Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - OBESITI KANAK-KANAK. Show all posts
Showing posts with label Z - OBESITI KANAK-KANAK. Show all posts

12 October 2014

KANAK-KANAK GEMOK - Kepercayaan Karut dan Kezaliman Menjadikan Orang Lain Gemok





Oleh Faudzil


KEPERCAYAAN KARUT GOLONGAN WANITA 

SEMASA BUDAK MASIH KANAK-KANAK
-  Comelnya budak ni
-  Tembamnya pipi budak ni 
-  Semangat budak ni
-  Pandainya budak ni makan
-  Bagus selera budak ni
-  Pandai ibubapa jaga budak semangat ni

KEPERCAYAAN KARUT NENEK 

SEMASA CUCU MASIH KANAK-KANAK
-  Kasi anak kau makan
-  Knape anak kau kurus? Kau tak kasi makan?
-  Kau sibuk kerja smpai anak kau kurus.
-  Tengok, aku jaga anak kau semangat
-  Biar anak kau makan, selagi dia nak makan
-  Budak kalau sedang makan jangan tegur, nanti terencat
-  Takpe makan, nanti dah naik sekolah, kurus lah budak ni.

APA YANG NENEK DAN IBU KATA 

BILA BUDAK ITU SUDAH GEMOK
-  Jangan makan banyak sangat, nanti gemok lagi.
-  Asyik melengkor jer kau ni.
-  Ni lah kau kalau tak sekolah asyik tidur jer.
-  Ni jer yang kau tahu, dah kenyang lepas tu tidur balik.
-  Kau pergi jogging, badan kau dah bertambah gemok.
-  Kau kena diet untuk kuruskan badan.
-  Jangan makan malam kalau nak kuruskan badan.
-  Kasi makan ubat kuruskan badan.
-  Suruh anak/cucu pergi gym.

APA NENEK DAN IBU KATA BILA ANAK GEMOK ADA 

PENYAKIT KENCING MANIS ATAU DARAH TINGGI
-  Orang kurus pun ada yang sakit juga.
-  Dah keturunan nak buat macam mana.
-  Dah takdir, redha jer lah.

KEZALIMAN YANG NENEK DAN IBU LAKUKAN

1.   Menjadikan orang lain gemok.
2.   Merugikan cucu / anak kerana banyak perkara yang 
      orang gemok tidak boleh lakukan.
3.   Membina generasi gemok dalam keturunan.
4.   Susah cari saiz pakaian.
5.   Belanja lebih untuk makan.
6.   Belanja lebih untuk pakaian.
7.   Mudah dapat penyakit bahaya.
8.   Sukar diangkat jika pitam, pengsan atau terlantar.
9.   Menjadi ejekkan orang.
10. Sukar beribadah lebih.

Ramai orang gemok ingin kuruskan badan. Banyak wang dibelanjakan membeli supplement, ubat dan bayaran keahlian gym. Itu fakta.

Banyak perkara orang gemuk tidak boleh buat. Itu fakta

Ada pilihan untuk tidak menjadi gemok, Jadi kenape pilih untuk jadi gemok? Itu fakta.


Kanak-kanak sangat mudah menjadi gemok jika ibubapa mereka gemok. Itu fakta.

Menjadikan orang lain gemok adalah suatu perbuatan zalim. Itu fakta. 

Bertindak lah dengan bijak.
Buangkan kepercayaan karut, jangan sampai terlambat.



OBESITI KANAK-KANAK - Dimanakah Peranan Ibu Bapa?






Written by Norkumala binti Awang. Posted in Utusan Malaysia
Kanak-kanak montel, mungkin dianggap comel tetapi pernahkah kita terfikir jika kemontelan itu berterusan sehingga dewasa? Di tambah lagi, penyakit tidak berjangkit pada masa kini tidak mengenal usia dan jantina. Bahkan ia terus bermaharajalela dalam masyarakat kita. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat kita sekarang sedang membentuk dan menyediakan generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa akan datang.

Kanak-kanak obes kini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita tetapi senario ini tidak dipandang sebagai satu masalah kesihatan awam. Bahkan ia menjadi sesuatu yang normal pada pandangan masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita telah pun menyedari tentang peri penting menjaga kesihatan tetapi kadangkala sikap dan tabiat gaya hidup yang tidak sihat diamalkan secara tradisi menjadi ikutan. Lantas, ia menjadi satu kelaziman dan akhirnya pelbagai masalah yang menyusup masuk dalam kehidupan mengundang bala yang tidak disedari. Lihat saja, berapa ramai antara kita yang sihat, tiba-tiba meninggal dunia akibat penyakit pembunuh secara senyap? Berapa ramai pula sekarang anak-anak telah pun mengidap penyakit diabetes sejak kecil dan paling malang lagi di bangku sekolah telah mengambil suntikan insulin sebagai rawatan diabetes? Siapakah yang harus ditunding jari ?

Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh kedua ibu bapa, keluarga atau orang yang menjaga anak-anak sejak dari kecil. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan, dibentuk dan ditunjukkan oleh ibu bapa. Kemudian barulah faktor-faktor luaran yang memainkan peranan dalam membentuk tabiat pemakanan anak-anak. Jika di sekolah, mereka mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan dan juga persekitaran yang mereka lalui. Tetapi di rumah, ahli keluarga dan persekitaran rumah adalah penting dalam mencorak pola pemakanan anak-anak.

Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat dan kuat. Justeru itu, sudah pastilah anak-anak disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, masalah pemakanan menjadi agenda utama dalam perkembangan mereka. Ini kerana sesetengah kanak-kanak mungkin menjadi kurang berselera dan ada yang mempunyai selera yang berlebihan terhadap sesuatu makanan. Ia adalah lumrah dalam perkembangan awal kanak-kanak. Mungkin disebabkan faktor ini, ibubapa memanjakan anak-anak dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan agar mereka mendapat semua khasiat yang diperlukan. Akhirnya mereka gagal untuk mengawal pemakanan malah anak-anak cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan. Tidak mustahil, makanan tersebut juga tidak berkhasiat dan tidak sesuai untuk mereka akhirnya akan menyumbang kepada masalah obesiti.

Walaupun faktor genetik atau keturunan tidak dapat dinafikan menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak namun punca luaran atau persekitaran tidak boleh dipandang sepi. Kanak-kanak cenderung menjadi obes apabila ibu bapa mereka juga obes. Walaupun berlaku ketidakseimbangan genetik menyebabkan individu makan secara berlebihan namun faktor ini tidak dapat diuruskan dalam kita menangani obesiti kanak-kanak. Namun, kita boleh melihat corak pemakanan anak-anak juga dicontohi daripada ibu bapa. Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan anak-anak mengikut acuan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, kita tidak boleh menyalahkan lambakan satu-satu makanan yang menyebabkan anak-anak kecil menjadi obes. Budaya semasa masyarakat yang gemarkan makanan berkalori tinggi contohnya nasi lemak, roti canai, teh tarik dan makanan segera yang lain juga menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Corak pemakanan sebegini memberi contoh kepada anak-anak. Namun begitu, ia tidak menjadi satu-satunya punca kepada permasalahan ini berlaku. Oleh itu, amatlah tidak wajar jika trend ini dipersalahkan sedangkan pokok pangkal penyebabnya tidak diperbetulkan. Contohnya, jika makanan seperti nasi lemak mudah didapati tetapi pengambilannya tidak dikawal, maka ia juga boleh menyumbang kepada masalah obesiti disebabkan kekerapan pegambilannya. Pokok pangkalnya adalah pendidikan daripada ibu bapa yang menentukan corak pemakanan mereka. 

Dalam hal sebegini, kesibukan ibu bapa menyebabkan pemilihan makanan yang berkhasiat agak terhad. Ibu bapa yang sibuk cenderung memilih makanan segera sebagai hidangan untuk keluarga disebabkan kekangan masa. Akhirnya ia menjadi satu budaya dalam sesebuah keluarga. Begitu juga dengan pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya dan media massa memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada permasalahan obesiti kanak-kanak.

Jika di sekolah, anak-anak di luar pengaruh dan kawalan ibu bapa, maka rakan sebaya dan persekitaran menjadi contoh utama mereka dalam memilih sesuatu makanan. Di sekolah, pemilihan makanan yang berkhasiat juga terhad malah kebanyakan makanan yang disediakan tidak cukup seimbang, berkalori tinggi, tinggi gula, garam dan juga kolesterol. Kewujudan dan kemudahdapatan snek dan minuman manis seperti "vendor machine" di sekolah juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk mengambil gula secara berlebihan. Apatah lagi, jika pembekal makanan di sekolah lebih suka menjual makanan rapu atau "junk food" yang menjadi kesukaan kanak-kanak.

