Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - ALAM GHAIB & MISTERI. Show all posts
Showing posts with label Z - ALAM GHAIB & MISTERI. Show all posts

4 July 2014

AYAT RUQYAH SYARIAH - Penawar Sihir & Gangguan Jin (Sheikh Saad Al-Ghamdi)











USTAZ SYARHAN SHAFIE - Rawatan Santau Live










ALAM GHAIB - Nama-nama yang sering diganggu Jin : Ustaz Sharhan Shafie









MISTERI NUSANTARA - 3 Pemuda Bahagian 2









MISTERI NUSANTARA - 3 Pemuda Bahagian 1









SAKA HARIMAU - Pusat Rawatan Islam Sufi









ALAM GHAIB - Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas : Ustaz Haron Din









ALAM GHAIB - Dato Dr Haron Din buang saka dan gelang ubat









ALAM GHAIB - Pelajar Wanita Di Rasuk









GANGGUAN JIN - Tanda-Tanda Gangguan Mahluk Jin & Cara Mengesannya











ALAM GHAIB - Apakah makhluk halus seperti hantu, jembalang, toyol dan sebagainya benar-benar wujud?






Soalan
Saya pernah mendengar pertengkaran yang hebat di antara seorang yang berpendidikan tinggi dari Barat dengan seorang yang berpendidikan agama, tentang kepercayaan kepada makhluk halus seperti hantu, jembalang, toyol dan sebagainya. Apakah makhluk ini benar-benar wujud.

Masing-masing menegakkan hujah tanpa ada penyelesaian antara kedua-duanya. Apakah pandangan dan komen ustaz tentang perkara ini?

Jawapan
Persoalan seperti yang saudara kemukakan ini memang sering berlaku kepada masyarakat yang mempunyai latarbelakang kehidupan yang berasaskan kepada kebendaan (material) khasnya pengetahuan dalam sains moden yang segala-galanya merujuk kepada keterangan nyata bahawa sesuatu itu wujud jika dapat dilihat atau dirasa untuk meyakinkan mereka, jika tidak berlakulah penafian yang mutlak.

Persoalan ini merujuk kepada istilah, sama ada ia hantu, jembalang, toyol atau sebagainya. Saya cuba melihat perkara ini dengan lebih halus, dalam kamus Dewan yang menjadi rujukan kita sebagai contoh makhluk halus dirujuk sebagai hantu, bunian, jembalang, pontianak, langsuyar, pelesit dan sebagainya ruh jahat yang merasuk manusia dengan pelbagai kemudaratan yang menimpa manusia.

Semua ini adalah istilah-istilah yang terkenal dalam budaya masyarakat Melayu. Bagai masyarakat lain seperti Arab, mereka menggunakan istilah seperti al-jinn, jinni, jinnah, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya. 

Dalam kamus Arab yang terkenal seperti Al-Munjid ada Lisanul Arab, Mukhtar Assahah dan lain-lain menyatakan erti bagi istilah tadi adalah bermaksud, ruh-ruh kotor atau jahat yang melakukan kejahatan secara tersembunyi dan menakutkan anak-anak Adam berbagai-bagai cara.
Kedua-dua kamus Dewan dan Arab ini merujuk kepada istilah yang sama. Nama-nama yang terkenal dalam masyarakat Melayu tersebut sama dengan masyarakat Arab. Iaitu suatu makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, ataupun ia hanya boleh dilihat dalam keadaan tertentu sahaja.

Kalau kita lihat kepada al-Quran Karim dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w, kita akan menemui istilah yang sama.

Al-Quran menyebut syaitan atau syayateen, jin atau jinnah, qareen, iblis, ifrit dan sebagainya. Dalam hadis yang sahih kita akan berjumpa dengan istilah Ummu Sibyan, Khinzab, Aamir, Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun. Semua istilah ini sama ada dalam al-Quran dan hadis merujuk kepada wujudnya makhluk-makhluk halus ataupun ruh-ruh jahat yang menganggu manusia dengan berbagai-bagai cara.

Malah dalam satu ayat Quran, begitu jelas Allah menyebut, misalnya dalam Surah al-Ahqaf, ayat 29, Allah berfirman yang mafhum, "Ketika Kami (Allah) menghadapkan kepada kamu (wahai Muhammad) beberapa jin untuk mendengar al-Quran pada Surah al-Jin."

Disebutkan juga dalam hadis yang sahih bahawa Rasulullah s.a.w telah bertemu dengan masyarakat jin untuk menjelaskan ayat-ayat al-Quran dan hadis Ibnu Abi Hatib, dari Mujahid bahawa Nabi s.a.w pergi bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah.

Oleh yang demikian memang wujud dan wajib dipercayai ia benar-benar wujud. Pada pandangan saya yang membezakan hanyalah pada istilah atau terjemahannya sahaja, walhal ianya adalah makhluk yang sama.

Sama ada ia hantu, jembalang, jin tanah, pelesit, bunian dan sebagainya adalah makhluk halus yang wajib dipercayai wujudnya sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran.

Tidak mempercayai ayat al-Quran boleh membawa kepada kerosakan aqidah. Wallahu a'lam.

Sumber: http://www.darussyifa.org



ALAM GHAIB - Saka mengamuk : Perubatan Islam Rawatan Alternatif











28 May 2013

MALAYSIA - Puntianak tenggek atas atap



Puntianak tenggek atas atap
SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI
28 Mei 2013

KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.

Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.
Tempat dan peralatan memuja.
Tempat dan peralatan memuja.



Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.
“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengalaman menakutkan

Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung.
Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.

Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.

“Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.

"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya.
Puntianak tenggek atas atap
Fatimah (kiri) pernah mengalami peristiwa sama.



Puntianak tenggek atas atapAziz dan Zamri menunjukkan kawasan pemujaan.

Puntianak tenggek atas atapJelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh.

Adakah perkara ini benar???