Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - MOTIVASI DIRI. Show all posts
Showing posts with label Z - MOTIVASI DIRI. Show all posts

14 October 2014

PEMBANGUNAN DIRI - Menuruti Pendapat Majoiriti Adalah Panduan Yang Lemah







MENURUTI PENDAPAT MAJORITI ADALAH PANDUAN YANG LEMAH

Setiap perkara berubah setiap saat di seluruh dunia. Orang membuat keputusan setiap saat di seluruh dunia juga. Saya membuat keputusan, anda membuat keputusan dan kita selalu membuat keputusan.

Apa yang mempengaruhi keputusan? 
Keputusan dibuat berdasarkan pendapat. Ramai orang mempunyai banyak pendapat, tetapi tidak banyak pendapat yang sangat baik. Mengumpul pendapat dan mengubah suai untuk yang lebih baik adalah satu usaha yang bijak

Tetapi soalan utama saya adalah:
1.  Patut kah anda menuruti pendapat majoriti walaupun anda
      mempunyai keraguan?
2.  Patut kah anda menuruti orang ramai apabila anda tidak pasti       
      langkah seterusnya?

Kebanyakan orang berasa selamat apabila mereka mendapati bahawa mereka bergerak bersama orang ramai atau mengikuti pendapat majoriti.

Terdapat banyak sebab yang boleh membuat seseorang berasa selamat menuruti majoriti tetapi dua sebab yang paling umum adalah kerana:
1.  Mereka lebih suka untuk kekal dalam zon selesa mereka; dan
2.  Mereka takut untuk mengambil risiko.

Tetapi bagaimana jika pendapat majoriti adalah panduan yang lemah?

Untuk menjawab mengapa pendapat majoriti adalah panduan yang lemah, anda perlu tanya kepada diri sendiri:

"Jika pendapat majoriti bukan panduan yang lemah" adakah kebanyakan orang gembira dengan pendapat majoiriti itu? "

Jadi, mengapa menuruti majoriti?
Kebanyakan orang takut untuk mengambil risiko: Kebanyakan orang takut untuk melangkah keluar dari zon selesa mereka, maka mereka bergantung diantara satu sama lain walaupun ia tidak membawa mereka ke mana-mana. Itulah sebabnya menuruti orang-orang seperti ini adalah satu kesilapan besar.

Mari kita lihat peratusan orang-orang yang berjaya.

   Di dalam bilik darjah sekolah, anda akan mendapati kurang dari
     10 pelajar mendapat markah penuh.

   Dalam sebuah syarikat yang anda akan mendapati hanya 5 – 10%
      pekerja mendapat kedudukan yang tinggi.

   Dalam sebuah Negara, hanya ada sedikit jutawan.

   Dalam dunia anda hanya mendapati orang-orang yang berjaya
      mewakili golongan minoriti.

Kebanyakan orang menyertai orang ramai tanpa sebab yang jelas
Orang-orang yang mengikuti orang ramai secara membabi buta biasanya tidak pasti mengapa mereka menyertai mereka. Mengapa anda memberi tumpuan kepada orang ramai yang keliru yang mereka sendiri tidak pasti mengapa mereka mengikuti orang ramai itu? Pendapat majoriti biasanya panduan yang lemah kerana kebanyakan orang mengikuti kumpulan orang ramai atas sebab-sebab psikologi tanpa mengetahui mengapa mereka melakukannya.

Sekarang fikirkan semula, adakah anda harus mengikuti pendapat majoriti?

Dalam setengah kes pendapat majoriti mungkin betul maka sebelum anda membuat keputusan sama ada anda perlu memberi perhatian kepada pendapat mereka, gunakan fikiran anda, atasi ketakutan anda dan buat perkiraan secara rasional.

Dalam kebanyakan kes, kita akan mendapati bahawa majoriti orang mengalami kegelisahan dan ketidak tentuan dan jangan sesekali mengikuti mereka. Orang selalu memberikan tekanan kepada anda untuk berpihak kepada mereka kerana mereka takut bahawa anda melakukan sesuatu yang mereka tidak pernah cuba untuk lakukan.

Cuba anda beritahu kawan-kawan anda bahawa anda ingin memulakan perniagaan dan anda akan mendapati bahawa kebanyakan mereka akan cuba menahan anda dari meneruskan keinginan anda itu. Ia bukan kerana mereka tahu apa yang mereka katakan tetapi kerana mereka takut ketinggalan jika anda berjaya kelak.

Ini mengukuhkan lagi mengapa pendapat majoriti pastinya panduan yang lemah.

Ramai orang suka bercakap perkara yang merepek. Maka jangan percayakan mereka, dan teruskan langkah anda.  Jika mereka benar mereka pastinya sudah berjaya tetapi ramai dikalangan mereka tidak.

Untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, anda memerlukan tenaga yang banyak. Jadi, beralih daripada zon selesa anda, sentiasa berfikir bagaimana untuk melakukan perkara dengan kaedah yang berbeza, ambil risiko dan anda tidak akan terkongkong kepada idea menuruti majoriti.

"Selamat Maju Jaya"

Tulisan hasil gabungan idea penulis dan pendapat dari sumber: http://www.2knowmyself.com


20 July 2014

RAWAT HATI - Percaya Kepada Pawang dan Bomoh Meruntuhkan Akidah





Oleh FAUDZIL HARUN


Hasil dari kepercayaan ghaib yang tidak ada asas dalam Islam, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah. Secara mudahnya virus ini terbentuk dari amalan dan kepercayaan terhadapnya.

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (An-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:

"Kalau saya dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain saya hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (Al-A'raf: 188)

Oleh karena itu.., barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini?

Maka Nabi menjawab dengan tegas:

"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti dimana boleh dijumpakan orang hilang, siapa yang melakukan kejahatan kepada individu tertentu dan pelbagai lagi.

Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia mempercayai apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali 'Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791)



Kenapa orang takut pergi ke tanah perkuburan di waktu malam? 
Adakah kerana orang ini percaya terdapat hantu di tanah perkuburan? Adakah orang yang takut gelap itu pernah melihat hantu berkeliaran di tanah perkuburan diwaktu malam?

Adakah terdapat bukti bahawa hantu akan berkumpul di tanah perkuburan di waktu malam?


RAWAT HATI - Kenapa Manusia Percaya kepada Khurafat




Oleh FAUDZIL HARUN


Kebanyakan khurafat berpunca dari gabungan sistem kepercayaan primitif dan kebetulan. 

Contohnya, jika anda memecahkan sebuah cermin, anda beranggapan anda akan mengalami nasib yang buruk sepanjang hari itu.

Ada juga yang memakai baju baru dan pada hari itu memenangi suatu peraduan dan akan beranggapan baju itu membawa tuah kepadanya.

Kurafat yang lain seperti jangan berjalan dibawah ampai baju kerana akan mengalami nasib malang, jangan menyapu sampah diwaktu malam kerana ia membawa sial, jangan membuat pesanan kepada orang yang sedang mahu pergi memancing kerana ikan tidak akan memakan umpan sepanjang hari, jangan marah tikus kerana tikus akan mendatangkan lebih kerosakkan dan pelbagai kepercayaan yang mengarut.   Sistem kepercayaan ini adalah kepercayaan primitive, tidak berasas, datang dari kecenderungan peribadi dan selalunya turun temurun.

Tetapi kenapa ramai orang masih mempercayai khurafat? 

Ramai orang hari ini percaya banyak perkara yang khurafat kerana mereka telah dididik oleh orang-orang yang percaya kepada khurafat, terutamanya ibubapa mereka.

Kerap kali juga ramai orang mempercayai khurafat kerana mereka berguru yang   mengajar mereka perkara yang salah. Anda akan sesat kerana belajar dari guru ajaran sesat.




14 June 2014

MOTIVASI DIRI - Masa Depan itu Dimiliki oleh Mereka yang Berani Mengambil Risiko





Oleh FAUDZIL HARUN


Kehidupan Adalah Risiko

Secara dasarnya segala dalam kehidupan mempunyai risiko.

Bermula dari percintaan, pertunangan, perkahwinan, kehamilan, bersalin, makan, minum, pekerjaan dan segalanya memiliki risiko.

Jika kita kaji proses pembesaran dan kematangan Manusia, terdapat 2 tren yg nyata :

1.  Ketakutan mengambil risiko berubah kepada keberanian; 
   
2.  Keberanian mengambil risiko berubah kepada ketakutan.


Faktor Penyumbang

Tempuh dari zaman kanak2 kepada usia dewasa merupakan tempoh kajian. Apakah faktor yg mendorong perubahan-perubahan ini?

Faktor penyumbang kepada perubahan-perubahan ini adalah :
Keberanian mengambil risiko bergantung kpd beberapa faktor spt Kepercayaan, Budaya, Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Inisiatif, Komitmen, Pengaruh Persekitaran, Inspirasi, Tahap Keyakinan Diri, Dorongan dan Matlamat.

Kenapa orang takut pergi ke tanah perkuburan di waktu malam?
Adakah kerana orang ini percaya terdapat hantu di tanah perkuburan? Adakah orang yang takut gelap itu pernah melihat hantu berkeliaran di tanah perkuburan diwaktu malam?

Adakah terdapat bukti bahawa hantu akan berkumpul di tanah perkuburan di waktu malam?

