Oleh Faudzil Harun
Maksud hadis drp Abu Hurairah r.a drp Nabi s.a.w sabdanya : "Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seseorang hamba di dunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat".
Batin Yang Kotor
Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.
Al-Imran
Celakalah Diri
Fitnah
dilarang ALLAH S.W.T, sebagaimana firman-Nya dalam QS al-Baqarah (2):
191, "… dan fitnah itu lebih
besar bahayanya dari pembunuhan … ."
Kenapa Lebih Kejam Dari Pembunuhan?
Sebab, fitnah sama dengan melakukan character
assassination atau pembunuhan karakter seseorang.
Menghadapi Fitnah
Menghadapi Fitnah
Dalam menghadapi
fitnah kesabaran dan kesedaran yang tinggi amat perlu kerana fitnah boleh
terjadi kepada sesiapa pun, tanpa memandang status dan kedudukan sosial.
QS al-Nuµr (24), "Sesungguhnya, orang-orang yang membawa
berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa
berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu."
Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah. Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.
Hukum Menutup Keaiban Orang
Hukum Menutup Keaiban Orang
Agama Islam yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah bertujuan untuk
membentuk masyarakat yg aman damai dan suasana yg tenteram. Justeru itu
umat Islam diharamkan drp menimbulkan gejala-gejala fitnah dlm masyarakat
dan mendedahkan keburukan orang lain. Firman Allah Surah an Nur ayat 19 yg
bermaksud " ... Sesungguhnya org-org yg suka menghebahkan tuduhan
tuduhan yg buruk dlm kalangan org-org yg beriman, mereka akan beroleh azab siksa yg tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.
Maksud hadis drp Abu Hurairah r.a drp Nabi s.a.w sabdanya : "Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seseorang hamba di dunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat".
Batin Yang Kotor
Dari Imam Ghazali
"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."
Dari Imam Al-Mawardi
"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"
Seksa Menyebarkan Fitnah
Seksa Menyebarkan Fitnah
"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada
kalangan kamu, jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik
bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan
kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam
menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan
orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan
di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak
mengetahui. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan
rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas
kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20).
Laknat Terhadap Pembohong
Laknat Terhadap Pembohong
Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.
Al-Imran
Celakalah Diri
"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Al-Humazah : 1
Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka
azab jahanam dan neraka yang membakar.
Al-Buruj (10)
"Orang
yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan
orang-orang
beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah
mengetahuinya,
sedang kamu tidak mengetahui."
An-Nur (19)
Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi
mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki
mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.
An-Nur (23 - 24)
"Dan
janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,
semuanya itu akan diminta
bertanggung jawabnya tentangnya."
Al Isra'a (36)
"Dan
fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
Al Baqarah (191)
Jadilah Orang Islam Yang Paling Baik
Jadilah Orang Islam Yang Paling Baik
Jelaslah bahawa Islam mengajar umatnya supaya tidak mendedahkan
keburukan seseorang apatah lagi mengapi-apikan sesama manusia.
Al-Nabari pernah bertanya :
"Wahai
Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik?
Rasul Allah S.A.W
menjawab :
Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan
tangannya"