Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - KISAH PAK DOLAH. Show all posts
Showing posts with label Z - KISAH PAK DOLAH. Show all posts

30 September 2014

KISAH PAK DOLAH - Pak Dolah buat Pesanan di KFC






Suatu hari setelah penat berjalan di bawah terik matahari, Pak Dolah lalu depan KFC.

Pak Dolah mendapat idea untuk sejukkan badan dalam KFC yang berhawa dingin tu.

Pak Dolah terus masuk ke dalam KFC. Sebaik masuk, Pak Dolah berdiri di suatu sudut sambil mengibas baju yang lembab akibat peluh.

Tiba-tiba seorang pekerja KFC berkata, "selamat datang boleh saya ambil pesanan?"

Pak Dolah hanya berdiam diri.

Pekerja itu bertanya lagi "Pakcik nak buat pesanan?"

Pak Dolah hanya tersenyum dan terus berdiri, lalu pekerja itu menunjukkan raut wajah seperti orang menyampah.

Pak Dolah nampak raut wajah itu tapi hanya berdiam diri.

Dalam pada itu, baju Pak Dolah yang tadi lembab itu sudah kering dan badan Pak Dolah pun sudah menjadi sejuk. Pak Dolah terfikir bolehlah dia keluar dari KFC dan teriskan perjalanan.

Tiba-tiba pekerja tadi bertanya dengan nada yang agak kuat "Pakcik nak buat pesanan?"

Pak Dolah yang sememangnya mahu berjalan keluar menghampiri pekerja tadi dan berkata hah!! saya cuma nak buat pesanan ...... "lain kali belajar hormat orang tua". Pak Dolah terus berjalan menuju pintu keluar.

Tiba-tiba Pak Dolah menoleh kepada pekerja itu dan berkata lagi "ada 1 lagi terlupa nak buat pesanan tadi, .... " sambil tersenyum Pak Dolah buat pesanan "jangan tinggal solat".






KISAH PAK DOLAH - Pailang v Pailong






Suatu hari Pak Dolah menaiki bas ke Kuala Lumpur.

Setelah tiba di KL, Pak Dolah berjalan kaki, sesat smpai malam.

Sedang Pak Dolah berdiri berfikir, tiba-tiba 2 orang pemuda menghampiri Pak Dolah.

Seorang dari mereka berkata "kasi semua duit kalau mahu selamat?"

Pak Dolah terus menjawab "apa ke hei kau tiba-tiba mintak duit aku?"

Pemuda itu berkata lagi "jangan main-main, kawan saya ni pailang"




Pak Dolah menoleh kepada pemuda itu dan bertanya "kampung kat mana?"

Pemuda yang bertanya itu mengaru kepala dan berkata dengan nada keras "kau jangan main-main lagi, kawan saya tu pailang, kasi duit cepat"

Lalu Pak Dolah berkata "hah!! kau pailang, aku pailong, ni aku tengah cari jalan nak pergi rumah adik aku paingah.

Pak Dolah bertanya pula "pai-lang dengan pai-long siapa lebih besar?"

2 orang pemuda tadi terus berlalu sambil menggeleng-gelengkan kepala mereka.






  

KISAH PAK DOLAH - Pak Dolah di Kedai Gunting






Suatu hari Pak Dolah ke kedai gunting.



Setelah masuk ke dalam kedai, tukang gunting bertanya "mahu gunting kah?"

Pak Dolah pun bertanya "gunting berapa harga?"

Tukang gunting jawab "gunting RM15 sahaja"

Pak Dolah mengaru kepala dan bertanya lagi "cukur berapa harga?"

Tukang gunting jawab lagi "cukur RM7 murah sahaja"

Lalu Pak Dolah kata "Hah!! kalau macam tu, cukur semua"