Soalan
Saya pernah mendengar pertengkaran yang
hebat di antara seorang yang berpendidikan tinggi dari Barat dengan seorang
yang berpendidikan agama, tentang kepercayaan kepada makhluk halus seperti
hantu, jembalang, toyol dan sebagainya. Apakah makhluk ini benar-benar wujud.
Masing-masing menegakkan hujah tanpa ada
penyelesaian antara kedua-duanya. Apakah pandangan dan komen ustaz tentang
perkara ini?
Jawapan
Persoalan
seperti yang saudara kemukakan ini memang sering berlaku kepada masyarakat yang
mempunyai latarbelakang kehidupan yang berasaskan kepada kebendaan (material)
khasnya pengetahuan dalam sains moden yang segala-galanya merujuk kepada
keterangan nyata bahawa sesuatu itu wujud jika dapat dilihat atau dirasa untuk
meyakinkan mereka, jika tidak berlakulah penafian yang mutlak.
Persoalan
ini merujuk kepada istilah, sama ada ia hantu, jembalang, toyol atau
sebagainya. Saya cuba melihat perkara ini dengan lebih halus, dalam kamus Dewan
yang menjadi rujukan kita sebagai contoh makhluk halus dirujuk sebagai hantu,
bunian, jembalang, pontianak, langsuyar, pelesit dan sebagainya ruh jahat yang
merasuk manusia dengan pelbagai kemudaratan yang menimpa manusia.
Semua ini
adalah istilah-istilah yang terkenal dalam budaya masyarakat Melayu. Bagai
masyarakat lain seperti Arab, mereka menggunakan istilah seperti al-jinn,
jinni, jinnah, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya.
Dalam kamus Arab yang
terkenal seperti Al-Munjid ada Lisanul Arab, Mukhtar Assahah dan lain-lain
menyatakan erti bagi istilah tadi adalah bermaksud, ruh-ruh kotor atau jahat
yang melakukan kejahatan secara tersembunyi dan menakutkan anak-anak Adam
berbagai-bagai cara.
Kedua-dua
kamus Dewan dan Arab ini merujuk kepada istilah yang sama. Nama-nama yang
terkenal dalam masyarakat Melayu tersebut sama dengan masyarakat Arab. Iaitu
suatu makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, ataupun ia hanya
boleh dilihat dalam keadaan tertentu sahaja.
Kalau kita
lihat kepada al-Quran Karim dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w, kita akan
menemui istilah yang sama.
Al-Quran
menyebut syaitan atau syayateen, jin atau jinnah, qareen, iblis, ifrit dan
sebagainya. Dalam hadis yang sahih kita akan berjumpa dengan istilah Ummu
Sibyan, Khinzab, Aamir, Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun. Semua
istilah ini sama ada dalam al-Quran dan hadis merujuk kepada wujudnya
makhluk-makhluk halus ataupun ruh-ruh jahat yang menganggu manusia dengan
berbagai-bagai cara.
Malah dalam
satu ayat Quran, begitu jelas Allah menyebut, misalnya dalam Surah al-Ahqaf,
ayat 29, Allah berfirman yang mafhum, "Ketika Kami (Allah) menghadapkan
kepada kamu (wahai Muhammad) beberapa jin untuk mendengar al-Quran pada Surah
al-Jin."
Disebutkan
juga dalam hadis yang sahih bahawa Rasulullah s.a.w telah bertemu dengan
masyarakat jin untuk menjelaskan ayat-ayat al-Quran dan hadis Ibnu Abi Hatib,
dari Mujahid bahawa Nabi s.a.w pergi bertemu dengan masyarakat jin untuk
berdakwah.
Oleh yang
demikian memang wujud dan wajib dipercayai ia benar-benar wujud. Pada pandangan
saya yang membezakan hanyalah pada istilah atau terjemahannya sahaja, walhal
ianya adalah makhluk yang sama.
Sama ada ia
hantu, jembalang, jin tanah, pelesit, bunian dan sebagainya adalah makhluk
halus yang wajib dipercayai wujudnya sebagaimana yang disebutkan dalam
al-Quran.
Tidak
mempercayai ayat al-Quran boleh membawa kepada kerosakan aqidah. Wallahu a'lam.
Sumber: http://www.darussyifa.org
No comments:
Post a Comment