Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - RAWAT HATI. Show all posts
Showing posts with label Z - RAWAT HATI. Show all posts

16 December 2014

RAWAT HATI - Salah pegang Al-Quran ketika bersumpah: Mufti Perlis





SALAH PEGANG AL-QUR'AN KETIKA BERSUMPAH
- Mufti Perlis


KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu adalah kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.
Bagaimanapun menurutnya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.
“Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang Al-Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sumber: http://drmaza.com/home/?p=371

29 November 2014

MANUSIA DAN KEHIDUPAN - Apakah yang telah anda lakukan selama ini?

Oleh Faudzil Harun





Manusia dihidupkan bersama keajaiban. Bermula dari penciptaan benih kepada pembentukan jasad, dan ditiupkan roh sehinggalah kelahiran, segalanya adalah keajaiban. Secara amnya 9 bulan penciptaan manusia adalah bertujuan untuk manusia menempuhi kehidupan ajaib sebelum lahir ke dunia.

Tuhan mencipta alam zahir yang terdiri dari Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, langit, bumi, gunung, lautan, sungai, tasik, matahari, bulan, bintang dan banyak lagi. Tuhan juga mencipta alam ghaib yang terdiri dari roh, angin, para malaikat, alam jin, alam barzakh, alam akhirat, alam syurga, alam neraka dan banyak lagi yang tidak kita ketahui.

Subjek berkaitan Manusia dan kehidupan sangat luas, tetapi persoalan yang sering timbul dan perlu dijawab adalah: Apa tujuan Manusia diciptakan?

Manusia diciptakan hanya untuk satu tujuan ….. “Mengabdikan diri kepada Tuhan”. 

Maka segala yang dilakukan oleh Manusia dalam dunia ini mestilah berlandaskan kepada niat untuk beribadah kepada Tuhan. 

Sebagai kesimpulannya, Manusia yang mahu menjalani kehidupan secara berkualiti mestilah hanya melakukan perkara yang baik, positif dan berfaedah.

Namun …… Tuhan memberikan pelbagai “adventure” atau cabaran kepada Manusia agar kehidupan di dunia menjadi lebih bermakna.

Apakah yang telah anda lakukan selama ini?



17 November 2014

RAWAT HATI - Masalah Personaliti





Masalah personaliti (multiple personality disorder) yang dipaparkan dalam cerita Dr Jeckyll and Mr Hyde

Manusia mempunyai personaliti yang berbeza beza dan setiap seorang individu mempunyai personaliti yang unik untuk dirinya. Apa yang menjadikan seseorang itu seorang individu ialah personalitinya. Personaliti membawa maksud "gabungan emosi, atitud, dan tingkah laku gerak balas terhadap orang lain. Antara komponen yang membentuk personaliti juga termasuk ciri ciri yang lebih objektif termasuk kebolehan, minat, dan karakter seseorang individu.

Kita akui setiap manusia mempunnyai personaliti yang berbeza, namun, sebahagian manusia mempunyai personaliti yang sangat jauh berbeza daripada orang lain di sekitarnya. Orang ini mempunyai sikap yang janggal, cara berkomunikasi yang aneh dan sebahagiannya mempunyai pemikiran yang aneh. Personaliti aneh ini dikategorikan di dalam masalah psikiatri sebagai 'masalah personaliti @ personality disorder'.
Pernahkah anda berjumpa dengan orang yang selalu lemah semangat, takut untuk bergaul dengan orang lain, tidak banyak bercakap dan sangat takut untuk bercakap di hadapan orang lain terutamanya di hadapan orang yang jarang ditemuinya?

Pernahkah anda berjumpa dengan orang yang selalu mempergunakan orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri, pandai memujuk mujuk orang lain, meniggalkan orang itu sekiranya tidak diperlukan, sentiasa mahu dipuji? Itu adalah sebagian contoh sifat orang orang yang mempunyai masalah personaliti schizoid dan masalah personaliti narcissistic (mengikut turutan). Namun, masalah personaliti adalah jauh lebih banyak

Artikel ini hanya akan menerangkan secara umumnya tentang masalah personaliti. Masalah personaliti adalah masalah yang menjejaskan fungsi normal berikut:
  Emosi
  Minat
 Kebolehan
●  Karakter
●  Bagaimana cara seseorang itu memandang dirinya sendiri.