Antara ketakutan yang sering berlaku dalam mengambil risiko antara lainnya adalah :

Takut bertanya;
Takut menghadiri mesyuarat
Takut menyuarakan pendapat;
Takut memberi teguran;
Takut mencuba sesuatu yang baru;
Takut meminta kenaikkan gaji
Takut berucap di hadapan orang ramai

Mengapa takut bertanya? Sedangkan terdapat ramai orang yang berani membuat terjunan “bunjee jump”, “sky diving”, merentas lautan, merentas hutan, memanjat air terjun dan pelbagai aktiviti yang sangat mencabar?

Jadi bagaimana kita menjelaskan mengapa terdapat seorang yang suka mengambil risiko dan seorang lagi tidak? Dan semua berisiko yang sama?

Dalam blog untuk Forbes.com, Sara Eckel memberitahu kita bahawa kebanyakan orang tidak pandai menilai risiko. Tetapi bahaya yang kebanyakan kita seolah-olah takut yang paling adalah perasaan bahawa kita tidak dapat mengawal hasilnya. Jadi kebanyakan kita mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang kita percaya tidak akan mempunyai hasil yang baik. Perbezaan antara seseorang yang tidak bersedia menerima risiko dan seseorang yang bersedia, adalah perasaan keyakinan bahawa kita boleh mengawal apa yang akan berlaku.

Jonathan Fields, pengarang buku "Ketidakpastian: Mengubah ketakutan kepada keberanian untuk kebijaksanaan, mencadangkan bahawa satu cara untuk menguruskan ketakutan terhadap hasil adalah untuk membangunkan satu pelan untuk menghadapi situasi paling buruk dalam segala percubaan.

Mengambil Peluang

Mengambil peluang bermaksud tidak dalam kawalan. Peluang yang munasabah menawarkan amaun yang munasabah dalam kawalan. Peluang yang berisiko menawarkan kawalan yang jauh lebih rendah. Malangnya tidak mengambil peluang sebenarnya tidak memberi kita lebih banyak kawalan. Ia hanya menghalang kita daripada mendapat apa yang kita mahu.

Kehidupan itu sendiri adalah risiko. Kita pasti boleh mengurangkan jumlah risiko yang kita alami dalam kehidupan kita tetapi jika kita mengambil terlalu banyak risiko, kita boleh berakhir dengan kehidupan yang membosankan.

Risiko adalah hasil semula jadi kepada hidup; memandangkan mustahil untuk kita mengetahui setiap kemungkinanl, kerana kita tidak boleh meramalkan masa depan, segala tindakan yang kita ambil melibatkan risiko.

Sentiasa bersedia untuk menjadi pengambil risiko. Jika anda berhenti mengambil risiko, dalam banyak cara dia berhenti hidup.

Tidak mengambil risiko boleh memusnahkan kualiti hidup anda, manakala mengambil terlalu banyak ia juga kes yang terlalu banyak risiko dalam beberapa situasi mewujudkan suasana tidak seimbang.

Dengan melihat ke hadapan dan imaginasi perancangan yang rapi, anda perlu berusaha mengurangkan jumlah risiko yang anda ambil.

Ada satu pepatah mengatakani, "peluang menyokong persediaan."

Kegagalan bukan sesuatu yang buruk. Semua kejayaan hebat terbina dari lautan kegagalan yang luas yang terdapat badai risiko di dalamnya.

Jangan takut mentertawakan diri sendiri. sebenarnya kegagalan tidak menjatuhkan maruah anda.

Jangan takut kelihatan bodoh, kerana anda mungkin kelihatan lebih bodoh kerana tidak mengambil risiko.



25 December 2013

MOTIVASI - Menerokai Potensi Diri








MENEROKAI POTENSI DIRI

Oleh Faudzil Harun




1.   MANUSIA

1.1   BAGAIMANA MANUSIA BERBEZA?

Secara amnya, 3 faktor utama yang membezakan manusia adalah biologi, budaya dan kepercayaan.

Biologi
Biologi membezakan manusia dari aspek gen (kecuali anak kembar seiras) dan bentuk fizikal (jantina, saiz, warna kulit, warna rambut dan segala yang berkaitan dengan bentuk fizikal manusia).

Budaya
Budaya adalah segala amalan dalam proses manusia dibesarkan. Cara seorang itu di besarkan akan membentuk budaya dalam diri, keluarga dan kelompok atau kaum. Budaya di pamerkan dalam kehidupan seharian menerusi bahasa, loghat, pakaian dan cara hidup.


Kepercayaan
Sistem kepercayaan Manusia adalah suatu yang sangat kompleks untuk difahami. Kepercayaan manusia selalunya di dodorongi pengaruh Ibubapa, orang di sekeliling mereka, fakta teori, bukti, pengalaman diri sendiri, apa yang mereka tahu dan naluri.

  Kepercayaan Membina Nilai
    Secara umumnya nilai manusia terbahagi kepada 2 kategori : majoriti dan
    elit. Perbezaan nilai di lihat dari aspek kebolehan berfikir, tindakan dan hasil.

Perbezaan tersebut boleh di ringkaskan seperti berikut:

Perbezaan

Manusia Majoriti
Manusia Elit
Kepercayaan

Betul dan salah
Fleksibel
Pemikiran

Positif dan negatif
Positif
Perasaan
Telah mengetahui banyak perkara
Ingin terus belajar
Hasil Pembelajaran
Tidak menggunakan ilmu yang di pelajari
Mengunakan ilmu yang
di pelajari dalam kehidupan harian
Amalan

Melakukan perkara yang rutin
Cuba lakukan dengan cara berbeza
Tabiat

Selalu memberi alasan
Selalu mencari jalan
Cara Kerja
Lakukan mengikut keperluan semasa
Lakukan untuk masa hadapan
Hasil Kerja

Sekadar “janji buat”
Kerja yang berlualiti
Usaha

Lakukan yang baik
Melaksanakan yang terbaik
Ego
Rasa lebih bijak dari orang lain
Menghargai pengetahuan dan pengalaman orang lain
Kepuasan Diri
Puas hati dengan pencapaian yang sederhana
Mahu mencapai lebih banyak kejayaan
Daya Kepimpinan

Menambah pengikut
Melahirkan lebih ramai pemimpim
Kualiti Kepimpinan

Baik atau sederhana
Cemerlang


1.2   35 SIKAP NEGATIF DALAM DIRI MANUSIA

Manusia secara amnya adalah makhluk yang baik, cuma selalunya sukar membenteng diri dari sikap-sikap negatif. Pernahkah anda membuat semakan terhadap diri sendiri?

Senarai 35 sikap negatif dalam diri bertujuan di jadikan panduan untuk memperbaiki diri.


1.    Tidak pernah bersyukur dan tidak menghargai diri sendiri.
2.    Sukar memberi senyuman.
3.    Suka marah.
4.    Suka menggunakan bahasa tidak sopan atau sindiran.
5.    Angkuh dan bangga dengan diri sendiri.
6.    Tamak
7.    Haloba
8.    Tidak menjaga kebersihan diri.
9.    Tidak makan makanan seimbang.
10.   Tidak bersenam.
11.   Malas untuk belajar perkara yang baru.
12.   Malu bertanya.
13.   Suka menangguhkan kerja.
14.   Suka memberi alasan.
15.   Selalu membuat andaian negatif.

16.   Selalu merasakan diri lebih pandai dari orang lain.
17.   Selalu pandang rendah kepada bakat dan kebolehan orang.
18.   Sukar menerima pendapat orang lain.
19.   Suka salahkan orang.
20.   Tidak mahu mengaku kesalahan dan meminta maaf.
21.   Sukar memaafkan kesalahan orang.
22.   Takut mengambil risiko.
23.   Suka memberi komen negatif.
24.   Suka ambil kesempatan terhadap kebaikan orang. 
25.   Suka ambil kesempatan di atas kelemahan orang.
26.   Selalu buruk sang kepada orang.
27.   Suka memberi dorongan negatif kepada orang lain.
28.   Sakit hati dengan kejayaan orang.
29.   Gembira melihat kegagalan orang.
30.   Suka menjatuhkan maruah orang lain.
31.   Suka membuat tuduhan liar.
32.   Selalu membuat janji palsu.
33.   Suka mencipta cerita untuk memburukan orang.
34.   Suka berbohong.
35.   Hanya pentingkan diri sendiri.

1.3   PENGENALAN KEPADA SEGITIGA KESIHATAN

Apakah Segitiga Kesihatan Seimbang?
Kesihatan, seperti yang ditakrifkan oleh WHO, adalah fizikal, mental dan kesejahteraan sosial, bukan semata-mata ketiadaan penyakit

Ini bermakna bahawa anda mungkin tidak sakit, tetapi anda mungkin tidak sihat. Sedangkan menjadi sihat anda sihat dari segi fizikal, mental, dan sosial. Kesihatan fizikal adalah bagaimana badan anda berfungsi dan merasakan di dalam dan di luar. 

Kesihatan mental adalah bagaimana anda rasa; emosi anda. Kesihatan sosial ialah bagaimana anda berinteraksi dan bergaul dengan orang lain.

Bayangkan sebuah segitiga sama sisi dengan tiga pihak. Satu bermaksud fizikal, satu untuk mental, dan satu lagi untuk sosial. Ini membentuk segitiga kesihatan. Dalam usaha untuk mempunyai sebuah segitiga kesihatan yang seimbang, anda perlu bukan sahaja cergas, tetapi mental dan sosial yang sihat. Jika anda tidak cergas, sebagai contoh, yang memberi kesan kepada bahagian mental juga, kerana anda mungkin tidak gembira dengan berat badan anda. Jika anda tidak sosial dengan baik, yang sisi segitiga kesihatan menjadi lebih kecil.

