Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - ARAB SAUDI TAJA KEGANASAN. Show all posts
Showing posts with label Z - ARAB SAUDI TAJA KEGANASAN. Show all posts

18 August 2013

DINASTI SAUD - Arab Saudi taja keganasan

















Arab Saudi taja keganasan

Zainal Abidin Nor
 | August 18, 2013
Mereka bertindak sedemikian bagi melayan nafsu serakah dan memenuhi kehendak tuan-tuan politik mereka, Amerika Syarikat dan Israel.
COMMENT
Dengan memiliki kekayaan petrol dan gas yang melimpah ruah dan bernilai berbilion dollar itu,Arab Saudi di bawah pemerintahan Raja Abdullah Abdul Aziz al Saud kini sedang menaja keganasan dan membiayai aktiviti pengganas di Syria, Iraq dan Mesir serta beberapa negara Islam yang lain.
Negara monarki bermazhab Wahbi itu, menyalah guna kekayaan minyak yang dianugerah Allah SWT itu, bagi melemahkan negara-negara umat Islam yang lain semata-mata kerana mahu melayan nafsu serakah dan memenuhi kehendak tuan-tuan politik mereka, Amerika Syarikat dan Israeldi samping mahu mengekalkan kedudukan mereka sendiri sebagai pemerintah diktator.
Negara-negara Islam yang kuat dipandang sebagai berpotensi untuk mencabar kerajaannya dan juga mengancam negara Israel yang menjadi sekutunya dan sekaligus mengancam kedudukannya sebagai kepala pemerintah di negara terbesar pengeluar minyak itu.
Adalah sesuatu yang amat malang apabila memikirkan kenapa umat Islam begitu mudah diperbodoh dan dilaga-lagakan sesama sendiri demi untuk memenuhi cita-cita Barat untuk menguasai dunia Islam yang kaya dengan minyak dan gas itu, melalui Arab Saudi.
Tiga negara menjadi fokus di mana Arab Saudi terlibat secara langsung dengan membantu, menaja keganasan dan membiayai aktiviti pengganas.  Negara-negara itu ialah Syria, Iraq dan Mesir:
Keganasan di Syria
Penglibatan Arab Saudi di Syria ialah bertujuan untuk menyekat pengaruh serantau Republik Islam Iran dengan membiayai para pemberontak dengan tujuan lain untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Maka dicanangkan mengenai bahaya Syiah melalui media antarabangsa pada hal Bashar bukanlah penganut mazhab Syiah tetapi seorang pendokong mazhab Alawi yang terasing dari Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) dan Syiah.
Para pemberontak yang dibiayai oleh Arab Saudi terdiri daripada golongan Wahbi, Salafi, al-Qaeda, Takfiri dan puak sekular bagi menentang pasukan tentera Syria dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan Bashar.
Tujuan Arab Saudi melakukan kerja jahat ini ialah untuk membantu Amerika dan sekutunya mendirikan kerajaan baru di Syria yang boleh menjadi boneka kuasa Barat untuk kepentingan ekonomi dan geo-politik.
Memandangkan Selat Hormuz dan Telok Parsi senantiasa dikawal oleh kapal perang Iran maka bumi Syria diperlukan untuk menanam paip-paip bagi menyalurkan minyak dan gas sehingga ke pesisirpantai Laut Meditteranean bagi memenuhi pasaran yang luas di Eropah.
Sekiranya Bashar dapat digulingkan, Syria akan mendapat presiden baru yang boleh mengikut telunjuk Barat.  Minyak dan gas dari Arab Saudi, Iraq dan Syria sendiri bolehlah diexport ke Eropah melalui paip yang bakal dibina nanti.
Keganasan di Iraq
Barat pernah merancang untuk memecah belah bumi Iraq kepada tiga bahagian – di utara diperintah oleh puak Kurdis, ditengah oleh Sunni dan di selatan oleh Syiah -
agar menjadi negara-negara yang lebih kecil supaya mudah diperkotak-katik dan boleh mengikut telunjuk Amerika.
Bagaimanapun tindakan gila ini gagal dilaksanakan kuasa Barat ekoran dari sikap para pemimpin Iraq yang tidak mahu negara mereka berpecah dan berpotensi untuk memungkinkan rakyatnya bersengketa sesama sendiri, jika pemecahan negara itu terjadi.
Presidennya ialah Jalal Talabani dari puak Kurdis manakala Perdana Menterinya ialah Nouri al-Maliki, seorang yang bermazhab Syiah. Tetapi parlimennya dikuasai oleh para pengikut Syiah.
Namun Arab Saudi yang ingin menyekat pengaruh Iran dan fahaman Syiah bertindak untuk membiayai para pengganas untuk melakukan keganasan di Iraq. Keganasan dan pembunuhan rakyat Iraq terus berlaku sehingga hari ini walaupun Perang Telok sudah lama tamat.
Bekas Duta Amerika ke Iraq Christopher Hill berkata, Arab Saudi cuba untuk menggugat kestabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Nouri al-Maliki dengan menaja keganasan dengan mengapi-apikan perbezaan mazhab dan mengeluarkan fatwa bagi menghalalkan pertumpahan darah orang-orang Islam dari mazhab yang lain.
Dalam tahun 2013 ini sahaja (dalam tempuh 7-8 bulan), seramai 3,400 orang telah terkorban. Sepanjang bulan Ramadhan lalu sahaja seramai 800 orang terkorban akibat keganasan yang dilancarkan oleh al-Qaeda, golongan Takfiri dan pembunuh upahan yang dibiayai oleh Arab Saudi.
Arab Saudi juga berdepan masalah dengan Iran di bahagian timur dalam persaingan untuk menguasai Selat Hormuz dan Telok Parsi, kawasan paling strategik untuk laluan keluar masuk kapal bagi mengangkut minyak dan gas.
Keganasan di Mesir
Arab Saudi turut menaja keganasan di Mesir. Kerajaan monarki berfahaman Wahbi itu telah merancang untuk menjatuhkan Dr Mohamad Morsi sebagai Presiden Mesir sejak hari pertama lagi Morsi menjawat jawatan itu. Morsi adalah pemimpin yang mewakili gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin.
