Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - BEGITU BEGINI DALAM NEGARA. Show all posts
Showing posts with label Z - BEGITU BEGINI DALAM NEGARA. Show all posts

12 September 2014

BOLEH TAHAN LAWAK TUN MAHATHIR - Suruh Bekas Ketua Polis cuba hukuman gantung ke atas diri sendiri






Bekas Ketua Polis perlu cuba hukuman gantung, 

kata Dr Mahathir 


OLEH LEE SHI-IAN
Published: 11 September 2014

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan perlu mncuba hukuman gantung,
kata Tun Dr Mahathir Mohamad. – TMI, September 11, 2014. 

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan "perlu mencuba sendiri hukuman gantung", kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini selepas Musa mencadangkan hukuman mati dikenakan kepada pesalah Akta Hasutan 1948.

Musa dilaporkan dalam akhbar hari ini berkata, pesalah melakukan perkara sama berulang kali ekoran tidak takut dengan undang-undang tersebut dan beranggapan hukuman yang dikenakan itu ringan.

Oleh itu, dia mengatakan hukuman mati mungkin boleh dikenakan kepada pesalah yang melanggar akta itu buat kali yang ketiga.

Namun, perkara itu perlu dipersetujui oleh penggubal undang-undang negara ini, katanya dipetik Sinar Harian.

"Mungkin Musa perlu cuba," kata Dr Mahathir ketika diminta mengulas perkara itu semasa satu majlis pelancaran buku di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana menteri yang paling lama berkhidmat sejak 1981 sehingga 2003 itu ditanya mengenai siri pendakwaan mengikut akta berkenaan digunakan Putrajaya terhadap individu yang menyuarakan kenyataan kritikal yang didakwa mengandungi unsur hasutan.

Beliau bagaimanapun kelihatan keberatan untuk memberikan pandangannya selain komen ringkas terhadap Musa itu.

Dr Mahathir juga sebelum ini menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang pada 1987 dan 1998 untuk menyekat musuh politiknya.

Bekas perdana menteri itu juga menghadkan kuasa raja dengan pindaan Perlembagaan pada 1993 dengan menyingkirkan imuniti mereka berhubung kes pendakwaan jenayah.

Bagaimanapun, Umno Bahagian dan beberapa kumpulan masyarakat menuntut akta itu dikekalkan untuk melindungi kepentingan Melayu, Islam dan raja.

Musa kemudiannya mengeluarkan kenyataan berhubung hukuman mati itu sebagai sokongan kepada kumpulan yang mahu akta itu dikekalkan.

Beliau juga mencadangkan Malaysia menuruti langkah kerajaan Singapura yang masih mengekalkan ISA dan Akta Hasutan. – September 11, 2014.

Sumber:http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-ketua-polis-perlu-cuba-hukuman-gantung-kata-dr-mahathir#sthash.mlONtmQu.dpuf


3 September 2014

TALKIN UNTUK FAM - Tunku Mahkota Johor Buru FERNANDO TORRES Untuk Musim 2016






Bernama Media

JOHOR BAHARU, 2 Sept (Bernama) -- Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan
Ibrahim mengesahkan baginda telah memulakan rundingan awal bagi mendapatkan
khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim
(JDT) untuk musim 2016.
Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah
telah pun bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris,
Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama dua tahun.
"Kami telah memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi
'penjaring paling penting' untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan
penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016," katanya pada
majlis taklimat dengan media dan penyokong JDT di Stadium Larkin hari ini.
Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan Harimau
Selatan itu juga berminat mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa lain jika
usaha mendapatkan bekas penyerang Chelsea itu gagal, titahnya.
Tunku Ismail bertitah antara pemain antarabangsa terbabit termasuklah
penyerang kelab Juventus, Fernando Llorente, Mario Gomez yang kini bermain
dengan kelab Fiorentina di Itali dan pemain kelahiran Argentina, Javier Saviola.
-- LAGI
SUKAN-TORRES 2 JOHOR BAHARU
Saviola kini bermain dengan kelab Serie A Itali, Hellas Verona.
Ditanya mengapa JDT berminat mendapatkan Torres walaupun beliau gagal
menyinar ketika di Chelsea, Tunku Mahkota bertitah, penyerang Sepanyol itu
merupakan pemain yang berkualiti, berpengalaman dan berkebolehan.
"Walaupun prestasinya di Chelsea kurang memberangsangkan, tetapi kita juga
kena lihat prestasinya ketika di Liverpool dan ketika bermain untuk pasukan
kebangsaan Sepanyol," titahnya.
Selain itu, Tunku Mahkota Johor itu juga mendedahkan bekas penyerang utama
kelab Itali, Inter Milan, kelahiran Argentina, Diego Milito turut berminat
bermain untuk Harimau Selatan.
Baginda bertitah, kesemua pemain import JDT pada musim ini akan dikekalkan
untuk musim 2015, manakala barisan pemain tempatan akan diubah dengan kemasukan
muka baharu daripada beberapa pasukan.
-- LAGI
SUKAN-TORRES 3 (AKHIR) JOHOR BAHARU
Tunku Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan lima pemain tempatan JDT yang
bakal digantikan dengan muka baharu itu dengan alasan ia akan mengganggu moral
pemain Harimau Selatan yang sedang beraksi dalam Piala Malaysia.
Empat pemain import JDT pada musim ini adalah Figueroa dan Jorge Pereyra
Diaz dari Argentina, pemain pertahanan Brazil Marcos Antonio Santos serta
Hariss Harun dari Singapura.
Ditanya mengenai kegagalan mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Cameroon,
Samuel Eto'o, baginda bertitah, bekas penyerang terbaik Afrika itu meminta
bayaran tinggi dan di luar kemampuan pasukan selatan tanah air itu.
"Dia (Eto'o) meminta bayaran tinggi," titah baginda tentang rundingannya
dengan Eto'o yang kini beraksi dengan kelab di Merseyside dalam Liga Perdana
Inggeris, Everton.
Mengenai masa depan ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak, baginda bertitah,
kedudukan pengendali kelahiran Croatia itu adalah selamat dan akan terus
mengendalikan juara Liga Super itu pada musim depan.
JDT 2 pula kata baginda, akan mempunyai jurulatih import pada musim depan,
manakala bekas penyerang pasukan Johor pada tahun 80-an, Ervin Boban pula akan
melatih pasukan Johor pada Piala FAM musim depan.
-- BERNAMA
MHI MHI KLS
09/02/2014 19-13ST


31 August 2014

DALAM NEGARA - Suara cadang bawa Sabah keluar dari Malaysia jejas perpaduan, kata Muhyiddin







The Malaysian Insider

Suara yang mencadangkan membawa Sabah keluar dari 

Malaysia akan menjejaskan semangat kerjasama, 

keselamatan dan perpaduan rakyat, kata Timbalan Perdana 

Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata kerajaan tidak mahu mendengar ada suara yang dibangkitkan kumpulan kecil namun lantang kononnya tiada apa-apa kemajuan di Sabah dan mencadangkan usaha dibuat untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.
"Usaha ini satu sikap saya kira bertentangan dengan perlembagaan, negara dan negeri. Ia bersifat hasutan kalau dibiarkan berlaku maka akan menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan yang telah ada di Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (Gata) Sipitang hari ini. Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Sipitang,  Datuk Sapawi Ahmad.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata suara seperti itu, jika ada, tidak boleh dibiarkan dan tindakan tegas akan diambil pihak berkuasa terhadap pihak yang cuba menimbulkan keadaan sedemikian.
Muhyiddin berkata tindakan tegas itu bagi menentukan Sabah kekal sebagai sebuah negeri penting dalam Malaysia dan terus menikmati kemajuan serta pembangunan pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan memberi sokongan padu terhadap penganjuran festival berunsur seni dan budaya di negara ini yang memaparkan falsafah yang dapat membentuk penyatuan sosial antara kaum.
Negara, katanya, tidak akan mencapai kejayaan pembangunan ekonomi yang makmur jika masyarakat tidak bersatu padu.
Beliau berkata negara yang sentiasa berada dalam keadaan bergolak akan menimbulkan banyak masalah dan kerugian kepada semua orang termasuk pelancong.
"Sebarang pergolakan akan menyebabkan kita kehilangan sebahagian besar pendapatan negara, sekali gus akan menjejaskan usaha membangunkan negara selaras matlamat menjadi negara maju pada 2020," katanya.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata Festival Gata bukan sahaja dapat membantu mempromosi Sipitang sebagai pusat tarikan pelancong dan pelabur dalam serta luar negara, sebaliknya turut menyumbang ke arah usaha untuk memelihara budaya dan tradisi lama agar tidak lupus ditelan arus pemodenan.
"Jika kita lihat sekarang, banyak tradisi dan khazanah kita semakin pupus. Keadaan ini sememangnya merugikan kerana kita semakin hilang identiti sebagai bangsa yang penuh adat tradisi dan budaya," katanya.
Menurutnya keadaan ini semakin meruncing sejak akhir-akhir ini akibat pengaruh dari luar yang semakin menular di kalangan masyarakat. – Bernama, 30 Ogos, 2014.


26 August 2014

SELANGOR - Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat





The Malaysian Insider 

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.
Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.
Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.
Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.
Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.
Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.
Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.
Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat  mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. – 26 Ogos, 2014.

Sumber: https://my.news.yahoo.com

SELANGOR - Abdul Khalid kemuka hasrat letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor






26/08/2014 5:21pm

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Beliau menyatakan hasrat tersebut ketika menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini, hari ini.
Bagaimanapun Sultan Selangor menangguhkan penerimaan perletakan jawatan beliau sehingga perlantikan Menteri Besar baharu ditentukan.- KOSMO!


Sumber: http://www.kosmo.com.my/



SELANGOR - Abdul Khalid letak jawatan MB Selangor






NIZAM ZAIN & FATHIN ATHIRAH HASLI

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggalkan pekarangan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam selepas mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

25 August 2014

DALAM NEGARA - Cebisan konkrit jatuh, trafik sesak di Cheras





The Malaysian Insider

Sebelas daripada 16 tetulang konkrit yang terjatuh daripada sebuah treler muatan panjang di atas jejambat Bulatan Bilion, Cheras menyebabkan kesesakan lalu lintas pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Difahamkan kejadian itu berpunca daripada tindakan pemandu treler berkenaan yang berhenti secara mengejut bagi mengelak kenderaan di hadapannya hingga mengakibatkan tali yang mengikat tetulang itu terputus.

Menurut jurucakap pusat info trafik (Itis) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Lebuhraya Grand Saga menuju ke Bulatan Bilion.

"Bagaimanapun tetulang konkrit itu telah dialihkan pada pukul 1.40 petang tadi dan trafik kembali lancar seperti sediakala.

"Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama. – Bernama, 24 Ogos, 2014.


21 August 2014

PENDEDAHAN - Dr Mahathir beri 7 sebab tarik balik sokongan kepada Najib, kata portal




The Malaysian Insider


Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan 7 sebab, dari bantuan tunai secara langsung ke perjanjian perdagangan, yang cukup membuatkan beliau kecewa dan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Portal berita Asia Sentinel hari ini memetik seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno berkata Dr Mahathir menghantar surat kepada Najib yang dilaporkan mengandungi 7 perkara.

Sebaliknya, Najib menghantar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berjumpa Dr Mahathir dan memintanya menarik balik surat itu, tetapi bekas perdana menteri itu enggan.

"Dr Mahathir enggan menarik balik surat itu dan kebuntuan ini mengakibatkan pertentangan antara kedua mereka," kata Asia Sentinel.

Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung November ini dipercayai menyebabkan Dr Mahathir makin meningkatkan kempennya terhadap Najib.