Panduan Mendapatkan Segitiga Kesihatan Seimbang

>> Fizikal

1.   Makan makanan yang sihat
     
   Pemakanan sihat adalah langkah pertama ke arah menjadi cergas.
     
Vitamin adalah penting untuk tulang, kulit , otot , saraf, dan sistem imun.
     
  Makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah ikan , lobak merah , susu, 
         keju, dan bayam.
 
     
 
 Vitamin B terdapat dalam yogurt, brokoli, kentang, ketam, strawberi, 
         betik dan buah kiwi.
     
 
 Vitamin D terdapat dengan banyaknya dalam ikan salmon dan sardin. 
     
 
 Untuk Vitamin E makan ayam, badam dan walnut.
     
 
  Makan yang mengandungi Vitamin K adalah kacang kuda, asparagus, 
          dan brokoli.
     
 
  Kalsium, Zat Besi, Serat, Sodium, Kalium dan Zink juga penting untuk 
          membina badan yang sihat.

2.   Minum air yang banyak
     
   Tubuh Manusia memerlukan air yang cukup dan kekurangan air akan 
          membuatkan anda mudah penat. Kurangkan air yang manis.
     
 
  Kurangkan pengambilan garam, gula dan minyak.

3.  Bersenam Secara Tetap
      
  Bersenam 20 minit sehari untuk kesihatan jantung dan pernafasan.

4.  Dapatkan tidur yang cukup
      
  Menurut pakar kesihatan, orang dewasa perlu tidur 7 hingga 9 jam.
      
  Jika anda sukar tidur, dapatkan bantuan dari pakar kesihatan.

5.   Jaga kebersihan diri
      
  Kebersihan diri juga penting untuk memastikan risiko jangkitan kuman
          dikurangkan.
      
  Sentiasa pastikan segala peralatan yang digunakan juga bersih.

>> Mental

1.   Rehatkan otak anda
      
  Bersantai seperti berkelah, berenang, melancung atau melakukan
          perkara yang digemari (hobi) boleh merehatkan otak.
      
  Amalan bersendiri selama 1 – 2 jam bersendirian boleh memberikan
          ketenangan.
      
  Aktiviti seperti yoga dan meditasi boleh melonggarkan tekanan kepada
          minda.

2.   Amalan disiplin diri yang tinggi
      
  Melakukan perjalanan lebih awal akan menjadikan anda seorang yang
          berdisiplin tinggi.

3.   Jangan lakukan banyak perkara dalam suatu tempuh yang sama atau
      berdekatan seperti pindah rumah, memperbaharui lessen kenderaan,
      mengadakan majlis dalam minggu yang sama akan membina tekanan
      kepada diri anda.

4.   Luahkan perasaan dan masalah dengan cara yang betul
      
  Hanya orang yang berkelayakkan boleh membantu.
      
  Menulis, bercerita dan melukis boleh membantu meluahkan perasaan.


2.   OTAK MANUSIA DAN PEMIKIRAN

2.1   PENGENALAN KEPADA OTAK MANUSIA       
Otak merupakan titik permulaan aktiviti fizikal dan mental. Otak Manusia boleh ibaratkan sebagai mesin dalam tubuh manusia. Mesin ini mempunyai segala jenis sifat yang kita tidak boleh senaraikan. Mesin ini memiliki kemampuan luar biasa. Apa sahaja yang Manusia fikirkan akan dikesan dengan sangat cepat oleh otak. Kemampuan otak melampaui batasan pemikiran Manusia itu sendiri. Ia boleh berfungsi secara visual, audio, gambaran, perkataan, angka, warna dan pelbagai lagi.

Otak berfungsi melaksanakan pelbagai tugas yang luarbiasa antara lainnya :

  Mengawal pernafasan, degupan jantung, tekanan darah dan suhu badan.
  Membolehkan Manusia berfikir, berimaginasi dan bermimpi.
  Membolehkan Manusia melihat, mendengar, hidu, rasa dan sentuh.
  Mengawal pergerakan fizikal, penglihatan, percakapan dan pendengaran.
  Memproses maklumat yang diterima dari semua deria.

Semua ini di kawal dan diselenggara oleh satu organ yang hanya sebesar sebuah bunga kobis.

Otak Manusia, saraf tunjang dan saraf periferal membentuk sistem kawalan dan pemprosesan maklumat bersepadu yang kompleks yang dikenali sebagai “sistem saraf pusat” (central nervous system). Secara seiring, ia mengawal minda sedar dan separa sedar Manusia. Kajian terhadap otak dan sistem saraf di kenali sebagai “neuroscience” atau “neurobiology”.