Raja Abdullah dipercayai memberi sumbangan (baca: rasuah) sebanyak US$1 bilion kepada Ketua Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bagi menjalankan kerja-kerja ‘kotor’ untuk menggulingkan Morsi yang dilantik secara sah dalam pilihan raya lalu.
Beliau juga membiayai golongan Salafi (Wahbi) di Mesir untuk menjadi duri dalam daging dalam gerakan Islam. Pada zahirnya mereka kelihatan seperti menyokong parti Islam, Ikhwanul Muslimin tetapi sebenarnya mereka menyokong tentera Mesir.
Kerajaan Morsi yang ingin meminda perlembagaan negara itu bagi membolehkan pelaksanaan syariat Islam hanya dapat bertahan selama setahun sahaja kerana digulingkan oleh pasukan tentera Mesir pada awal Julai lalu.
Sebaik sahaja kerajaan Morsi tumbang, Arab Saudi telah memberi sumbangan kewangan sebanyak US$5 bilion bagi membangunkan semula kedudukan ekonomi yang telah lumpuh di samping untuk membiayai perbelanjaan pasukan tentera.
Kestabilan politik Mesir merupakan ancaman kepada keselamatan Israel dan kehancuran negara Mesir bermakna jaminan keselamatan bagi Israel dan Arab Saudi sebagai sekutu rapat Barat.
Arab Saudi berjaya dalam misinya mahu melihat Mesir menjadi huru-hara dan ditimpa mala petaka apabila lebih 124 terkorban dan ribuan rakyat cedera parah Rabu lalu apabila pasukan keselamatan menyerang dua kem penyokong Morsi dekat Kaherah hingga menyebabkan pihak berkuasa mengisytihar keadaan darurat selama sebulan.
Ketika berada di Riyadh pada Jumaat lalu, Raja Abdullah berkata pendirian kerajaannya adalah bersama junta tentera Mesir apabila berdepan dengan “keganasan”. Beliau menyifatkan rakyat Mesir dan penyokong Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas.
Kini Mesir berada di ambang perang saudara. Berita semalam, penyokong Morsi berbalas tembak dengan pasukan tentera di sebuah masjid. Jumlah mereka yang terkorban meningkat kepada 3,000 orang.
Keganasan di Bahrain
Di negara pulau Bahrain pada pertengahan bulan Februari 2011, Arab Saudi melakukan keganasan terhadap rakyat negara kecil itu dengan menghantar pasukan tenteranya bagi menghancurkan kebangkitan dan demonstrasi dari puak Syiah.
Bahrain yang mempunyai penduduk seramai 1.2 juta, majoriti (70%) adalah pengikut Syiah tetapi para pemimpinnya terdiri daripada mazhab Sunni. Pengikut Syiah bangkit dan berdemonstrasi terhadap kerajaan mereka kerana sentiasa ditindas dan sering dianaktirikan dalam pentadbiran awam.
Arab Saudi dengan kerjasama Qatar menghantar bala tentera menyeberangi tembok laut (causeway) ke Bahrain bertindak kejam dengan mengebom dan membunuh rakyat negara itu bagi membendung kebangkitan rakyat Bahrain.
Tindakan ini dipercayai dilakukan kerana perasaan benci terhadap pengikut Syiah dan pada masa yang sama mahu menyekat pengaruh Iran di rantau Telok, di samping kedudukan strategik dari segi geografi negara kerdil itu.
Perdana Menteri Bahrain Sheikh Khalifa bin Salman Al Khalifa memberi amaran keras kepada para demonstran bahawa mereka akan dihukum dengan keras jika meneruskan tunjuk perasaan dan protes.
Pada 7 Ogos lalu, Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al Khalifa mengharamkan sebarang bentuk protes di ibu kota Manama. Anggota-anggota parlimen yang taat kepada Raja mereka meluluskan bil mengharamkan semua bentuk protes.
Jemaah Haji
Kita bimbang wang berjumlah berbilion dollar yang dikutip daripada Jemaah Haji dari seluruh dunia, termasuk Jemaah Haji daripada Malaysia, digunakan untuk membeli senjata dari Amerika Syarikat dan Israel digunakan untuk membunuh umat Islam di Syria, Iraq dan Mesir serta di beberapa negara Islam yang lain.
Sudah ada bukti bahawa senjata pemusnah seperti bom, senapang, misile, kereta kebal dan seumpamanya buatan Amerika Syarikat dan Israel digunakan oleh para pemberontak Syria, al Qaeda di Iraq untuk membunuh umat Islam. Peluru buatan Israel juga dijumpai di Mesir.
Namun masih ramai yang tidak menyedari tentang peranan Arab Saudi dalam membantu kuasa Barat, yang diterajui Amerika dalam membiayai perang saudara di Syria, keganasan di Iraq dan bantuan kewangan kepada tentera Mesir ini.
Perbezaan di antara mazhab Sunni dan Syiah hanya dijadikan sebagai alasan untuk memecah-belahkan umat Islam dan menimbulkan kebencian terhadap pengikut Syiah dalam usaha mereka untuk mengaut keuntungan dari dunia Islam, di samping mahu menyekat pengaruh Iran di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Di negara ini, pengaruh kuat Wahbi tidak terkecuali. Para pendakwah dan ustaz yang terpengaruh dengan faham Wahbi ini bertindak untuk melemparkan berbagai fitnah terhadap Syiah, baik di masjid dan surau termasuk di tempat-tempat awam. Ada juga golongan ustaz dan pensyarah universiti di negara ini yang menerima ‘habuan’ (payroll) dari negara Wahbi itu.
Mereka ini tidak sedar bahawa dengan menyerang Syiah, bermakna mereka bukan sahaja bersekongkol dengan Arab Saudi tetapi menjadi ‘barua’ Amerika Syarikat dan Israel serta akhirnya menjadi musuh umat Islam sendiri.

Comments


  • Kamsiah Haider ·  Top Commenter · Owner at Klinik Pakar Pergigian Dr. Kam
    KeRajaan boneka Saudi Arabia ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama oleh Kesatuaan Eropah, England dan Perancis dan kini proksi utama Amerika dan Israel dengan cuma melakarkan sempadan negara tersebut tanpa mengira budaya dan bangsa wilayah tersebut sehingga hari ini menjadi masalah kehari ini.

    Jika kita malas membuat kajian kita sendiri mungkin boleh membaca buku oleh T.E. Laurence, dan atau tonton wayang Laurence of Arabia.

    • Kamsiah Haider ·  Top Commenter · Owner at Klinik Pakar Pergigian Dr. Kam
      Pada tahun 1932, KERAjaan Saudi Arabia dengan rasminya dibentuk dengan bantuan Britain dan Amerika.

      Even long before Ibn Saud had become King, the English monarch knighted him and bestowed upon him the Order of the Bath, an order of chivalry founded by George I, and the highest honour accorded to nonroyalty.

      Through the assistance of Jack Philby, Allen Dulles, a former president of the Council on Foreign Relations who would later head the CIA but at the time worked for the firm of Sullivan & Cromwell, helped the Rockefeller oil companies gain Saudi Arabia which would soon become the world’s single greatest oil resource, accounting for nearly half of total oil production.

    • Kamsiah Haider ·  Top Commenter · Owner at Klinik Pakar Pergigian Dr. Kam
      Jadi tidak menghairankan KERAjaan Saudi sekutu Amerika dan Israel itu, menyalah guna kekayaan minyak yang dianugerah Allah SWT itu, bagi melemahkan negara-negara umat Islam yang lain semata-mata kerana mahu melayan nafsu serakah dan memenuhi kehendak tuan-tuan politik mereka.

      Amerika Syarikat dan Israel akan terus menyokong pemerintahan beRAJA Saudi yang dengan senang lenang mengekalkan kedudukan mereka sendiri sebagai pemerintah diktator dinegara yang mewah dan kaya sebagai boneka.

      Umat Islam negara ini dan negara2 lain juga tidak membantah pelupusan sejarah Nabi di Mekah dan Madinah secara sistematik oleh kuasa2 dibelakang keRAJAAN boneka ini.

    • Che Noor
      They are originally the pirates of the desert.

