Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

27 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Cuti Sakit

Oleh Faudzil Harun 















S 60F (1)  Seseorang pekerja hendaklah, selepas pemeriksaan atas perbelanjaan majikan;

(a)  oleh seorang pengamal perubatan yang dilantik oleh majikan; atau

(b)  jika tiada pengamal perubatan dilantik, oleh pengamal perubatan 

      berdaftar yang lain atau oleh seorang pegawai perubatan, berhak 
      mendapat cuti sakit berbayar :


Tempuh Perkhidmatan

Jumlah Cuti Sakit
Kurang dari 2 tahun

14 hari setiap tahun
Lebih dari 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun

18 hari setiap tahun
Lebih dari 5 tahun

22 hari setiap tahun



Pemberitahuan Cuti Sakit
(S 60F (2) Akta Kerja 1955)
Seorang pekerja yang tidak hadir bekerja atas alasan cuti sakit yang tidak disahkan oleh pengamal perubatan atau pegawai perubatan yang berdaftar atau setelah disahkan tetapi tidak memberitahu atau cuba memberitahu majikannya darihal cuti sakit yang didapatinya dalam tempuh 48 jam hendaklah dianggap tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikan dan tanpa alasan munabasah.


Hospitalisasi
(S 60F (1) (bb) Akta Kerja 1955)
Pekerja berhak mendapat cuti sakit 60 hari (kesemuanya termasuk cuti sakit tanpa hospitalisasi) setiap tahun jika hospitalisasi atau dianggap hospitalisasi oleh pengamal perubatan atau pegawai perubatan berdaftar.