2.2   PENGENALAN KEPADA PEMIKIRAN

Pemikiran secara amnya boleh ditafsirkan sebagai suatu proses menggunakan kepintaran berfikir atau pertimbangan secara rasional terhadap suatu alasan atau kemungkinan berkaitan sesuatu. Selalunya ia berkaitan respon atau tindakbalas terhadap suatu keadaan.

2.3   PEMIKIRAN KRITIKAL v PEMIKIRAN KREATIF

Pemikiran Kritikal
Ia adalah pertimbangan yang aktif, berterusan, dan berhati-hati terhadap kepercayaan atau dari apa yang di ketahui, Ia juga adalah dasar yang menyokong suatu kepercayaan dan kesimpulan yang dihasilkan.

Ia melibatkan analisa dan menilai pemikiran sendiri dengan orang lain. Dalam konteks pembelajaran, pemikiran kritikal dikaitan dengan:

  Memberi soalan dan mengemukakan masalah secara jelas dan
    terperinci.

  Mengumpul dan menilai maklumat dan menggunakan idea untuk mentafsir
    secara efektif.

  Mencapai kesimpulan yang memberi alasan dan penyelesaian dan menguji
    mereka terhadap kriteria dan standard yang berkaitan.

  Mempertimbangkan secara terbuka sistem pemikiran alternatif.

  Berkomunikasi secara efektig berkaitan analisis dan mencadangkan
    penyelesaian untuk memberi cabaran yang kompleks.

Pemikiran Kreatif

Ia adalah penghasilan idea baru melampaui pengetahuan yang dimiliki, menghasilkan atau melanggari peraturan yang simbolik dan prosedur yang ditetapkan. Ia biasanya melibatkan tingkah laku persediaan, pandangan, penilaian, penjelasan, dan komunikasi. Dalam konteks pembelajaran,  pemikiran kreatif dikaitan dengan:

  Mengumpulkan idea semasa dalam susunan yang baru.

  Membangunkan kandungan atau kemungkinan baru dari sesuatu yang sudah
    sedia ada.

  Menemukan atau membayangkan sesuatu yang baru.


3.   PENGENALAN KEPADA MINDA

3.1   MINDA TETAP DAN MINDA MEMBINA

Menurut Carol Dweck, individu boleh dibezakan mengikut pandangan tersirat mereka di mana keupayaan itu terhasil. Ada yang percaya kejayaan mereka adalah berdasarkan kepada keupayaan dalaman, ini dikatakan mempunyai teori kepintaran yang "tetap" (pemikiran tetap).

Mereka yang percaya kejayaan mereka adalah berdasarkan memiliki pemikiran yang bertentangan, yang melibatkan kerja keras , pembelajaran , latihan dan tekad dikatakan mempunyai "pertumbuhan” atau teori "peningkatan" kepintaran.

Dalam minda tetap, pelajar percaya kebolehan asas mereka kepintaran mereka, bakat mereka, hanya suatu yang tetap. Mereka mempunyai suatu tahap tertentu dan kemudian matlamat mereka kelihatan pintar sentiasa.

Dalam minda membina, pelajar memahami bahawa bakat dan kebolehan mereka boleh dibangunkan melalui usaha, pengajaran yang baik dan ketekunan. Mereka tidak semestinya berfikir semua orang itu sama atau sesiapa sahaja boleh menjadi Einstein, tetapi mereka percaya semua orang boleh menjadi lebih bijak jika mereka berusaha dengan cara yang betul.

3.2   MINDA PRODUKTIF DAN MINDA DEFENSIF

Menurut Chris Argyris, terdapat dua corak pemikiran dalam organisasi: minda  produktif dan minda defensif. Minda produktif mencari pengetahuan yang sah dan boleh diuji. Minda pemikiran produktif mencipta pilihan bermaklumat dan menjadikan alasan tidak terlindung. (Argyris, 2004).

Sebaliknya minda defensive adalah perlindungan diri sendiri dan mempamirkan pembohongan diri sendiri. Apabila pemikiran ini aktif, Manusia atau orhanisasi akan mencari maklumat yang akan melindungi diri mereka. Pembohongan boleh dilindungi apabila ia kelihatan mengancam. Minda defensive menghala kepada pembelajaran berdasarkan andaian palsu atau menghalang pembelajaran sama sekali (Argyris, 2004).

3.3   APAKAH JENIS MINDA YANG ANDA MILIKI?

Peraturan minda yang di senaraikan “Dweck” adalah:

Peraturan

Minda Tetap
Minda Membina
1
Kelihatan pintar
Belajar dan terus belajar
2
Jangan bekerja atau berlatih terlalu kuat
Bekerja dengan minat dan kesungguhan – usaha itu tangga kejayaan.
3
Apabila berhadapan kesukaran, jauhkan diri atau lindungi diri
Belajar dari kesilapan dan baiki kelemahan.
  

4.   MINDA DAN SIKAP KEMENANGAN

4.1   BAGAIMANA MINDA POSITIF MENJADI ASAS KEJAYAAN

Minda anda adalah asas kejayaan, kemakmuran, kekayaan dan pertumbuhan berterusan. Apabila anda membuat asas yang kukuh, seluruh proses pertumbuhan dan kejayaan berlaku dengan sempurna. Matlamat di sini adalah untuk mewujudkan minda yang positif untuk menerima syarat-syarat yang anda mahu dalam hidup.

Minda anda pada dasarnya adalah siapa diri anda. Ia terdiri daripada fikiran, perasaan, sikap, dan kepercayaan terhadap bagaimana anda melihat diri sendiri, orang lain, dan dunia sekeliling anda. Jika anda mahu mengubah diri sendiri dan keadaan anda, anda perlu mempunyai minda yang positif dan mewujudkan sikap kemenangan.

Tema asas dan rahsia alam semesta adalah segala-galanya diciptakan dari satu sumber. Ramai orang berfikir bahawa ciptaan terletak di suatu tempat di luar kehidupan dan lingkungan diri.

Ramai orang tidak menyedari bahawa penciptaan terletak dalam diri mereka dan ia di bawah kawalan mereka sepenuhnya.

4.2   BAGAIMANA MENGUBAH SIKAP?

Anda mesti terlebih dahulu mengubah kepercayaan anda.

Budha pernah berkata “Kita adalah apa yang kita fikirkan : kepercayaan yang dibentuk semasa kita membangun (membesar); dan kepercayaan itulah yang akan menentukan dunia kita.”

Satu-satunya masa anda gagal adalah waktu terakhir anda berhenti mencuba Manusia boleh mengawal pemikiran dalaman. Manusia tidak dapat mengawal minda mereka bukan kerana mereka gagal, tetapi kerana mereka “tidak mahu”. Satu-satunya perbezaan di antara manusia dan segala makhluk bernyawa yang lain adalah; “manusia boleh memilih untuk berubah.”

4.3   8 PERKARA ORANG YANG TIDAK GEMBIRA ENGGAN TERIMA

Semua orang mengalami perasaan tidak gembira pada masa-masa tertentu, tetapi terdapat perbezaan yang besar antara mengalami suasana tidak gembira dengan tabiat menjalani kehidupan yang tidak gembira.

Ramai orang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka, malah ramai yang tidak berpuas hati dengan kehidupan orang lain. Kebanyakan orang menjalani kehidupan yang tidak gembira kerana kepercayaan dan sikap mereka.

Dua (2) rahsia utama untuk menjalani kehidupan yang gembira adalah:

1.   Mengakui bahawa kehidupan bukan mengenai menang dan kalah, tetapi ia
      adalah mengenai menang dan menang.

2.   Mengakui bahawa kehidupan adalah mengenai “survival”.

Sebagai permulaan, anda perlu terlebih dahulu mengetahui mengenai kepercayaan dan sikap negatif yang menjadi penghalang anda untuk menjalani kehidupan yang gembira. Seperti berikut:

1.   Mereka Berjuang Mendapatkan Kehormatan Diri Sendiri
      
  Mengharap dan meminta perhatian dan kasih sayang menjadikan anda
          sentiasa merasa kekurangan.
      
  Mengharapkan dan meminta orang menghormati diri anda akan
          menjadikan anda seorang yang tidak disukai.
      
  Hormat adalah suatu yang harus diberikan dan bukan untuk diminta.

2.   Mereka Resah Dengan Apa Yang Orang Lain Fikirkan Terhadap
      Diri Mereka
      
  Anda tidak boleh mengawal apa yang orang lain fikirkan.
      
  Berfikir mengenai apa yang orang lain fikirkan mengenai diri anda
          menjadikan anda seorang yang tidak percaya kepada diri sendiri.

3.   Mereka Menyimpan Dendam
      
  Selagi ada dendam, selagi itu anda tidak akan tenteram.
      
  Kegembiraan tidak boleh dicapai selagi fikiran anda tidak tenteram.

4.   Mereka Tidak Melupakan Sejarah Silam
        Salah sekali tidak bermakna salah selamanya.
      
  Lupakan sejarah silam dan fokuskan kepada masa hadapan.

5.   Rutin Kehidupan Memenjarakan Fikiran Mereka
      
  Cara anda bukanlah satu-satunya cara yang terbaik.
      
  Fikir bagaimana melakukan perkara yang sama dengan kaedah baru.
      
  Rutin menghalang pertumbuhan minda.

6.   Mereka Tidak Dapat Mengawal Banyak Perkara
      
  Kehidupan itu adalah cabaran.
      
