Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

27 May 2013

P SUMBER MANUSIA - Cuti Bersalin dan Elaun Bersalin

Oleh Faudzil Harun 















Cuti Bersalin (S 37 Akta Kerja 1955)
  Pekerja wanita layak mendapat cuti bersalin selama 60 hari berturut-turut.


Permulaan Cuti Bersalin
  Cuti bersalin boleh bermula pada bila-bila dalam 30 hari sebelum berpantang.


Cuti Bersalin Awal
  Jika setelah disahkan oleh pengamal perubatan atau pegawai perubatan berdaftar
    bahawa pekerja wanita itu tidak sihat untuk menjalankan tugas sebelum 30 hari sebelum
    berpantang, maka pekerja wanita itu bolehlah memulakan cuti bersalin dalam tempuh
    14 hari lebih awal dari tempuh 30 hari sebelum berpantang tetapi tidak layak
    mendapat elaun cuti bersalin untuk tempuh 14 hari awal tersebut.


Elaun Bersalin
  60 hari upah pada kadar biasa atau minima RM6 sehari, yang mana lebih tinggi

    Pekerja wanita yang dibayar upah bulanan dianggap telah menerima elaun bersalin jika 
    telah menerima upah bulanannya semasa tempuh cuti bersalin.

  Pekerja wanita berhak menerima elaun bersalin jika syarat-syarat berikut dipenuhi :
    1.  Pada bila-bila masa semasa 4 bulan sebelum berpantang beliau sudah diambil
         bekerja oleh majikannya.
    2.  Semasa 9 bulan sebelum berpantang, beliau telah diambil bekerja bekerja oleh
         majikan yang sama bagi tempuh tidak kurang dari 90 hari.
    3.  Memaklumkan kepada majikan perihal cuti bersalin tidak kurang dari 60 hari sebelum
         berpantang.


Hilang Kelayakan Elaun Bersalin
  Pekerja wanita yang dalam tempuh berpantang mempunyai 5 atau lebih anak kandung
     yang masih hidup tidak layak mendapat elaun bersalin.