Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - WANITA. Show all posts
Showing posts with label Z - WANITA. Show all posts

17 August 2014

WANITA - Gaya fesyen 'Jilboobs' diharamkan






By Nur Safina Othman | Tupai – Sat, Aug 16, 2014 12:38 AM MYT


16 Ogos – Gaya fesyen 'Jilboobs' telah mencipta fenomena di Indonesia, tetapi ia telah kritikan banyak pihak termasuklah Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengeluarkan fatwa adalah haram bagi kaum wanita untuk mengenakan pakaian muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat

Namun apakah 'Jilboobs'? Ia sebenarnya adalah gandingan nama Jilbab (tudung) dan Boobs (payudara). 




Menurut Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin seperti dipetik daripada laporan The Globe Journal, fatwa ini dikeluarkan memandangkan cara menutup aurat oleh golongan ini tidak bersesuaian dan tidak menepati syariat Islam tentang cara berpakaian. 

"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu. 

"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual, itu dilarang sama sekali," ujarnya. 

Pada Januari 2014, sebuah komuniti wanita Muslimah dikenali sebagai Jilboobs Community dalam Facebook telah memuatnaik foto mereka mengenakan gaya fesyen tersebut sehinggakan ia mencetus reaksi kurang senang dan menerima kritikan ramai.


Sumber: https://my.entertainment.yahoo.com

22 June 2014

IBU HAMIL - Makanan perlu dielak oleh ibu hamil






Makanan perlu dielak oleh ibu hamil


19 April 2014

WANITA - Ketahui kesalahan ketika bersolek







6 September 2013

PENJAGAAN KEHAMILAN - Buasir ketika hamil







Jawapan disediakan oleh Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan & Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.
SOALAN:
SAYA sedang hamil anak ketiga dan setiap kali hamil, saya akan berdepan masalah buasir. Baru-baru ini, saya dapati daging yang mengelilingi saluran faraj seakan tersembul keluar.
Ia tidak sakit tetapi saya bimbang. Adakah ia disebabkan tekanan buasir dan bayi yang semakin membesar ? Adakah ia kekal atau akan kembali normal selepas bersalin?-Mahani
JAWAPAN:
MEMANG kerap saya dapati wanita yang mengandung mengalami masalah buasir. Buasir mempunyai pelbagai masalah seperti rasa tidak selesa jika ia keluar melalui dubur sehingga sakit dan berdarah jika buasir ini tersumbat dan luka selepas membuang air besar.
Buasir boleh luka bila najis terlalu keras. Tambahan ketika mengandung disebabkan kulit dubur menjadi kendur kerana hormon, tekanan dari bayi pada dubur dan masalah sukar membuang air besar menyebabkan buasir terkeluar, tersumbat dan berdarah. Kami kebiasaannya memberi ubat seperti Dafilon, ubat memudahkan buang air besar dan ubat supositori untuk dimasukkan ke dalam dubur.
Buasir terjadi apabila saluran darah vena membengkak dan timbul serta bengkak-bengkok atau tortuous. Ini menyebabkan saluran ini mudah tersumbat kerana pembekuan darah.
Kejadian ini bukan saja berlaku di dubur tetapi ia boleh berlaku di kaki dan bibir faraj seperti puan alami. Pada kaki, ia timbul pada permukaan betis dan selalunya puan mengalami kesakitan semasa berjalan.
Jika ia timbul di bibir faraj, bibir faraj akan membengkak dan puan berasa tidak selesa apabila terkena seluar dalam. Perdarahan jarang berlaku di tempat sebegini. Jika puan lihat dalam cermin, ia membentuk jaringan urat-urat darah berwarna biru/hijau.
Lebih hampir puan ke tarikh bersalin lagi bertambah teruk. Ini tidak memudaratkan kandungan puan, Cuma kami doktor akan mengelak melakukan epiosotomi jika boleh bagi mengelak perdarahan yang banyak jika terkena urat-urat darah ini.
Semua masalah itu selalunya akan hilang selepas bersalin kelak.

5 September 2013

ROGOL DI INDIA - Kekejaman Terhadap Kaum Wanita Sudah Melampaui Batas Kemanusiaan








Oleh Faudzil Harun


Adakah wanita tidak bernilai di India?

Setiap hari kekejaman - rogol berlaku di India.

Majoriti kes rogol adalah "Rogol Berkumpulan"

Adakah suatu dosa bagi seorang bayi wanita lahir di India?

Adakah semua orang akan hanya berdiam diri?

Sehingga bila?

Adakah sudah hilang kewarasan di India?

Bukankah "Wanita" itu berjuang melahirkan setiap manusia di dunia ini?

Bukankah "Wanita" itu menjadi ibu yang mendidik dan membesarkan semua pemimpin hebat dunia?

Haruskah "Wanita" di perlakukan seperti binatang?

Tidak kah anda marah terhadap kekejaman terhadap wanita?

Saya "SANGAT MARAH" kerana ibu saya seorang wanita, isteri saya seorang wanita, kakak saya seorang wanita dan saya mempunyai anak yang bergelar wanita.

Adakah anda akan berdiam diri selepas membaca teks ini?

Seharusnya semua wanita di dunia bangkit menentang kekejaman terhadap di India khasnya dan di seluruh dunia umumnya.

"Pertubuhan Wanita" di Malaysia haruslah memainkan peranan membela wanita.



31 August 2013

PENJAGAAN KEHAMILAN - Senggugut Tak Jejas Hamil







SAYA berusia 24 tahun dan akan berkahwin pada tahun ini. Saya mengalami masalah senggugut yang sangat teruk setiap bulan. Masalah ini dihadapi sejak saya haid pada usia 13 tahun. Setiap kali penyakit ini datang, saya akan mengambil pil penahan sakit. Apakah kesannya pada kesihatan saya? Adakah pengambilan ubat akan menyebabkan saya tidak boleh atau sukar mengandung?
EIYA
Sebelum saya menjawab soalan anda, benarkan saya jelaskan masalah senggugut. Pelbagai anggapan yang tidak benar mengenai senggugut wujud di kalangan masyarakat kita.
Ada dua bentuk senggugut iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer adalah senggugut yang berlaku sejak mula wanita itu didatangi haid seperti yang anda alami sekarang.
Anda mengalami senggugut sejak usia anda 13 tahun lagi. Senggugut jenis ini memang susah untuk dicari puncanya terjadi. Jikalau doktor melakukan laparaskopi untuk melihat dengan mata sendiri punca sengugut primer, lebih 90 peratus doktor tidak dapat mencari sebabnya. Selebihnya senggugut primer boleh berpunca daripada endometriosis dan jangkitan pelvis.
Kerap juga kami dapati urat-urat darah vena yang banyak bengkak dan membesar di sekeliling pangkal rahim. Jadi kemungkinan masalah pembengkakan urat-urat darah ini ketika haid berlaku menyebabkan sakit senggugut. Ini kita umpamakan seperti penyakit migrain yang mana urat-urat darah dalam kepala menyebabkan kita mengalami migrain.
Senggugut juga dikaitkan dengan masalah asid arachidonik dan horman prostaglandin yang ada dalam sistem peranakan wanita.
Ada persepsi yang salah di kalangan remaja dan ibu yang senggugut iaitu ia biasa dan normal serta tidak perlu mengambil ubat dan berjumpa doktor. Ini mungkin didikan daripada kecil dan si ibu juga mengalami masalah senggugut sama.
Bagi saya, memanglah senggugut satu kebiasaan pada wanita tetapi sekiranya senggugut mengganggu persekolahan dan pembelajaran atau pekerjaan seseorang perempuan, maka ia satu masalah perubatan. Ia memerlukan rawatan doktor ginekologi (perbidanan dan sakit puan).
Apa yang menarik mengenai senggugut primer ialah ia beransur kurang apabila wanita itu mencecah usia matang sekitar 20-an dan kebiasaannya selepas berkahwin dan mengandung, senggugut primer akan bertambah baik dan kadangkala hilang sama sekali.
Bagi anda, senggugut anda bertambah teruk setiap bulan. Ini mungkin disebabkan ada penyakit endometriosis yang berlaku sejak senggugut ini semakin serius. Senggugut primer juga tidak dikaitkan dengan masalah kesuburan.
Ini bermakna anda tidak perlu takut kerana ia tidak menjejaskan anda untuk untuk hamil selagi anda mempunyai haid yang teratur dan sempurna setiap bulan. Anda perlu menjaga berat badan anda bila berkahwin kelak.
Kalau kita bandingkan dengan senggugut sekunder biasanya mempunyai punca. Punca yang paling biasa ialah masalah endometriosis. Oleh kerana pertumbuhan dan perkembangan endometriosis bergantung kepada hormon estrogen yang dikeluarkan ketika haid, maka ia akan terus membesar dan merebak. Ini menyebabkan senggugut yang semakin serius setiap tahun. Endometriosis boleh menyebabkan wanita itu sukar mengandung.
Rawatan untuk senggugut primer selalunya dimulakan dengan ubat penahan sakit seperti ponstan yaag anda ambil sekarang. Bagi sakit yang sederhana, ponstan boleh mengurangkan kesakitan. Anda boleh campurkan dengan paracetamol bagi membantu sakit yang kurang berjaya dengan ponstan.
Pengambilan ponstan atau apa juga jenis ubat bukan steroid (NSAIDs) ini menyebabkan gastrik dan ulser perut. Ubat kumpulan NSAIDs melukakan lapisan perut dan gastrik berlaku sekiranya diambil pada masa panjang. Ada beberapa ubat penahan sakit lain yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko gastrik. Anda perlu berjumpa doktor. Saya ingin maklumkan bahawa ponstan tidak menyebabkan anda sukar mengandung.
Ada juga senggugut ini tidak berjaya dikawal dengan ubat penahan sakit. Oleh kerana itu kebiasaannya doktor akan menyuruh pesakit mengambil pil perancang keluarga untuk beberapa bulan. Majoriti akan mendapati sakit senggugut akan banyak berkurangan. Kelebihan pil perancang keluarga ini selain daripada pencegah kehamilan, ia memberhentikan ovulasi dari berlaku di ovari. Apabila tiada ovulasi, maka senggugut akan hilang. Pil perancang juga membuatkan haid pendek, sikit dan teratur.
Kesimpulannya, saya cadangkan puan berjumpa doktor pakar ginekologi untuk rawatan. Kami akan lakukan ujian ultrasound untuk melihat sama ada anda mengalami sista endometriosis. Sementara menunggu hari perkahwinan, anda boleh gunakan pil perancang keluarga di samping ubat tahan sakit dan berhenti sebelum anda berkahwin.
Pil perancang tidak mengganggu kesuburan anda selepas anda berhenti mengambilnya. Selepas anda melahirkan anak, gunakan pil perancang sebagai kaedah yang baik untuk menjarakkan anak kerana anda mendapat dua kebaikan di sini iaitu mencegah kehamilan dan haid yang lebih teratur, sikit dan tidak sakit.