Emosi
Orang yang mempunyai masalah personaliti sebahagiannya mempunyai masalah emosi. Ada yang menjadi cepat marah apabila tidak dipedulikan atau apabila orang lain dipuji puji melibihi dirinya. Ini adalah masalah yang dihadapi dalam individu yang mempunyai penyakit personaliti Histrionic (Histrionic personality disorder). Masalah emosi juga berlaku dalam banyak penyakit personaliti yang lain.

Minat
Sebahagian pesakit personaliti mendapati dirinya kurang berminat dengan perkara yang selalunya diminati oleh orang lain. Walaubagaimanapun bukan semua orang yang kehilangan minat ini mempunyai masalah personaliti contohnya dalam pesakit dementia (nyanyuk).

Perubahan bagaimana seseorang itu memandang dirinya sendiri.

Sebahagian orang yang mempunyai masalah personaliti juga merasakan dirinya sebagai orang lain dan tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi. Ada yang merasakan dirinya adalah seorang raja. Ada pula yang bertukar tukar antara dua personaliti, menjadi individu lain di waktu tertentu. Kisah Dr Jekyll and Mr Hyde mengisahkan tentang cerita seorang doktor yang berubah menjadi orang lain di waktu tertentu.

Sumber: http://www.blog.kesihatanonline.com/


16 October 2014

RAWAT HATI - 10 Petanda Kita Jauh Dari Allah S.W.T.





PETANDA KITA JAUH DARI ALLAH S.W.T.

1.   Hati Tidak Tenteram
2.   Mudah Sakit Hati
3.   Mudah Buruk Sangka
4.   Selalu Merasa Was Was
5.   Pekerjaan Jadi Rumit
6.   Banyak Masaalah
7.   Selalu Bergaduh
8.   Susah Tidur
9.   Menjauhi Masyarakat
10.Rezeki Semakin Sempit


APA PENYEBABNYA?
Kerana kita lalai mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.


AWAS!!!
Jangan sampai lupa kepada Allah S.W.T.



6 October 2014

RAWAT HATI - RIAK AMAL IBADAT






RIAK MEMPERLIHATKAN AMAL IBADAT
Istilah riak berasal daripada kata akar lihat". Orang yang riak ingin memperlihatkan" ibadatnya kepada orang untuk mendapat sanjungan, pujian dan penghargaan. Dalam erti kata lain, riak ialah sifat menduakan" Allah dalam melakukan kebaikan.

Imam al-Ghazali berkata: "Riak ialah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebaikan."

Imam Habib Abdullah al-Haddad pula berkata: Riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat."

PENAWAR RIAK
Jadi bagaimana mahu mengatasi rasa riak ini? Adakah orang yang riak ini akan berterusan tenggelam dan syok sendiri dengan amalannya yang tidak membuahkan hasil? Sudah tentu sekali tidak. Maka riak dapat ditangani sekiranya mereka beringat bahawa apa yang dicari pada manusia akan punah, dan yang kekal hanyalah Allah. Firman Allah: Apa yang ada di sisi Allah jua yang kekal." (Surah an-Nahl :96)

Yakinilah bahawa riak hanya akan membawa kepada kehinaan, dan amalan orang yang riak ini langsung tidak akan mendapat ganjaran di akhirat.

Tanya diri kita, mahukah kita berpenat lelah mengerjakan segala amal kebajikan di atas dunia ini, lantas di akhirat kita hanya menjadi seorang yang papa kedana? Fikirkan juga betapa riak akan menghapuskan pahala dan menambah dosa.

Pada hari kiamat kelak Allah akan berfirman: "Pergilah kepada mereka yang kamu perlihatkan amalan untuknya. Tengoklah adakah pahala pada mereka? " (Riwayat Ahmad)

Apabila terdetik sahaja rasa riak, segeralah ingat kepada Allah dan berlindung daripada godaan syaitan. Hadapkan hati dan wajah kepada Allah dengan mengenangkan segala sifat keampunan dan kasih sayang dari-Nya, dan bayangkan aib diri akan didedahkan kepada seluruh manusia sekiranya kita beribadat hanya mengharap pujian manusia.