Seharusnya pihak tersebut tidak mementingkan keuntungan semata-mata dengan menjual makanan yang tidak berkhasiat. Ini kerana makanan ringan akan menyumbang lebih banyak kalori malah menyebabkan pengguna menjadi cenderung untuk mengambilnya lebih banyak dan mengehadkan pengambilan makanan berkhasiat lain. Senario ini kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, dan mereka lebih cenderung untuk menghabiskan wang belanja harian semata-mata untuk membeli makanan ringan berbanding makanan berkhasiat yang lain seperti hidangan nasi dan sebagainya. Pengambilan kalori yang tinggi, gula dan garam berlebihan akan menyumbang kepada masalah obesiti kanak-kanak. Seharusnya, permasalahan sebegini diberi perhatian serius oleh ibu bapa, pihak sekolah dan juga pembekal makanan di sekolah. Kawalan dan pemantauan terhadap bekalan makanan ringan dan minuman yang tidak baik untuk kesihatan harus dipertingkatkan malah makanan yang tidak berkhasiat ini perlu dihadkan atau diberhentikan penjualannya.

Kanak-kanak yang obes akan cenderung menjadi obes apabila dewasa kelak ataupun mengalami berat badan berlebihan sepanjang hayat mereka jika tidak dirawat dan dipantau. Di samping pelan pemakanan yang sihat, anak-anak juga perlu diterapkan latihan fizikal yang mantap. Bukan sekadar menghabiskan masa terluang di hadapan televisyen dan komputer. Ibu bapa yang memiliki anak-anak obes perlu tahu bahawa mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara yang sukar. Justeru, ia memerlukan kefahaman yang mantap tentang permasalahan ini dan menekankan tabiat pemakanan yang sihat. Bukan setakat diterapkan kepada anak-anak malah perlu dilakukan bermula daripada diri sendiri. Barulah ia mempunyai sinergi yang cukup kuat dalam menyediakan kanak-kanak yang sihat dan generasi tidak obes pada masa akan datang.

Kesimpulannya, kita perlu mengamalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubat. Kita perlu mencegah penyakit yang bakal timbul akibat keobesan generasi masa kini dengan menerapkan amalan pemakanan sihat dan berbudaya hidup sihat. Semuanya bermula daripada ibu bapa sebagai pasak utama dalam pendidikan pemakanan anak-anak. Sejajar dengan saranan dalam surah Isra' ayat 7 yang bermaksud "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga...". Jika kita tidak berkorban untuk anak-anak pada hari ini bermakna kita menyediakan generasi yang tidak sihat pada masa akan datang. Ayuh, perkasakan peranan ibu bapa dengan menilai pelan pemakanan sihat anak-anak pada hari ini.

Sumber: http://www.ikim.gov.my/


OBESITI - Bantu anak hindari masalah obesiti






Oleh Dr Norman Mohd Norawi


Pengambilan pelbagai makanan segera, minuman berkarbonat dan jus segera yang mengandungi gula berlebihan antara punca kepada masalah obesiti ini. Jus segera yang dijual dalam air kotak, tin atau botol sebenarnya mempunyai jus amat sedikit dan kandungan gula amat tinggi. Begitu juga dengan minuman tenaga atau minuman coklat diiklankan sebagai minuman kesihatan yang hakikatnya mengandungi gula berlebihan. Oleh kerana itu ramai ibu bapa menyangka bahawa minuman ini sihat dan baik untuk kesihatan.
Satu laporan dalam Guardian Express, Amerika Syarikat menyatakan bahawa kanak-kanak zaman sekarang 40 peratus lebih berat daripada kanak-kanak 25 tahun dulu.


Laporan itu juga menyatakan bahawa industri minuman ini banyak mengiklankan minuman mereka dengan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran utama. Terdapat banyak mesin minuman ini diletakkan di sekolah dan institusi pendidikan menjadikan kanak-kanak sekolah mudah untuk membelinya. Minuman berkarbonat pelbagai perisa ini menjadi kesukaan kanak-kanak turut menyumbang kepada masalah obesiti.


Pengaruh iklan Pengiklanan besar-besaran di televisyen dan Internet turut mempengaruhi kanak-kanak untuk cenderung memilih minuman proses ini. Ibu bapa yang didesak oleh anak mereka akhirnya membelikan minuman manis ini. Masalah gigi dan gusi akibat pengambilan gula berlebihan ini juga meningkat dalam kalangan kanak-kanak. Makanan segera dan jajan terlalu mudah untuk didapati sekarang. Dengan hanya menelefon talian segera, makanan ini boleh dihantar ke rumah tanpa perlu keluar dan ini amat memudahkan ibu bapa yang bekerja. Ibu bapa yang kepenatan bekerja seharian, tidak mempunyai masa mencukupi untuk masak dengan makanan yang lebih sihat kepada anak mereka.


