran yang terpencil dan  diskriminasi kepada anak-anak.
2.      Setiap kali memilih makanan, pastikan makanan yang dipilih tinggi  serat dan rendah lemak.
3.      Jika umur anak sudah mencecah melebihi 2 tahun, berikan susu yang  rendah lemak untuk membantu menurunkan berat badan dan  pastikan anak-anak makan di atas meja makan. 




















No comments: