Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

27 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Jam Bekerja, Cuti Rehat dan Bekerja Syif

Oleh Faudzil Harun 















Jam Bekerja (S 60A (1) Akta Kerja 1955)

Pekerja tidak boleh dikehendaki di bawah kontrak pekerjaannya bekerja :

(a)  Lebih daripada 5 jam berturut-turut tanpa tempoh rehat tidak kurang dari 

      30 minit;
(b)  Lebih dari 8 jam dalam satu hari;
(c)  Melebihi tempuh masa (“spread over period”) sepuluh jam dalam satu 

      hari;
(d)  Lebih dari 48 jam dalam satu minggu;

Dengan syarat bahawa :

      (i)  apa-apa gangguan yang kurang dari 30 minit dalam tempuh 5 jam 

           berturut-turut tidak memutuskan kebeterusan tempuh 5 jam berturut-
           turut;

     (ii)  pekerja yang terlibat dalam kerja yang mesti dijalankan berterusan 

           boleh dikehendaki bekerja selama 8 jam berturut-turut termasuk 
           tempuh tidak kurang dari 45 minit kesemuanya dimana ia mempunyai 
           kesempatan untuk makan;

    (iii)  jika melalui perjanjian di bawah kontrak pekerjaan bilangan jam 

           bekerja dalam satu hari kurang dari 8 jam bolehlah dilampaui pada 
           hari-hari yang masih tinggal dalam seminggu itu, tetapi tidak boleh 
           dihekendaki bekerja lebih dari 9 jam dalam satu hari atau 48 jam 
           dalam satu minggu.



Cuti Rehat
(S 59 Akta Kerja 1955)

Semua pekerja berhak mendapat satu hari cuti rehat dalam satu minggu.
Hari rehat boleh berubah setiap minggu tetapi majikan mesti menyediakan jadual kerja dan memaklumkan terlebih dahulu kepada pekerja.



Bekerja Syif (S 60C Akta Kerja 1955)

1.  Wanita Bekerja Malam (S 34 Akta Kerja 1955)
     Majikan yang menghendaki pekerja wanita bekerja diantara jam 

     10:00malam dan 05:00pagi perlu mendapatkan kebenaran dari Ketua 
     Pengarah Buruh. Pada kebiasaannya kebenaran akan diberikan beserta 
     syarat-syarat berikut :

     (a)  Majikan menyediakan pengangkutan pergi dan balik;
     (b)  Majikan membayar elaun syif;
     (c)  Majikan mengamalkan sistem putaran syif dimana pekerja wanita 

           mendapat peluang bekerja dalam semua syif.

2.  Cuti Rehat Bekerja Syif (S 59 Akta Kerja 1955)
     Pekerja berhak mendapat satu hari cuti rehat sekurang-kurangnya 30 jam 

     bagi setiap minggu.

3.  Sistem Bekerja Syif 12 Jam (S 60C Akta Kerja 1955)
     Majikan dibenar mengamalkan sistem bekerja syif 12 jam satu hari dengan 

     syarat secara purata, pekerja tidak dikehendaki bekerja melebihi 48 jam 
     dalam satu minggu dan mendapat 3 hari cuti rehat.