ARKIB : 05/01/2014
Sumber: http://www.utusan.com.my
Amal rosak kerana riak
Oleh Dr. Zahazan Mohamed
ALLAH
berfirman, sesiapa
yang ingin bertemu Allah, hendaklah dia beramal soleh. Dan dalam amal solehnya
itu janganlah dia mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun." (Surah al-Kahfi
18 :110)
Beribadat
dan beramal soleh merupakan tuntutan daripada Allah kepada hamba-hambanya,
kerana tujuan kita diciptakan di atas muka bumi ini adalah
kerana ingin beribadat kepada Allah. Tetapi syarat supaya sesuatu amalan itu
diterima ialah tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
Amal
ibadat akan berubah menjadi cacat sekiranya dicemari dengan dua jenis virus iaitu
sifat riak dan sumah.
Allah berfirman dalam hadis Qudsi: Aku paling tidak memerlukan sesuatu. Sesiapa yang mengerjakan suatu amal yang dicampuri dengan perbuatan syirik kepada-Ku, maka Aku tiada kaitan dengannya dan membiarkannya dengan orang yang dia sekutukan." (Riwayat Muslim)
Allah berfirman dalam hadis Qudsi: Aku paling tidak memerlukan sesuatu. Sesiapa yang mengerjakan suatu amal yang dicampuri dengan perbuatan syirik kepada-Ku, maka Aku tiada kaitan dengannya dan membiarkannya dengan orang yang dia sekutukan." (Riwayat Muslim)
Jenis
riak
Apakah
itu riak? Istilah riak berasal daripada kata akar lihat".
Orang yang riak ingin memperlihatkan"
ibadatnya
kepada orang untuk mendapat sanjungan, pujian dan penghargaan. Dalam erti kata
lain, riak ialah sifat menduakan"
Allah dalam melakukan kebaikan.
Imam
al-Ghazali berkata: " Riak ialah mencari kedudukan pada hati manusia
dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebaikan."
Imam
Habib Abdullah al-Haddad pula berkata: Riak
ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang
ditujukan untuk akhirat."
Menurut
pandangan ulama, berikut merupakan dua jenis riak:
1-
Riak Akbar (Riak Besar) : Seseorang yang melakukan ibadat semata-mata untuk
mendapat sanjungan manusia dan bukanlah untuk mendapat keredaan Allah. Riak
jenis ini adalah berpaling secara keseluruhan daripada Allah. Riak beginilah
yang paling buruk, jika tidak kerana manusia, maka dia tidak akan beramal.
2-
Riak Asgar (Riak Kecil) : Tujuan dia melakukan ibadat bercampur-campur antara
tujuan mendapat keredaan Allah dan juga penghargaan manusia. Riak jenis ini
adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana masih mengharap keredaan Allah
tetapi pada masa yang sama mengharap juga penghargaan dari manusia.
Risiko
penyakit riak
Ramai
yang tidak menyedari bahawa riak hakikatnya cuba menipu Allah. Percubaan menipu
Allah tidak akan berjaya bahkan mengundang bahaya yang paling besar. Malahan
al-Quran dan hadis banyak sekali memuatkan ancaman riak. Riak bukan sekadar
dosa kecil, bahkan termasuk dalam dosa-dosa besar. Berikut antara bahaya riak
yang dinyatakan oleh al-Quran dan hadis:
Riak lebih bahaya dari fitnah dajal. Rasulullah bersabda: Mahukah aku
khabarkan kepada kalian sesuatu yang lebih aku takutkan terhadap kalian
daripada kedatangan dajal?" Bahkan,
kami mahu!", jawab para sahabat. Maka Rasulullah bersabda, Syirik khafi;
iaitu seseorang solat, lalu menghiasi solat, kerana seseorang
yang memperhatikan solatnya." (Riwayat Ibnu Majah)
Amal
tidak akan berkesan. Allah berfirman: Maka
celakalah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya,
orang yang berbuat riak dan mencegah iaitu menolong dengan barang yang berguna."
(Surah al-Maun
107: 4-7)
Riak akan menghapus dan membatalkan amalan. Allah berfirman: Wahai
orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan
perkataan menyebut-nyebut dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya
pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak
menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada
tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya
bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang
kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang
mereka usahakan. Dan ingatlah, Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang
kafir." (Surah al-Baqarah : 264)
Penawar
Riak
Jadi
bagaimana mahu mengatasi rasa riak ini? Adakah orang yang riak ini akan
berterusan tenggelam dan syok sendiri dengan amalannya yang tidak membuahkan
hasil? Sudah tentu sekali tidak. Maka riak dapat ditangani sekiranya mereka
beringat bahawa apa yang dicari pada manusia akan punah, dan yang kekal
hanyalah Allah. Firman Allah: Apa
yang ada di sisi Allah jua yang kekal." (Surah an-Nahl :96)
Yakinilah
bahawa riak hanya akan membawa kepada kehinaan, dan amalan orang yang riak ini
langsung tidak akan mendapat ganjaran di akhirat. Tanya diri kita, mahukah kita
berpenat lelah mengerjakan segala amal kebajikan di atas dunia ini, lantas di
akhirat kita hanya menjadi seorang yang papa kedana? Fikirkan juga betapa riak
akan menghapuskan pahala dan menambah dosa. Pada hari kiamat kelak Allah akan
berfirman: " Pergilah kepada mereka yang kamu perlihatkan amalan untuknya.
Tengoklah adakah pahala pada mereka? " (Riwayat Ahmad)
Apabila
terdetik sahaja rasa riak, segeralah ingat kepada Allah dan berlindung daripada
godaan syaitan. Hadapkan hati dan wajah kepada Allah dengan mengenangkan segala
sifat keampunan dan kasih sayang dari-Nya, dan bayangkan aib
diri akan didedahkan kepada seluruh manusia sekiranya kita beribadat hanya
mengharap pujian manusia.
No comments:
Post a Comment