Oleh : Faudzil Harun - Trans Management Consultants (TMC)
Secara
umumnya tidak ramai orang suka dikritik. Namun ramai juga yang
boleh
menerima kritikan jika ia disampaikan secara konstruktif.
Panduan
berikut boleh mambantu anda mencapai matlamat memberi kritikan
tanpa
membuat pekerja menjadi marah atau kecewa :
1.
Pilih Masa Yang Sesuai
● Jangan mengkritik
semasa pekerja sedang melaksanakan tugas.
● Jangan mengkritik pekerja dihadapan orang lain.
● Jangan mengkritik pekerja yang sedang berhadapan krisis bersama orang
lain.
2.
Kritik Tingkah Laku Secara Spesifik
● Beri kritikan yang
menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku, kekerapan
dan kesan kepada operasi atau bisnis secara
keseluruhan bukan kerana
anda tidak menyukainya.
3.
Kritik Perlakuan, Bukan Peribadi Orang
● Beri penjelasan
berkaitan perlakuan yang perlu dibaiki.
● Jangan mengkritik pekerja secara umum.
4.
Tentukan Perubahan Yang Boleh Dicapai
● Pastikan perubahan
yang anda harapkan itu boleh dicapai.
● Jangan
mengharapkan perubahan yang tidak boleh dicapai atau tidak
rela dilakukan.
5.
Berikan Dorongan
● Setiap orang
perlukan dorongan untuk bertindak.
● Fikirkan cara memberi dorongan yang akan membuat orang
rela membuat
perubahan.
● Berikan cadangan
bagaimana perubahan boleh memberi kebaikan.
6.
Sampaikan Apa Yang Anda Mahu
● Sampaikan dengan
jelas dan spesifik apa yang anda mahu orang itu
lakukan.
● Tentukan tempuh
yang munasabah.
7.
Pastikan Kritikan Difahami
● Memastikan
kritikan anda difahami adalah penting.
● Semak kefahaman
dengan bertanya soalan dan meminta orang membuat
penjelasan apa yang difahami dengan cara mereka
sendiri.
● Jangan hanya
bertanya “anda faham?” kerana selalunya orang akan
menjawab “faham” tanpa membuat semakan kefahaman diri.
8.
Berikan Cadangan Yang Mudah Diterima
● Cadangan lebih
mudah diterima dari suatu kenyataan berpandukan fakta.
● Jangan hanya
berkata “anda tidak mencuba” sebaliknya katakana “anda
boleh mencuba sesuatu yang baru” atau “nampaknya anda
perlu
gandakan usaha anda.”
9.
Bersedia untuk Membantu
● Sampaikan
kesediaan anda untuk membantu.
● Pamerkan
kesungguhan anda menerusi ekspresi wajah dan bahasa
gerakan badan.
● Buat perakuan
turut bertanggungjawab diatas kelemahan yang berlaku
dan tentukan tindakan dan matlamat bersama.
10.
Kawal Emosi
● Semua orang mudah
terdorong untuk menjadi marah.
● Kawal emosi anda
kerana nada suara dan bahasa gerakan badab juga
menghantar mesej kepada penerima.
11.
Jangan Mengkritik Sambil Ketawa
● Ketawa sambil
memberi kritikan akan menjadikan kritikan sebagai
sindiran atau kritikan yang tidak serius.
12.
Jangan Buat Perbandingan
● Perbuatan membuat
perbandingan dengan orang lain selalunya akan
melukakan hati dan merentap semangat orang.
● Semua orang adalah
unik, mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.
13.
Jangan Buat Kesimpulan Umum
● Membuat kesimpulan
umum seperti “Tidak pernah mengisi borang
dengan betul”, sedang orang itu telah melakukannya
beberapa kali
adalah satu kesimpulan yang salah.
14.
Jangan Anggap Anda Tahu Segala Fakta
● Sebelum membuat
kritikan, semak fakta berkaitan perlakuan, tabiat,
provokasi dan keadaan kesihatan (fizikal, mental dan
sosial).
● Fikirkan faktor
yang mendorong kepada perlakuan yang mahu dikritik.
● Fikirkan faktor
diluar kawalan (gaya kepimpinan, sistem, latihan,
peralatan, suasana persekitaran, kemudahan asas,
saluran komunikasi
dsb.)
15.
Jangan Pendamkan Kritikan
● Memendam kritikan
dalam hati hanya akan menjadi beban.