PEDOMAN MENGHINDARI RIAK
Tak perlulah beritahu orang atau tunjuk gambar sedekah yang telah kita berikan, pertolongan yang telah kita hulurkan, ibadah yang telah dilaksanakan, masjid mana kita solat tadi, Majlis Agama apa yang kita hadiri kerana ia memiliki ciri-ciri riak walaupun kita tidak berniat begitu kerana apabila orang mula memuji dan memberikan sanjungan ...... maka sia-sia lah ibadah kita itu kerana "riak menghapuskan amalan"

Hanya Allah yang maha mengetahui.


24 September 2014

RAWAT HATI - Pakai Tudung, tapi ........ ???










Pakai Tudung tapi ........ ??? tengoklah sendiri

















































Tak faham???

Sengaja tak faham???

atau sengaja nak tunjuk???

Tiada siapa tegur???



Tanggungjawab siapa?




18 September 2014

PRODUK BAKERI - Adakah Semua Produk Bakeri Di Malaysia Halal?






Kali ini saya ingin berkonsi persoalan penting dalam isu makanan halal.

Baru-bari ini sewaktu berada di sebuah pasaraya, saya memerhatikan ramai orang Islam membeli produk bakeri di sebuah kedai bakeri yang dimiliki orang yang bukan beragama Islam.

Terlintas difiran saya adakah semua Produk Bakeri Di Malaysia Halal?

Untuk kepastian, saya masuk ke dalam kedai bakeri itu dan bertanya kepada pekerja yang berbangsa Melayu adakah kedai bakeri itu memiliki Pensijilan Halal?


Pekerja itu berkata "tak tahu" dan bertanya kepada pekerja lain yang berbangsa "Bangladesh."

Pekerja Bangla itu memberitahu saya "Jangan Takut Sini Barang Semua Halal".

Lalu saya meneliti kota pembungkus kek dan dapati "Tiada Logo Halal."



Di sekeliling kedai tiada Sijil Halal di pamerkan dan tiada logo halal di material pembungkusan.

Lalu saya mendekati beberapa orang Islam yang keluar dari kedai bakeri itu. 


Setelah meminta kebenaran, saya bertanya kepada mereka adakah mereka tahu sama ada produk yang mereka beli itu halal? dan bagaimana mereka pasti setiap produk menggunakan bahan yang dipastikan halal?


Apa Reaksi Mereka?

1.   Ada yang hanya tersenyum dan terus beredar.
2.   Ada yang menunjukkan ekspresi muka sinis dan berlalu.
3.   Ada yang berkata "mana kami tahu?"
4.   Ada yang berkata "semua produk bakeri di Malaysia pasti halal"
5.   Ada yang berkata itu kerja JAKIM.
6.   Ada yang berkata "Alah, kira halal jer lah."
7.   Ada yang bertanya saya "produk ni tak halal ke?"

8.   Ada yang hanya berkata "Alamak"

Selepas itu saya keluar dari kedai itu dan berlalu. Dalam perjalanan pulang banyak perkara bermain dalam fikiran saya.

Saya tertanya-tanya adakah mentega, cheese, overlette, gelatin, sausage dan lain-lain ingridien yang digunakan itu halal?

Di rumah, saya meneliti beberapa artikel di internet dan saya menjumpai beberapa artikel seperti berikut:


1.   Sumber dari: 
      http://halalbakeryproduct.blogspot.com/

Mencari yang HALAL

Sudah terlalu lama blog ni x dikemaskini. Mohon maaf pada yang mengikuti. Pelbagai isu tentang makanan halal telah timbul baru2 ini. Antaranya isu mentega jenama Golden Churn yang akhirnya telah disahkan TIDAK HALAL oleh Pihak JAKIM (klik untuk baca), kerana mengandungi DNA babi. Macamana dengan pengguna2 yang pernah menggunakan butter jenis ini dalam makanan/produk mereka? Tukar sajelah dengan jenama lain yang banyak terdapat di pasaran tu. Ada juga yang komplen, kalo tukar jenama lain, rasa kek atau biskut yang dibuat akan jadi x sedap. Tapi sanggupkah anda memberi anak2/keluarga/rakan2/pelanggan anda makanan yang tidak halal. Fikir2kan la, sebab selalunya yang terlalu sedap ni, boleh memudaratkan. Contohnya, makanan yang manis, berlemak memang sedap tapi tidak elok pada kesihatan.

Satu lagi sikap orang2 kita ni, terlalu senang nak percaya pada berita2 atau isu2 yang disebarkan melalui laman web sosial mcm di FB atau yang diforwardkan melalui email2. Bila dapat je sesuatu link yang mengatakan produk ni haram la, produk tu ada DNA babi la, terus je nak share dan forward pada orang lain tanpa memastikan kesahihan sesuatu isu tu. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia yang bijak kita mesti tahu mana sumber yang sahih dan mana sumber yang tidak dengan mengenalpasti badan/kementerian atau pihak yang sepatutnya atau yang berhak untuk mengeluarkan kenyatan tersebut. Sebagai contoh, isu yang berkaitan dengan Halal/Haram sepatutnya dirujuk terus pada pihak JAKIM. JAKIM merupakan pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil Halal yang sah. Sekiranya ada sebarang keraguan, klik saja laman Portal Rasmi Halal Malaysia. Di laman web ini, terdapat pelbagai info yang sangat berguna pada pengguna2 muslim.

Ada juga komen2 di ruangan chat blog ini yang meminta list pembekal bahan bakeri Halal yang terdapat di Malaysia. Mohon maaf sebab lambat respon sebab agak sibuk dan tidak sempat untuk update blog ini.  Hakikatnya (sepanjang pengetahuan saya) tiada satu pun kedai bakeri di Malaysia ni, yang dapat membekalkan 100% bahan bakeri yang halal. Ini kerana kebanyakan bahan mentah di kedai bakeri adalah dipek semula dari produk kilang yang tidak ada sijil halal ataupun diimport dari luar negara (negara China, Amerika). Jadi peranan kita sebagai pembeli/pengguna, kita mesti bertanya tentang status halal sesuatu produk itu. kalau boleh, minta dengan peniaga itu sijil halal yang dikeluarkan oleh kilang. Kalau semua pengguna bertindak begitu, mesti peniaga kedai2 bakeri ni akan lebih sensitif pada kepentingan produk Halal. Antara produk yang biasanya dipek atau dibotol semula adalah seperti shortening, krimwell, marjerin, produk tepung, pewarna, perisa, pre-mix product (cth: tpg mufin segera) dan jem/ fruit filling. Produk yang disenaraikan diatas adalah antara produk yang boleh diragui status Halal nya sekiranya tiada sebarang sijil Halal yang dikeluarkan. Ini kerana kebanyakan produk di atas adalah berasaskan lemak (mungkin ada lemak babi) dan berkemungkinan dicampur dengan alkohol (cth: pewarna, perisa, filling). Sebenarnya terdapat pilihan untuk pengguna2 islam. Selain mendapatkan bahan mentah di kedai bakeri, banyak juga boleh diperolehi di pasaraya seperti produk Nona. Kebanyakan produk keluaran nona mempunyai cop halal dan produk yang dikeluarkan juga pelbagai. Banyak lagi produk keluaran Malaysia yang mempunyai cop halal dari Jakim. Walaubagaimanapun, untuk kesahihan/tarikh luput sijil halal produk, sila periksa di laman web halal malaysia.

Untuk yang bertanya, sekiranya saya ada maklumat berkenaan dengan kedai2 bakeri yang ada menjual produk yang halal, akan saya paparkan.

1.   Sumber dari:   
      http://halalbakeryproduct.blogspot.com/

BACA LABEL....rajin2kan diri

Apa ada pada label makanan. Macam2 ader. Kalo beli produk makanan, saya memang suka belek, terutamanya kalo ada produk baru kat pasaran. Samada perasan atau tak, label di pembungkus makanan tu boleh memberikan pelbagai maklumat penting. Jadi, jika kita rajin baca label barulah kita tahu, apa yang kita suap dalam mulut kita. Antara yang terkandung dalam label makanan  adalah seperti berikut:

- Ramuan/ingredients
adakah sumber bahan mentahnya halal atau dinyatakan dari sumber tumbuhan? adakah dinyatakan penambahan sebarang aditif yang dibenarkan.

- Maklumat pemakanan/ Nutrition fact
dari segi kesihatan, adakah kalori yang terdapat dalam makanan itu bersesuaian dengan kadar penggunaan tenaga anda.? Tinggi lemak? Tinggi gula?