  • Phyzal Mohamed ·  Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Sungguh tepat pada masanya untuk artikel ini disiarkan dimana rakyat Malaysia kini sedang dihujani dengan info media2 and ahli2 politik yang cuba memecahbelahkan umat Islam dengan sentimen mazhab tersendiri. Semoga pemikiran masyarakat kita akan lebih terbuka untuk menutup api kebencian yang telah lama dijana oleh konspirasi2 puak Israel. Toleransi dan hormat kepada kepercayaan orang lain adalah elemen yang sangat kita perlukan pada masa skarang. Dan sistem demokrasi pastinya akan terus menjadi tunjang kekuatan negara Islam untuk menghapuskan segala kezaliman dan penipuan kaum Adam & Hawa, sehinggalah ke hari Kiamat.

    • Gerry Tan ·  Top Commenter
      Saudi is smart to align itself to the superpowers. Otherwise, the kingdom will go the way of Egypt. The Saudi kingdom is well endowed with oil wealth, the hajj revenue and tourism. They prefer to enjoy their filthy wealth until kingdom come. A wise decision as they know that Allah is just a figment and ideology. On the other hand, Iraq and Iran also possess vast oil and gas, but their foolishness keep their own citizens poor, miserly and destitute.

      • Abel Silva ·  Top Commenter · Footscray Institute of Technology
        "Kita bimbang wang berjumlah berbilion dollar yang dikutip daripada Jemaah Haji dari seluruh dunia, termasuk Jemaah Haji daripada Malaysia, digunakan untuk membeli senjata dari Amerika Syarikat dan Israel digunakan untuk membunuh umat Islam di Syria, Iraq dan Mesir serta di beberapa negara Islam yang lain."...so what is the Fatwa on going for Haj & Umrah now, knowing that the Saudis are using their financial gains to fund these bloody regimes? tolong menteri jelaskan sedikit.

        • Ravi Jeanne Réve Karunagaran
          no surprise there... the SHIA muslims have been at receiving edge of this corrupted empire from day one..

          • AG Mustakim ·  Top Commenter · University of East Anglia (UEA)
            The Sauds are scared with Iran and its influence, the US encourage this fear.

            • Rahimas Yusuff · BLTC, Kuching, Sarawak
              Jangan kawan dia....dia jahat.

              • Eniom Endin Endin Sing ·  Top Commenter · USM Penang
                JAHILIAH



              DINASTI SAUD - Keturunan Raja Saudi

















              Raja Saudi Keturunan Yahudi

              Download:

              Sejumlah kesaksian yang meyakinkan bahawa, keluarga Saud merupakan keturunan Yahudi dapat dibuktikan dengan fakta-fakta berikut:

              Pada tahun 1960-an, pemancar radio ‘Sawtul Arab’ di Kaherah, Mesir dan pemancar radio di San’a, Yaman, membuktikan bahawa nenek moyang keluarga Saud adalah dari keturunan Yahudi. Bahkan Raja Faisal tidak boleh menyanggah kenyataan itu ketika memberitahu kepada ‘The Washington Post’ pada tanggal 17 Sept 1969 dengan menyatakan bahawa, “kami (keluarga Saud) adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak setuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhan kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan damai. Negeri kami, Saudi Arabia adalah merupakan sumber awal Yahudi dan nenek moyangnya, lalu menyebar keseluruh dunia”.

              Pernyataan ini keluar dari lisan Raja Faisal As-Saud bin Abdul Aziz. Hafez Wahabi, penasihat Hukum Keluarga Kerajaan Saudi menyebutkan didalam bukunya yang berjudul ‘Semenanjung Arabia’ bahawa Raja Abdul Aziz yang mati pada tahun 1953 mengatakan : “ pesan kami (pesan Saudi) dalam menghadapi oposisi (pihak lawan) dari suku-suku Arab, datukku, Saud Awal menceritakan saat menawan sejumlah Sheikh dari suku Mathir dan ketika kelompok lain dari suku yang sama datang untuk meminta membebaskan semua tawanannya. Saud Awal memberikan perintah kepada orang-orangnya untuk memenggal kepala semua tawanannya, kemudian memalukan mereka dan menurunkan nyali para penengah (orang yang ingin membuat rundingan) dengan cara mengundang mereka ke jamuan makan. Makanan yang disediakan adalah daging manusia yang sudah dimasak, potongan kepala tawanan diletakkan diatas piring”.

              Para penengah menjadi terkejut dan menolak untuk makan daging saudara mereka sendiri. Kerana mereka menolak untuk memakannya, Saud Awal memerintahkan memenggal kepala mereka juga. Itulah kejahatan yang sangat mengerikan yang dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya sendiri sebagai raja kepada rakyat yang tidak berdosa kerana kesalahan mereka menentang terhadap kebengisannya dan memerintah dengan sewenang-wenangnya.

              Hafez Wahabi selanjutnya menyatakan bahawa, berkaitan dengan kisah berdarah nyata yang menimpa Sheikh suku Mathir dan sekelompok suku Mathir yang mengunjunginya dalam rangka meminta pembebasan pimpinan mereka yang menjadi tawanan Raja Abdul Aziz As-Saud, iaitu Faisal Ad-Darwis. Diceritakan kisah (pembunuhan Ad-Darwis) itu kepada utusan suku Mathir dengan maksud untuk mencegah mereka untuk tidak meminta pembebasan pimpinan mereka. Jika tidak, akan diperlakukan sama. Dia bunuh Sheikh Faisal Darwis dan darahnya dipakai untuk berwudhu’ sebelum dia solat.

              Kesalahan Faisal Darwis waktu itu hanya kerana dia mengkritik Raja Abdul Aziz As-Saud. Ketika Raja menandatangani dokumen yang disiapkan pengusa Inggeris pada tahun 1922 sebagai penyataan memberikan Palestin kepada Yahudi. Tandatangannya dibubuhkan dalam sebuah konferensi di Al-Qir tahun 1922.
              Sistem regim keluarga Yahudi (keluarga Saud) dulu dan sekarang masih tetap sama. Tujuannya untuk merampas kekayaan Negara, merompak, memalsukan, melakukan semua jenis kekejaman, ketidak adilan, serangan dan penghinaan, yang kesemuanya itu dilakukan sesuai dengan ajaran kelompok Wahabi yang membolehkan memenggal kepala orang yang menentang ajarannya.

              Sikap apatis Negara-negara Arab seperti Mesir, Yordania, khususnya Arab Saudi, mengundang kecurigaan umat Islam. Bagimana mungkin mereka bungkam menyaksikan pembantaian saudara Muslim yang berlangsung di depan matanya, dilakukan oleh musuh abadi zionis Israel la’natullah? Penelitian dan Penelusuran seorang Mohammad Shakher, yang akhirnya dibunuh oleh rezim Saudi karena temuannya yang menggemparkan, agaknya menuntun kita menemukan jawabnya.

              Shakher menulis buku berjudul ‘Ali Saud min Aina wa Ila Aina?’ membongkar apa di balik bungkamnya penguasa Khadimul Haramaian setiapkali berhadapan dengan konflik Palestina-Israel. Buku ini juga menemukan fakta baru, mengenai asal muasal Dinasti Saudi. Bagaimanakah runut garis genealoginya? Benarkah mereka berasal dari trah Anza Bin Wael, keturunan Yahudi militan?

              Informasi buku ini mencekam sekaligus mencengangkan. Sulit dipercaya, sebuah dinasti yang bernaung di bawah kerajaan Islam Saudiyah bisa melakukan kebiadaban iblis dengan melakukan pembakaran masjid sekaligus membunuh jamaah shalat yang berada di dalamnya. Jika isi buku yang terbit 3 Rabi’ul Awal 1401 H (1981 M) ini ‘terpaksa’ dipercaya, karena faktanya yang jelas, maka kejahatan Kerajaan Saudi Arabia terhadap kabilah Arab dahulu, persis seperti kebuasan zionis Israel membantai rakyat Muslim di Jalur Gaza.

              Melacak Asal Dinasti Saudi Dalam silsilah resmi kerajaan Saudi Arabia disebutkan, bahwa Dinasti Saudi Arabia bermula sejak abad ke dua belas Hijriyah atau abad ke delapan belas Masehi. Ketika itu, di jantung Jazirah Arabia, tepatnya di wilayah Najd yang secara historis sangat terkenal, lahirlah Negara Saudi yang pertama yang didirikan oleh Imam Muhammad bin Saud di “Ad-Dir’iyah”, terletak di sebelah barat laut kota Riyadh pada tahun 1175 H./1744 M., dan meliputi hampir sebagian besar wilayah Jazirah Arabia.

              Negara ini mengaku memikul tanggung jawab dakwah menuju kemurnian Tauhid kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala, mencegah prilaku bid’ah dan khurafat, kembali kepada ajaran para Salafus Shalih dan berpegang teguh kepada dasar-dasar agama Islam yang lurus. Periode awal Negara Saudi Arabia ini berakhir pada tahun 1233 H./1818 M.
              Periode kedua dimulai ketika Imam Faisal bin Turki mendirikan Negara Saudi kedua pada tahun 1240 H./1824 M. Periode ini berlangsung hingga tahun 1309 H/1891 M. Pada tahun 1319 H/1902 M, Raja Abdul Aziz berhasil mengembalikan kejayaan kerajaan para pendahulunya, ketika beliau merebut kembali kota Riyad yang merupakan ibukota bersejarah kerajaan ini.

              Semenjak itulah Raja Abdul Aziz mulai bekerja dan membangun serta mewujudkan kesatuan sebuah wilayah terbesar dalam sejarah Arab modern, yaitu ketika berhasil mengembalikan suasana keamanan dan ketenteraman ke bagian terbesar wilayah Jazirah Arabia, serta menyatukan seluruh wilayahnya yang luas ke dalam sebuah negara modern yang kuat yang dikenal dengan nama Kerajaan Saudi Arabia. Penyatuan dengan nama ini, yang dideklarasikan pada tahun 1351 H/1932 M, merupakan dimulainya fase baru sejarah Arab modern.

              Raja Abdul Aziz Al-Saud pada saat itu menegaskan kembali komitmen para pendahulunya, raja-raja dinasti Saud, untuk selalu berpegang teguh pada prinsip-prinsip Syariah Islam, menebar keamanan dan ketenteraman ke seluruh penjuru negeri kerajaan yang sangat luas, mengamankan perjalanan haji ke Baitullah, memberikan perhatian kepada ilmu dan para ulama, dan membangun hubungan luar negeri untuk merealisasikan tujuan-tujuan solidaritas Islam dan memperkuat tali persaudaraan di antara seluruh bangsa arab dan kaum Muslimin serta sikap saling memahami dan menghormati dengan seluruh masyarakat dunia.
              Di atas prinsip inilah, para putra beliau sesudahnya mengikuti jejak-langkahnya dalam memimpin Kerajaan Saudi Arabia. Mereka adalah: Raja Saud, Raja Faisal, Raja Khalid, Raja Fahd, dan Pelayan Dua Kota Suci Raja Abdullah bin Abdul Aziz. 

              Dinasti Sa’udi Trah Yahudi
              Namun, di masa yang jauh sebelumnya, di Najd tahun 851 H. Sekumpulan pria dari Bani Al Masalikh, yaitu trah dari Kaum Anza, yang membentuk sebuah kelompok dagang (korporasi) yang bergerak di bidang bisnis gandum dan jagung dan bahan makananan lain dari Irak, dan membawanya kembali ke Najd. Direktur korporasi ini bernama Sahmi bin Hathlool. Kelompok dagang ini melakukan aktifitas bisnis mereka sampai ke Basra, di sana mereka berjumpa dengan seorang pedagang gandum Yahudi bernama Mordakhai bin Ibrahim bin Moshe,

              Ketika sedang terjadi proses tawar menawar, Si Yahudi itu bertanya kepada kafilah dagang itu. “Dari manakah anda berasal?” Mereka menjawab, ”Dari Kaum Anza, kami adalah keluarga Bani Al-Masalikh.” Setelah mendengar nama itu, orang Yahudi itu menjadi gembira, dan mengaku bahwa dirinya juga berasal dari kaum keluarga yang sama, tetapi terpaksa tinggal di Bashra, Irak. Karena persengketaan keluarga antara bapaknya dan ahli keluarga kaum Anza.

              Setelah itu, Mordakhai kemudian menyuruh budaknya untuk menaikkan keranjang-keranjang berisi gandum, kurma dan makanan lain ke atas pundak unta-unta milik kabilah itu. Hal ini adalah sebuah ungkapan penghormatan bagi para saudagar Bani Al Masalikh itu, dan menunjukkan kegembiraannya karena berjumpa saudara tuanya di Irak. Bagi pedagang Yahudi itu, para kafilah dagang merupakan sumber pendapatan, dan relasi bisnis. Mardakhai adalah saudagar kaya raya yang sejatinya adalah keturunan Yahudi yang bersembunyi di balik roman wajah Arab dari kabilah Al-Masalikh.

              Ketika rombongan itu hendak bertolak ke Najd, saudagar Yahudi itu minta diizinkan untuk ikut bersama mereka, kerana sudah lama dia ingin pergi ke tanah asal mereka Najd. Setelah mendengar permintaan lelaki Yahudi itu, kafilah dagang suku Anza itu pun amat berbesar hati dan menyambutnya dengan gembira.
              Pedagang Yahudi yang sedang taqiyyah alias nyamar itu tiba di Najd dengan pedati-pedatinya. Di Najd, dia mulai melancarkan aksi propaganda tentang sejatinya siapa dirinya melalui sahabat-sahabat, kolega dagang dan teman barunya dari keturunan Bani Al-Masalikh tadi. Setelah itu, disekitar Mordakhai, berkumpullah para pendukung dan penduduk Najd. Tetapi tanpa disangka, dia berhadapan dengan seorang ulama yang menentang doktrin dan fahamnya. Dialah Syaikh Shaleh Salman Abdullah Al-Tamimi, seorang ulama kharimatik dari distrik Al-Qasem. Daerah-daerah yang menjadi lokasi disseminasi dakwahnya sepanjang distrik Najd, Yaman, dan Hijaz.

              Oleh karena suatu alasan tertentu, si Yahudi Mordakhai itu -yang menurunkan Keluarga Saud itu- berpindah dari Al Qasem ke Al Ihsa. Di sana, dia merubah namanya dari Mordakhai menjadi Markhan bin Ibrahim Musa. Kemudian dia pindah dan menitip di sebuah tempat bernama Dir’iya yang berdekatan dengan Al-Qateef. Di sana, dia memaklumatkan propaganda dustanya, bahwa perisai Nabi Saw telah direbut sebagai barang rampasan oleh seorang pagan (musyrikin) pada waktu Perang Uhud antara Arab Musyrikin dan Kaum Muslimin. Katanya, “Perisai itu telah dijual oleh Arab musyrikin kepada kabilah kaum Yahudi bernama Banu Qunaiqa’ yang menyimpannya sebagai harta karun.”

              Selanjutnya dia mengukuhkan lagi posisinya di kalangan Arab Badwi melalui cerita-cerita dusta yang menyatakan bagaimana Kaum Yahudi di Tanah Arab sangat berpengaruh dan berhak mendapatkan penghormatan tinggi Akhirnya, dia diberi suatu rumah untuk menetap di Dlir’iya, yang berdekatan Al-Qatef. Dia berkeinginan mengembangkan daerah ini sebagai pusat Teluk Persia. Dia kemudian mendapatkan ide untuk menjadikannya sebagai tapak atau batu loncatan guna mendirikan kerajaan Yahudi di tanah Arab. Untuk memuluskan cita-citanya itu, dia mendekati kaum Arab Badwi untuk menguatkan posisinya, kemudian secara perlahan, dia mensohorkan dirinya sebagai raja kepada mereka.

              Kabilah Ajaman dan Kabilah Bani Khaled, yang merupakan penduduk asli Dlir’iya menjadi risau akan sepak terjang dan rencana busuk keturunan Yahudi itu. Mereka berencana menantang untuk berdebat dan bahkan ingin mengakhiri hidupnya. Mereka menangkap saudagar Yahudi itu dan menawannya, namun berhasil meloloskan diri.

              Saudagar keturunan Yahudi bernama Mordakhai itu mencari suaka di sebuah ladang bernama Al-Malibed Gushaiba yang berdekatan dengan Al Arid, sekarang bernama Riyadh. Disana dia meminta suaka kepada pemilik kebun tersebut untuk menyembunyikan dan melindunginya. Tuan kebun itu sangat simpati lalu memberikannya tempat untuk berlindung. Tetapi tidak sampai sebulan tinggal di rumah pemilik kebun, kemudian Yahudi itu secara biadab membantai tuan pelindungnya bersama seluruh keluarganya.
              Sungguh bengis, air susu dibalas dengan air aki campur tuba. Mordakhai memang pandai beralibi, dia katakan bahwa mereka semua telah dibunuh oleh pencuri yang menggarong rumahnya. Dia juga berpura-pura bahwa dia telah membeli kebun tersebut dari tuan tanah sebelum terjadinya pembantaian tersebut. Setelah merampas tanah tersebut, dia menamakannya Al-Dlir’iya, sebuah nama yang sama dengan tempat darimana ia terusir dan sudah ditinggalkannya.

              Keturunan Yahudi bernama Mordakhai itu dengan cepat mendirikan sebuah markas dan ajang rendezvous bernama “Madaffa” di atas tanah yang dirampasnya itu. Di markas ini dia mengumpulkan para pendekar dan jawara propaganda (kaum munafik) yang selanjutnya mereka menjadi ujung tombak propaganda dustanya. Mereka mengatakan bahwa Mordakhai adalah Syaikh-nya orang-orang keturunan Arab yang disegani. Dia menabuh genderang perang terhadap Syaiikh Shaleh Salman Abdulla Al-Tamimi, musuh tradisinya. Akhirnya, Syeikh Shaleh Salman terbunuh di tangan anak buah Mordakhai di Masjid Al-Zalafi.
              Mordakhai berhasil dan puas hati dengan aksi-aksinya. Dia berhasil menjadikan Dlir’iya sebagai pusat kekuasaannya. Di tempat ini, dia mengamalkan poligami, mengawini puluhan gadis, melahirkan banyak anak yang kemudian dia beri nama dengan nama-nama Arab.

              Walhasil, kaum kerabatnya semakin bertambah dan berhasil menghegemoni daerah Dlir’iya di bawah bendera Dinasti Saud. Mereka acapkali melakukan tindak kriminal, menggalang beragam konspirasi untuk menguasai semenanjung Arab. Mereka melakukan aksi perampasan dan penggarongan tanah dan ladang penduduk setempat, membunuh setiap orang yang mencoba menentang rencana jahat mereka. Dengan beragam cara dan muslihat mereka melancarkan aksinya. Memberikan suap, memberikan iming-iming wanita dan gratifikasi uang kepada para pejabat berpengaruh di kawasan itu. Bahkan, mereka “menutup mulut” dan “membelenggu tangan” para sejarawan yang mencoba menyingkap sejarah hitam dan merunut asal garis trah keturunan mereka kepada kabilah Rabi’a, Anza dan Al-Masalikh.

              Sekte Wahabi
              Seorang munafik jaman kiwari bernama Muhammad Amin Al-Tamimi – Direktur/Manager Perpustakaan Kontemporer Kerajaan Saudi, menyusun garis keturunan (Family Tree) untuk Keluarga Yahudi ini (Keluarga Saudi), menghubungkan garis keturunan mereka kepada Nabi Muhammad Shallalahu ‘Alaihi wa Sallam. Sebagai imbalan pekerjaannnya itu, ia menerima imbalan sebesar 35.000 (Tiga Puluh Lima Ribu) Pound Mesir dari Duta Besar Saudi Arabia di Kairo pada tahun 1362 H atau 1943 M. Nama Duta Besar Saudi Arabia itu adalah Ibrahim Al-Fadel.

              Seperti disebutkan di atas, Yahudi nenek moyang Keluarga Saudi (Mordakhai), yang berpoligami dengan wanita-wanita Arab melahirkan banyak anak, saat ini pola poligami Mordakhai dilanjutkan oleh keturunannya, dan mereka bertaut kepada warisan perkimpoian itu.

              Salah seorang anak Mordakhai bernama Al-Maqaran, (Yahudi: Mack-Ren) mempunyai anak bernama Muhammad, dan anak yang lainnya bernama Sa’ud, dari keturunan Sa’ud inilah Dinasti Saudi saat ini berasal.

              Keturunan Saud (Keluarga Saud) memulai melakukan kampanye pembunuhan pimpinan terkemuka suku-suku Arab dengan dalih mereka murtad, mengkhianati agama Islam, meninggalkan ajaran-ajaran Al-Quran, dan keluarga Saud membantai mereka atas nama Islam.

              Rakyat yang mencoba bersuara memprotes lawatan sang puteri yang jelas-jelas menghamburkan uang Negara ini akan di tembak mati dan dipenggal kepalanya.

              Di dalam buku sejarah Keluarga Saudi halaman 98-101, penulis pribadi sejarah keluarga Saudi menyatakan bahwa Dinasti Saudi menganggap semua penduduk Najd menghina Tuhan. Oleh karena itu darah mereka halal, harta-bendanya dirampas, wanita-wanitanya dijadikan selir, tidak seorang Muslim pun yang dianggap benar, kecuali pengikut sekte Muhammad bin Abdul Wahab (yang aslinya juga keturunan Yahudi Turki).
              Doktrin Wahabi memberikan otoritas kepada Keluarga Saudi untuk menghancurkan perkampungan dan penduduknya, termasuk anak-anak dan memperkosa wanitanya, menusuk perut wanita hamil, memotong tangan anak-anak, kemudian membakarnya. Selanjutnya mereka diberikan kewenangan dengan ajarannya yang kejam (brutal doctrin ) untuk merampas semua harta kekayaan milik orang yang dianggapnya telah menyimpang dari ajaran agama karena tidak mengikuti ajaran Wahabi.

              Keluarga Yahudi yang jahat dan mengerikan ini melakukan segala jenis kekejaman atas nama sekte agama palsu mereka (sekte Wahhabi) yang sebenarnya diciptakan oleh seorang Yahudi untuk menaburkan benih-benih teror di dalam hati penduduk di kota-kota dan desa-desa. Pada tahun 1163 H, Dinasti Yahudi ini mengganti nama semenanjung Arabia dengan nama keluarga mereka, menjadi Saudi Arabia, seolah-olah seluruh wilayah itu milik pribadi mereka, dan penduduknya sebagai bujang atau budak mereka, bekerja keras siang dan malam untuk kesenangan tuannya, yaitu Keluarga Saudi.

              Mereka dengan sepenuhnya menguasai kekayaan alam negeri itu seperti miliknya pribadi. Bila ada rakyat biasa mengemukakan penentangannya atas kekuasaan sewenang-wenang Dinasti Yahudi ini, dia akan di hukum pancung di lapangan terbuka. Seorang putri anggota keluarga kerajaan Saudi beserta rombongannya sekali tempo mengunjungi Florida, Amerika Serikat, dia menyewa 90 (sembilan pukuh) Suite rooms di Grand Hotel dengan harga $1 juta semalamnya. Rakyat yang mencoba bersuara memprotes lawatan sang puteri yang jelas-jelas menghamburkan uang Negara ini akan di tembak mati dan dipenggal kepalanya.
              Raja Faisal Al-Saud tidak bisa menyanggah bahwa keluarganya adalah keluarga Yahudi ketika memberitahukan kepada The Washington Post pada tanggal 17 September 1969, dengan menyatakan bahwa: “Kami, Keluarga Saudi adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak setuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhannya kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan damai. Negeri kami, Saudi Arabia merupakan sumber awal Yahudi dan nenek-moyangnya, dari sana menyebar ke seluruh dunia”.
              Wallahua’lam bissawab.

              >> DINASTI SAUD ASALNYA DARI MANA?

              Download:

              >> ABDULLAH DARI ARAB

              Download: