Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

27 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Cuti Tahunan dan Pertindihan Cuti Tahunan

Oleh Faudzil Harun 















Cuti Tahunan (S 60E Akta Kerja 1955)

1.  Pekerja berhak mendapat cuti tahunan tidak kurang dari :


Tempuh Perkhidmatan

Jumlah Cuti Tahunan
Kurang dari 2 tahun

    8 hari bagi 12 bulan perkhidmatan  
    berterusan dengan majikan yang sama.
Lebih dari 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun

    12 hari bagi 12 bulan perkhidmatan 
    berterusan dngan majikan yang sama.
Lebih dari 5 tahun

    16 hari bagi 12 bulan perkhidmatan 
    berterusan dengan majikan yang sama.



2.  Pekerja yang kontrak pekerjaannya tamat kurang dari 12 bulan 
     perkhidmatan berhak mendapat cuti tahunan berbayar secara nisbah 
     langsung atau pro-rata (S60E [1]).


Pertindihan Cuti (S 60E (1B) Akta Kerja 1955)

Jika pekerja yang sedang dalam cuti tahunan mendapat berhak mendapat cuti sakit atau cuti bersalin, maka cuti tahunan tersebut hendaklah dianggap tidak diambil.