- Berat bersih/ Net weight

- Penyediaan/Preparation
  macamana nak makan, kena goreng dulu ke? from freezer to oven?

- Penyimpanan/Storage
  ayat standard....simpan di tempat kering dan sejuk

- Dikilangkan oleh/Manufactured by

- Tarikh luput/expired date

- dan......yang paling penting LOGO HALAL (ada ke tak?)

Bila dah nampak logo halal tu, cek betul2. adakah logo halal tu dikeluarkan oleh JAKIM atau pun dikeluarkan oleh negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Kalau xde, carik la yang ada.


3.   Sumber dari: www.halalgelatine.com


YOU ARE... WHAT YOU...EAT!

They ask thee what is lawful to them (as food). Say: lawful unto you are (all) things good and pure: and what ye have taught your trained hunting animals (to catch) in the manner directed to you by Allah. eat what they catch for you, but pronounce the name of Allah over it: and fear Allah. for Allah is swift in taking account.
~ Surah 5 - Al Maidah : Verse 4 ~

FOOD is the first thing you have to be worried about. This is why we are creating the awareness among all the muslims around the world.
The prophet S.A.W said "YOU ARE WHAT YOU EAT"and with that we leave you to think hard and look inside among yourselves!

BE ALERT...choose...HALAL!

"He hath only forbidden you dead meat, and blood, and the flesh of swine, andthat on which any other name hath been invoked besides that of Allah. But if one is forced by necessity, without wilful disobedience, nor transgressing due limits,- then is he guiltless. For Allah is Oft-forgiving Most Merciful."
~ Surah 2 - Al Baqarah : Verse 173 ~

Halal gelatin (US spelling) or halal gelatine (British spelling) is the number one topic of the world. The talk of the town. The worry of the muslim community! We are here, to settle this health crisis by understanding it better, know better and to choose the right path. As we go through our acquaintance, we will provide you with as much information as we can.Insya-ALLAH.

The Arabic word (Halal) means lawful or permitted. In the Holy Qu'ran, Allah commands Muslims and all of mankind to eat of the Halal things. Basically, Allah Al Mighty knows what is best for us to eat. And normally all the halal food are very clean and safe from any desease. Unlike non-halal which you can always find some interesting facts relating to sickness.

The opposite of Halal is Haram, which means unlawful or prohibited. Halal and Haram are in fact universal terms that apply to all facets of life. As far as food is concerned, the Qur'an makes it clear as to what is Halal and Haram, read it here verses in the Al-Qur'an.

The following products are definitely Halal:

●  Milk (from cows, sheep, camels, and goats)
●  Honey
●  Fish
●  Plants which are not intoxicant
●  Fresh or naturally frozen vegetables
●  Fresh or dried fruits
●  Legumes & nuts like peanuts, cashew nuts, hazel nuts, walnuts
●  Grains such as wheat, rice, rye, barley, oat, etc.

Basically, all food is Halal except for the following:

●  Meat from swine - pork, ham
●  Pork-based products and by-products - sausages, gelatine etc
●  Animals improperly slaughtered, or already dead before
    slaughtering is due to take place
●  Animals killed in the name of anyone other than Allah
    (for example, by anyone other than a Jew, Christian or Muslim, or
    as part of a pagan sacrifice)
●  Intoxicants
●  Blood and blood by-products
●  Foods contaminated with any of the above products
●  Most of the desserts use non Halal Gelatine that comes from pigs.

About other animals such as cows, goats, deer, chickens, ducks, game birds, etc., are only Halal if they are slaughtered according to Islamic Law, called Zabihah in Arabic.

The word gelatine (also called gelatin) is taken from the Latin "gelatus," which means stiff or frozen. Gelatine is basically a processed and refined animal protein, derived from bones, hides and collagenous connective tissues. It has a variety of industrial applications especially those related to food processing, pharmaceuticals, cosmetics & toiletries, photography, printing and many more.

Gelatine have a very unique nature and this substance function is to be an agent for :-

●  Stabilising & binding
●  Thickening & platicizing
●  Emusification & foaming

For example, the gelatine's are suitable for gelling, thickening and stabilising dishes and gives them their creamy consistency. It plays a major role in the modern food industry.

For the Muslims community, availability of HALAL GELATIN is a very sensitive issue to ensure the consumption of genuinely Halal quality products.

The process
Gelatine is obtained by boiling the skin, tendons, and ligaments of animals. After the process known as hydrolysis, it contains protein, collagen (a primary component of joints and cartilage), and various amino acids.

It’s the ingredients for providing support for :-

●  Soft candies such as Gummi Bears
●  Delicious desserts such as cheesecake, Ice cream, chocolates
●  Fruits juices
●  Daily salads with some sauces
●  Frozen drinks
●  Functionality

Gelatine is primarily used as a gelling agent [319] forming transparent elastic thermoreversible gels on cooling below about 35°C, which dissolve at low temperature to give 'melt in the mouth' products with useful flavour-release.

When talking about lawful food and drink in Islam, there are two words that always come up, Halal and Haram. The opposite of Halal is Haram, which means unlawful or prohibited as written clearly in the Qur'an. So, ever wonder about what you eat whether it’s halal or not?

Sometimes, it’s much easier if we just choose to eat only fish, right? Because it’s halal and you don’t have to worry about anything else. But for how long? After a day or two, you start looking for chicken, beef etc… Then you start to wonder again, whether it’s slaughtered in syari’ah way or not?, follow the Islamic law? Somehow, your mind will still be full of curiosity.

What about desserts? Ever wonder whether it’s halal or not? I must say this, 90% of ingredients in any desserts, used GELATINE. And most of the gelatines are made from pigs and if it’s from a cow, it is unsure whether it’s been slaughtered according to Islamic law/syariah that called Zabihah, which I mentioned earlier.


Sebagai rumusan, belilah dan makanlah dari produk yang sudah pasti halal kerana kita sendiri yang bertanggungjawab kepada apa yang kita makan dan apa yang kita beri makan kepada keluarga kita.

Artikel ini saya tulis bertujuan sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan seluruh umat Islan di Malaysia.



15 September 2014

RAWAT HATI - Cara Mudah Mengubah Kepercayaan Terhadap Perkahwinan


Oleh Faudzil Harun












APA BERLAKU BILA KEPERCAYAAN KARUT DAN ADAT MENGATASI HUKUM AGAMA?

Situasi menjadi kritikal akibat kemahuan mengadakan majlis besar, hantaran 17 dulang, pelamin dan andaman yang beribu ringgit, majlis berinai dengan 5 persalinan baju, kek 5 tingkat, "goody bag" yang banyak, kad jemputan yang kilat dan berbau wangi, perabut serba baru, langsir tebal, cat rumah, "renovate" rumah dn macam-macam lagi.  





APA BERLAKU BILA PIHAK KELUARGA WANITA MEMINTA WANG HANTARAN YANG BANYAK?

Pihak lelaki menjadi stres, cari jalan pinjam bank/koperasi dan kemudiannya tanggung hutang sehingga dah ada 3 orang anak pun hutang masih belum selesai lagi.

Malah ada yang terfikir nak lari dan bernikah di luar negara.





APA BERLAKU BILA MERTUA MENYEBOK M,ASUK CAMPUR SEGALA HAL SELEPAS BERKAHWIN?

Keadaan menjadi kelam kabut. Kedua-dua pasangan suami & isteri menjadi serba salah kerana terpaksa jaga hati Ibu & Bapa dan pasangan masing-masing.





APA BERLAKU DALAM PERINGKAT AWAL SELEPAS BERKAHWIN?

Perangai dan tabiat pasangan Suami-Isteri terlihat. Perselisihan faham berlaku. Jika tidak di tanggani dengan betul, keadaan boleh menjadi kritikal. 





LANGKAH BIJAK SELEPAS BERKAHWIN

Berpindah dan tidak tinggal serumah dengan ibu bapa.
Jika berlaku perselisihan faham, bergaduh, Jangan balik ke rumah ibu bapa. Jangan mengadu kepada ibu bapa.





BAGAIMANA BUAT PERUBAHAN?

Ubah kepercayaan. Utamakan Hukum Agama. Nikahkan anak dengan niat memenuhi tuntutan agama. Jangan kahwinkan anak kerana mahukan pujian dari orang. Jangan pedulikan apa orang nak kata. Bantu anak pelajari hukum, adab dan kaedah menanggani situasi kritikal. Doakan anak, menantu dan besan. Selepas anak berkahwin, ibu bapa jangan menyebok masuk campur semua urusan anak & menantu.



RAWAT HATI - 5 Perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kahwin






Written by Farah Ghafar


Islam merupakan agama yang mudah dan tidak membebankan. Membicarakan isu majlis kenduri kahwin (walimah)  daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis ini, majlis kenduri kawin (walimah) daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat firman Allah SWT maksudnya :“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(boros) dengan melampau (Surah al-Isra' ayat 26).

Terdapat banyak perkara-perkara bertentangan dengan ajaran Islam semasa di adakan majlis kenduri kawin di dalam masyarakat kita. Sebagai seorang muslim-mukmin yang beriman dan  bertakwa kita perlulah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang bertentang dengan ajaran Islam. Jika boleh di elakkan maka elakkanlah semoga kita mendapat keredaan Allah SWT.

Oleh kerana majlis kenduri kawin adalah sebagai satu ibadah (meraikan tetamu dengan majlis jamuan) selepas majlis akad nikah dijalankan, maka perlulah kita berwaspada supaya ibadah yang kita baru tunaikan tidak dicemari dengan kemugkaran dan mendapat kemurkaan Allah SWT.

Perkara-perkara yang bertentangan tersebut adalah seperti berikut :


Pertama : Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?
Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan  dari al-Quran.
Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT. yang bermaksud : " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' ayat 4 )
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Hadis Riwayat Bukhari ) 
Dari hadis di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah SAW  pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat al-Quran, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Nabi SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.
Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Hadis Riwayat Ahmad )
Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulama tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin tanpa kebenaran anak perempuan yang berkahwin.
Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu ringgit Malaysia adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin. 
Jika hantaran tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan pihak lelaki berkemampuan membayarnya tidaklah menjadi satu kesalahan dan ianya diharuskan.


Kedua : Adakah bersanding merupakan ajaran Islam?
Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.
Apa yang berlaku semasa  majlis bersanding  ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam al-Quran , Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah.
Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.
Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36. : “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram” 
Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.
Berinai adalah salah satu amalan semasa majlis perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW  tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra : "Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya : " Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai).” 
(Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa’i 5092)
Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim: Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi SAW  melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ketiga : Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?
Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang? Beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya dibuang begitu sahaja! Adalah jauh lebih baik rombongan pengantin lelaki membawa makanan atau buah-buahan sebagai hadiah kepada pihak pengantin perempuan. Sirih junjung dikira sebagai  barang membazir dan menyusahkan sahaja.


Keempat : Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan  bersolek (berlebih-lebihan) di majlis perkahwinan ini?
Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis riwayat Muslim. Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a katanya : "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”
Apa yang jelas dari bersolek adalah satu dosa kerana termasuk dalam "Tabarruj" dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan dilarang oleh Allah SWT . Jika bersolek sekadarnya dan tidak nampak bedak yang tebal dan tiada perhiasan yang berlebihan tidaklah dilarang.


Kelima : Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?
Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:
Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.
Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”
Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis  riwayat Bukhari daripada Aisyah r.ha bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."
Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya :" Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”
Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.

Sahabat yang dimuliakan,
Islam menyarankan majlis kenduri kahwin (walimah) hendaklah diadakan cara yang sederhana tetapi meriah. Tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Jika kurang berkemampuan adakan majlis yang sederhana sahaja dan perlu mengundang saudara mara yang terdekat , jiran tetangga dan sahabat-sahabat yang rapat sahaja. Tidak perlulah berhutang dan bergolok bergadai semata-mata untuk mencari kemegahan dan riak sedangkan cara seperti ini dilarang dan ditegah oleh agama.
Kenapa  perkahwinan umat Islam sekarang ini tidak kekal dan berlaku penceraian walaupun umur perkahwinan tidak sampai setahun? Sedangkan kos perbelanjaan perkahwinan telah dihabiskan puluhan ribu ringgit. Puncanya adalah tidak terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kerana terdapat banyak unsur maksiat dan dosa semasa dilangsungkan majlis perkahwian tersebut. Oleh itu perlulah kita buangkan adat-adat melayu lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adat bersanding, hiburan yang mendatangkan dosa dan mengelakkan pembaziran dengan menyediakan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Majlis prkahwinan adalah ibadah, pastika kita tidak melaggar batas-batas syarak yang di benarkan oleh Allah SWT.

Sumber: http://www.ikahwin.my/