Oleh Faudzil Harun
Intepretasi pekerja dalam Akta Kerja 1955 tidak mengklasifikasikan pekerja percubaan sebagai pekerja yang tidak berhak keatas peruntukkan-peruntukkan di bawah Akta 1955, maka majikan tidak boleh menyekat hak mereka sebagai pekerja yang dilindungi Akta Kerja 1955 dan Undang-undang lain yang berkaitan.
Hak Umum Pekerja Percubaan
Segelintir majikan memiliki andaian bahawa pekerja
percubaan bukan pekerja tetap dan tidak berhak keatas semua atau sebahagian
peruntukkan-peruntukkan di bawah Akta Kerja 1955. Ini adalah tidak betul.
Pekerja pecubaan memiliki hak yang sama dengan pekerja tetap atau pekerja yang
telah disahkan dalam perkhidmatannya.
Intepretasi pekerja dalam Akta Kerja 1955 tidak mengklasifikasikan pekerja percubaan sebagai pekerja yang tidak berhak keatas peruntukkan-peruntukkan di bawah Akta 1955, maka majikan tidak boleh menyekat hak mereka sebagai pekerja yang dilindungi Akta Kerja 1955 dan Undang-undang lain yang berkaitan.
Tempoh Percubaan
Seorang pekerja dalam tempoh percubaan merupakan seorang pekerja yang sedang
dilatih atau prestasinya sedang diuji. Pekerja percubaan memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dalam persekitaran baru dan mempelajari kaedah kerja yang
baru. Majikan harus membenarkan pekerja percubaan menjalani tempoh percubaannya
sehingga akhir untuk membuktikan kebolehannya.
Perkhidmatan pekerja percubaan tidak boleh di tamatkan atas alasan
prestasi lemah sebelum tempoh percubaan dipenuhi.
Di akhir tempoh percubaan majikan bolehlah membuat keputusan sama ada untuk
mengesahkannya dalam perkhidmatan atau melanjutkan tempoh percubaan atau menamatkan
perkhidmatannya dengan alasan yang munasabah.
Jenis
Percubaan :
1. Pekerja Baru
Tempoh percubaan bertujuan menguji dan
menilai kesesuaian pekerja
dalam pekerjaan dan situasi perniagaan.
Ia juga bertujuan untuk
mencungkil bakat dan potensi pekerja baru.
Majikan harus memberikan latihan,
tunjuk ajar, dorongan dan sokongan
untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan
baru.
2.
Kenaikkan Pangkat
Tempoh percubaan bertujuan menguji kesesuaian pekerja memenuhi
Tempoh percubaan bertujuan menguji kesesuaian pekerja memenuhi
tanggungjawab tambahan dalam menjawat jawatan
baru. Terma dan
syarat dalam surat lantikan harus menjelaskan majikan berhak untuk
membatalkan kenaikkan pangkat sekiranya pekerja yang terpilih itu tidak
dapat
menyesuaikan diri dalam melaksanakan tanggungjawab tambahan.
Majikan harus memberikan latihan,
tunjuk ajar, dorongan dan sokongan
yang sewajarnya sebelum memberikan
tanggungjawab tambahan atau
menaikkan pangkat seseorang pekerja.
Tempoh Percubaan Berterusan
Apabila
seorang pekerja percubaan tidak disahkan atau kontraknya ditamatkan selepas
tempoh percubaan tamat, maka pekerja itu akan terus bekerja sebagai pekerja
percubaan sehingga majikan membuat keputusan terhadap status pekerjaannya.
"No such thing as mandatory or automatic confirmation"
Pemecatan Pekerja Percubaan
Pekerja percubaan boleh dipecat atas alasan salahlaku setelah siasatan dilakukan dan prosedur yang sama seperti pekerja tetap perlu di lakukan. Peruntukkan S14 (1) dan (2) Akta Kerja 1955 hendaklah dipatuhi.
Definisi
atau tafsiran “workman” di bawah Seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 tidak
membezakan diantara pekerja tetap dan pekerja percubaan. Pekerja percubaan
memiliki hak yang sama dengan pekerja tetap boleh memfailkan tuntutan untuk
“reinstatement” di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Pekerja
percubaan tidak harus dipecat tanpa keadilan dan alasan yang munasabah.