  Jika anda sentiasa mahu mengawal kehidupan anda dan orang lain, anda
          akan kecewa kerana banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan ini
          tidak dapat anda kawal.
      
  Banyak perkara gemira berlaku tanpa diduga begitu juga sebaliknya.
      
  Adakalanya kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata.

7.   Mereka Takut Mengambil Risiko
      
  Kehidupan itu sendiri suatu risiko.
      
  Meminang calon menantu, menerima pinangan, perkahwinan,
          kehamilan, melahirkan anak, membimbing anak, bekerja, berniaga,
          menjalani pembedahan dan banyak perkara lagi adalah risiko.
      
  Tidak mengambil risiko juga adalah suatu risiko.
      
  Kejayaan adalah milik orang yang berani mengambil risiko.

8.   Mereka Malas Berusaha
      
  Mereka orang tidak mahu mengaku mereka malas.
      
  Mereka selalu lari dari cabaran.
      
  Mereka memberi pelbagai alas an untuk menutupi tabiat malas mereka.
      
  Orang malas tidak akan berjaya.

5.   BRAINSTORMING & PROBLEM SOLVING

5.1   KUNCI DAN MATLAMAT “BRAINSTORMING”

Ramai orang membuat tafsiran yang salah kepada “brainstorming” Ada yang beranggapan mesyuarat adalah “brainstorming”.

Kunci dan matlamat sebenar adalah:

1.   Suatu proses mengeluarkan idea.
2.   Tidak menyekat pengeluaran idea.
3.   Semua idea diterima dan direkodkan.
4.   Idea yang tidak jelas dikaji dan dibaiki.
5.   Idea-idea digabungkan untuk menghasilkan idea baru.

Matlamat “brainstorming” adalah mencari idea baru untuk kemajuan.

5.2   FAKTOR UMUM PENYUMBANG KEPADA MASALAH

Masalah tidak terjadi dengan sendirinya. Ia berlaku kerana pelbagai factor penyumbang yang selalunya terdiri dari hasil tindakan kita sendiri. Faktor penyumbang yang umum antaralainnya adalah:

1.   Ketiadaan Perancangan.
      
  Perancangan adalah kunci kejayaan.
      
  Tanpa perancangan, hala tuju dan matlamat menjadi kabur.

2.   Ketiadaan Latihan yang Betul.
      
  Kajian latihan yang diperlukan, penyediaan modul latihan yang betul,
          pemilihan kaedah latihan yang bersesuaian, pemilihan tempat latihan,
          pemilihan “trainer” yang bersesuaian, dan penilaian latihan adalah perlu.

3.   Kelemahan Berkomunikasi.
      
  Berkomunikasi bukan bercakap.
      
  Kemahiran berkomukasi perlu dipelajari dan dilatih.

4.   Kelemahan Kepimpinan.
      
  Pemimpin dibina dan bukan terhadi dengan sendirinya.
      
  Hanya pemimpin berkualiti akan menghasilkan pasukan yang berkualiti.

5.   Ketiadaan Pengawasan.
      
  Pengawasan diperlukan untuk mengelakkan atau membetulkan kesilapan
          diperingkat awal.

6.   Lambat Bertindak.
      
  Masalah menjadi rumit jika tindakan tidak diambil secara pantas.
      
  Tindakan pantas mengurangkan risiko berlakunya masalah yang rumit.

5.3   MENTAFSIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH

Tafsirkan masalah secara jelas.

Tanyakan soalan berikut:

1.   Apakah sebabnya yang anda lihat terdapatnya masalah?
      
  Adalakanya cabaran disalah tafsirkan sebagai masalah.
      
  Mentafsirkan masalah secara jelas dan spesifik adalah perlu.
     
2.   Tanyakan lima (5) soalan penting.
      
  Apa yang berlaku?, bila ia berlaku?, bagaimana ia berlaku?, kepada
          siapa ia berlaku?, dan kenapa ia berlaku?.

3.   Pecahkan masalah kompleks kepada komponen kecil.

4.   Kaji punca langsung dan punca asas.

5.   Rawat punca asas dan perbaiki punca langsung.



"Disiplin di tempat kerja adalah bukan semata-mata mengenai
membuat undang-undang dan mengambil tindakan;
Ia adalah mengenai berada bersama, bekerja bersama dan berjaya bersama"
- Faudzil Harun -


"Hanya orang bermotivasi tinggi akan berminat
untuk melihat kualiti dalam kerja mereka "
- Faudzil Harun -


“Keupayaan adalah kebolehan anda melakukan, Motivasi menentukan apa yang anda lakukan, Sikap menentukan sebaik mana anda lakukan”
- Lou Holtz -


“Kejayaan bermula dengan Kepercayaan yang Betul”
- Faudzil Harun -



“Selamat Maju Jaya”