Kanak-kanak mudah mengaitkan makanan segera dengan suatu perkara menggembirakan mereka. Makanan segera juga lebih murah dan amat mudah didapati. Ambil contoh ibu bapa Jajan dan snek seperti kerepek, keropok, biskut dan sebagainya amat murah dan mudah dibeli di mana-mana menyumbang kepada masalah obesiti. Kanak-kanak biasanya tidak suka makan sayur, buah-buahan dan akan mengambil contoh daripada ibu bapa mereka yang suka makan makanan tidak sihat. Ibu bapa juga kurang mengambil berat soal makanan sihat dan tidak mempunyai ilmu yang cukup mengenai pemakanan yang sihat.


Beberapa tip untuk ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah obesiti.


l Gantikan minuman manis dengan minum lebih banyak air kosong atau air mineral ketika makan di rumah. Galakkan anak minum air kosong dan kurang mengambil minuman manis akan menurunkan risiko obesiti sehingga 60 peratus. Jangan menyediakan minuman manis seperti air sirap atau air kordial ketika makan. l Sediakan makanan lengkap (whole food) dan sihat yang kaya dengan makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, telur, ayam dan daging segar. Makan makanan yang kaya dengan serat dan dengan zat tinggi dengan vitamin dan mineral seperti beras perang, buah-buahan. Galakkan anak kurangkan makan makanan proses dan segera seperti kerepek, snek, jajan dan sebagainya. Lebihkan makanan berprotein tinggi seperti telur, kekacang, ayam, daging, ikan dan sebagainya dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi.


l Kurangkan masa menonton televisyen dan bermain komputer kerana ia mengakibatkan anak menjadi tidak aktif secara fizikal. Televisyen juga merangsangkan anak memilih makanan segera dan tidak sihat kerana pengaruh iklan. Makan sambil menghadap televisyen juga mengakibatkan anak makan secara berlebihan, terutama makanan jajan dan snek. l Bersenamlah bersama anak. Ia akan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak. Aktiviti fizikal membantu menurunkan berat badan di samping merangsang perkembangan hormon yang sihat. Berbasikal bersama anak, main badminton, bersukan, berjoging bersama dan pelbagai lagi aktiviti fizikal lain boleh dilakukan. Sekadar berjalan dan menemani anak ke padang permainan satu aktiviti yang sihat.


l Memberikan sokongan moral pada anak yang menghadapi masalah obesiti amat penting. Tekanan psikologi dan emosi anak obesiti di sekolah yang selalu diejek atau terasing boleh menyebabkan anak makan dengan lebih banyak kerana ‘makan emosi’. Mereka selalunya akan memilih makanan manis dan bergula. Jangan sesekali memanggil mereka seperti ‘gemuk’, ‘bob’, ‘boyot’, ‘gajah’, ‘badak’ dan sebagainya.


Ibu bapa sepatutnya memberikan contoh terbaik kepada anak dengan menjaga berat badan sendiri dan bersama makan makanan sihat dan bersenam selalu. Tambahlah ilmu berhubung pemakanan sihat dan bagaimana penyediaan makanan yang sihat. Elakkan membeli makanan segera selalu dan mengambil mudah soal penyediaan makanan kepada anak. Untuk menambahkan ilmu dalam penjagaan kesihatan dan mengawal berat badan, bacalah buku tulisan saya ‘8 Rahsia Menguruskan Badan Tanpa Berdiet’ yang dijual di pasaran. Saya boleh dihubungi melalui e-mel: drnormanmlk@yahoo.com.my.


Semoga kita sama-sama dapat bermanfaat daripada ilmu yang ingin saya sampaikan dan mengekalkan kesihatan terbaik sehingga akhir hayat. Penulis Pengamal Perubatan Am, Pengkhususan Aestetik, Antipenuaan dan Perubatan Regenaratif


Sumber: http://www.hmetro.com.my/


13 April 2014

KANAK-KANAK GEMUK - Kanak-Kanak Gemuk Comel?






KANAK-KANAK GEMUK COMEL???

Ramai masyarakat di Malaysia mengatakan bahawa kanak-kanak yang gemuk adalah comel dan ramai juga yang memuji ibubapa kanak-kanak itu dengan beranggapan ibubapa tersebut pandai bela anak, telah beri makan yang cukup dan pelbagai anggapan.


Adalah ini betul???

Saya merasa sangat kasihan kepada golongan yang "Salah Tafsir" beranggapan kanak-kanak gemuk mempamerkan kasih sayang ibubapa.


Sebenarnya, Membiarkan Anak Menjadi Gemuk adalah "Zalim"


Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang gemuk akan rugi dalam pelbagai perkara semasa membesar???

Kanak-kanak gemuk bukan sahaja rugi tidak dapat menyertai pelbagai aktiviti disekolah, malah akan menjadi bahan ejekkan rakan sebaya.

Kanak-kanak gemuk mempunyai potensi menjadi gemuk apabila dewasa nanti dan akan menghidapi pelbagai penyakit-penyakit yang berbahaya.


Adakah kanak-kanak gemuk comel???


Penyakit kardiovaskular, diabetes dan gangguan pernafasan boleh menyerang orang gemuk di usia muda.

Adakah ibubapa yang menjadikan anak-anak mereka gemuk itu adalah ibubapa penyanyang???

Sebenarnya ibubapa yang menjadikan anak-anak mereka gemuk adalah ibubapa yang “Penyayang secara Zalim”.



Apa Yang Pelik?

Ramai Ibubapa gemuk telah merasai kesukaran menghilangkan 
kegemukkan setelah mereka menjadi gemuk, namun mereka masih membiarkan anak-anak mereka menjadi gemuk. Bukankah ini zalim?



Kenapa Anak Anda Gemuk? 

1.    Genetik dan Keturunan
       
  Kalau keluarga memang berketurunan obesiti, memang secara
             tidak langsung obesiti ini akan menjadi keturunan disebabkan
             oleh masalah genetik.

2.    Persekitaran
       
  Terutamanya masalah pemakanan dan juga dengan lambakan
             pelbagai jenis makanan segera di pasaran sekarang. Konon
             mudah, senang dan cepat tapi kesannya?

3.    Gaya Hidup Tidak Sihat
        ●  Kanak-kanak zaman sekarang lebih banyak menghabiskan masa
             dengan menonton televisyen, bermain komputer dan segala
             jenis gadget yang canggih daripada melakukan aktiviti luar
             rumah seperti bersenam.

4.    Psikologi
        ●  Psikologi kanak-kanak dan golongan dewasa di mana yang
             mengalami masalah tekanan perasaan akan mengatasinya
             dengan makan dengan lebih banyak daripada biasa termasuklah
             kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

5.     Masalah metabolism
        ●  Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Kadar metabolisma
             yang rendah akan menyebabkan jumlah lemak dan kalori dalam
             badan senang terbentuk dan susah untuk dibakar. Masalah
             rendah kadar metabolisma adalah kerana kurangnya hormon
             leptin dan lebih hormon kortisol.


Risiko Penyakit Kepada Anak Anda 

1.    Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif.
2.    Masalah jantung.
3.    Darah tinggi.
4.    Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.
5.    Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi masalah lain.


Apa Yang Perlu Dilakukan? 

Didik anak dengan mengambil makanan yang sihat, berkhasiat disamping mengajak anak bersenam bersama-sama.

Walaubagaimanapun, proses penurunan berat badan tidak berlaku dalam masa singkat dengan perubahan yang mendadak.

Jadi, ibubapa dan keluarga perlu memberikan sokongan kepada anak-anak.

Nasihat kepada ibubapa, jangan kurangkan kuantiti makanan anak-anak dengan alasan untuk menurunkan berat badan, tetapi berikan makanan yang lebih sihat seperti sayur dan buah dengan lebih kerap dan lebih banyak.

Banyakkan memberi kata-kata semangat dan kata-kata positif untuk menarik minat anak-anak untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat sekaligus menurunkan berat badan dengan cara yang sihat, selamat dan berkesan. 


Pilih Makanan Yang Berkhasiat

1.      Seluruh seisi keluarga mengamalkan pemakanan yang sihat, bukan  hanya anak-anak, jadi tidak wujud persekitaran yang terpencil dan  diskriminasi kepada anak-anak.
2.      Setiap kali memilih makanan, pastikan makanan yang dipilih tinggi  serat dan rendah lemak.
3.      Jika umur anak sudah mencecah melebihi 2 tahun, berikan susu yang  rendah lemak untuk membantu menurunkan berat badan dan  pastikan anak-anak makan di atas meja makan. 




















25 April 2013

OBESITI KANAK--KANAK - 13.6% Kanak-Kanak 1Malaysia Gemuk Dan Obesiti



















Oleh Aida Sue

Peningkatan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun menunjukkan peratusan membimbangkan.

Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) mendapati kadar kegemukan kanak-kanak meningkat daripada 6.6 peratus kepada 13.6 peratus.  

Kajian juga menunjukkan 25 daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah kegemukan pada 2020.

Ia berdasarkan trend peningkatan satu peratus kes obesiti pelajar setiap tahun. Kajian pada 2009 menunjukkan 10 peratus atau 1,150 daripada 11,500 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun mengalami masalah kegemukan, manakala enam peratus (690 kanak-kanak) mengalami obesiti.



Satu kajian lain di Kuala Lumpur membabitkan 5,995 kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun pula mendapati murid lelaki mengalami peratusan berat paling tinggi iaitu 9.7 peratus berbanding 7.1 peratus murid perempuan.

Sekurang-kurangnya 10 daripada 40 murid di dalam satu kelas mengalami masalah kegemukan, tidak aktif dan berisiko berpenyakit, katanya.
Untuk menangani masalah kegemukan dan obesiti murid, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program sukan dan kegiatan kokurikulum iaitu seperti Dasar 1Murid 1Sukan.Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Kementerian juga memperkenalkan biasiswa sukan kepada pelajar cemerlang dalam bidang sukan, sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan atlit sekolah yang berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang sukan masing-masing.

Semestinya golongan dewasa yang menghadapi masalah obesiti mencari alternatif terbaik untuk mengurangkan berat badan. Bagi kanak-kanak pula, masalah obesiti mereka kebanyakan dibiarkan oleh ibu bapa mereka. Ibubapa perlu memainkan peranan untuk mengawal berat badan anak mereka supaya tidak memudaratkan mereka. Jangan serahkan tanggungjawab kesihatan kanak-kanak anda kepada pihak ketiga seperti pengasuh, cikgu sekolah mahupun orang gaji. Kalau lah anda betul-betul sayangkan anak anda, pastikan berat badannya pun dalam kawalan anda.


Obesiti di kalangan kanak –kanak & remaja

Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)


Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti

1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang 
    banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus

Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.


Standard Pengiraan Obesiti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak

Standard Untuk Bayi dan Kanak- Kanak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards. 

Walau bagaimanapun disebabkan oleh ketiadaan standard antarabangasa untuk definisi bagi obesity di kalangan kanak-kanak yang berumur 5-14 tahun, cara ukuran obesiti bagi kumpulan ini agar mencabar.

Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini sedang membangunkan satu panduan antarabangsa untuk pertumbuhan bagi kumpulan kanak-kanak sekolah dan remaja. WHO child growth standards  ini dibangunkan dengan menggunakan bukti- bukti teknikal dan diharap agar negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia dapat mengikut standard tersebut. 

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia




OBESITI KANAK-KANAK - Bayi Yang Diberi Susu Pada Waktu Tidurnya Berisiko Obesiti


















Menurut penemuan baru oleh saintis, bayi yang diberi minum susu dalam waktu tidurnya mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi gemuk / obesiti apabila meningkat usianya.

Mereka yang kerapkali diberi botol susu ketika mereka berusia dua tahun adalah 30 peratus lebih cenderung menjadi gemuk pada masa mereka berusia lima setengah tahun.

Para pengkaji memberi amaran bahawa ibu bapa yang terus memberikan anak-anak botol pada usia ketika mereka telah mulai makan makanan padat adalah sudah berlebihan.

Mereka mengatakan bahawa botol susu 8oz penuh lemak mengandungi 150 kalori - 12 peratus tenaga anak berusia antara keperluan satu dan dua dalam sehari.

Ibu disarankan untuk secara berperingkat menyapih / menceraikan susu bayi mereka dari sama ada susu ibu atau susu formula dari usia enam bulan.

Kajian penemuan baru ini diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, mendapati bahawa hampir seperempat anak-anak (22.9 peratus) masih diberi botol ketika mereka berusia dua tahun menjadi obesiti pada masa mereka berusia lima tahun setengah, bahkan selepas mengira faktor-faktor lain seperti berat ibu dan berat anak ketika lahir.

Itu dibandingkan dengan hanya 16 peratus anak-anak yang tidak diberikan botol.