Malah, Asia Sentinel berkata kemarahan Dr Mahathir meruap-ruap sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi, di mana Barisan Nasional hilang undi popular kepada Pakatan Rakyat untuk kali pertamanya dalam 44 tahun.

Kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib disebar luas oleh portal berita bebas walaupun media arus perdana di negara ini memilih untuk tidak melaporkannya.

Antara tuntutan dibuat Dr Mahathir termasuk memperbaharui tabung dana 1Malaysia Development Berhad yang menanggung hutang sehingga RM36 bilion.

Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan syarikat konglomerat minyak dan gas negara Petronas kerana tidak memberi cukup kontrak kepada Bumiputera.

Kata Asia Sentinel, peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas pada Oktober tahun lepas bukan disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, tetapi kerana beliau marahkan Najib.

"Dr Mahathir juga tidak suka Najib terlalu bertolak-ansur dengan Amerika Syarikat disebabkan perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang berjalan."

Perdana menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu 22 tahun itu dilaporkan terasa hati kerana tidak dijemput menghadiri majlis makan malam bersama presiden Amerika Barack Obama.

"Semasa lawatan Obama ke negara ini April tahun ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi dijemput ke majlis makan malam tetapi Dr Mahathir tidak," kata portal itu.

Dr Mahathir juga dilaporkan tidak berkenan dengan tindakan Putrajaya memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah berjumlah RM4 billion, melibatkan 6 juta penduduk.

Dia juga menuntut syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines yang mengalami masalah kerugian berbilion ringgit dan kehilangan 2 pesawat mengorban lebih 500 nyawa, diserahkan kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Asia Sentinel juga berkata Dr Mahathir menyalahkan Najib atas segala kejadian yang mengundang ketegangan kaum dan agama di negara ini.

"Bagaimanapun, sesuatu yang ironi di sini ialah Dr Mahathir menyokong kumpulan pejuang hak Melayu, Perkasa, yang diketuai  Datuk Ibrahim Ali," katanya.

"Perkasa kerap mengeluarkan kenyataan panas tentang keunggulan dan hak istimewa orang Melayu tetapi Putrajaya hanya berdiam diri."

Menurut Asia Sentinel, walaupun Dr Mahathir tidak lagi berkuasa sejak meletak jawatan pada 2003, negarawan berusia 89 tahun itu mempunyai rekod yang menggerunkan.

"Dr Mahathir memaksa bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn meletak jawatan. Pada zamannya, Dr Mahathir pernah menerima cabaran dari mereka seperti Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Semua mereka ini sama ada menteri kewangan atau timbalan perdana menteri yang pernah cuba menyingkirkan Dr Mahathir tetapi tidak berjaya." – 21 Ogos, 2014.

Sumber: https://my.news.yahoo.com


19 August 2014

DALAM NEGARA - Ayam sabung PAS sudah jadi ayam daging Anwar dan Guan Eng, kata Zuhdi






The Malaysian Insider 



Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki meneruskan kontroversi apabila kali ini dipercayai mengkritik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk hanya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun parti Islam itu turut menamakan Mohamed Azmin Ali.

Zuhdi sebelum ini terkenal dengan mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang terbocor dilihat mengkritik timbalan presiden PAS itu yang dikenali dengan gelaran "ayam sabung PAS."

"Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini.

"PAS Pusat sudah sebulat suara mencalonkan dua pimpinan PKR. Keputusan sebulat suara ini pun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.

"Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan DSWA. Tak akan perkara itu pun tak boleh buat?" tulisnya di Facebook hari ini.

Semalam PR berkata hanya akan menghantar satu nama iaitu Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor baharu untuk menggantikan Khalid yang sudah dipecat partinya.

Keputusan itu dibuat selepas calon kedua yang dicadangkan PAS, Azmin menolak dirinya dicalonkan, memandangkan terikat dengan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah.

PAS sebelum itu memutuskan untuk kekal dalam PR dan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Dr Wan Azizah menggantikan Khalid dalam satu mesyuarat yang dikatakan sebagai penentu kepada masa depan gabungan pembangkang.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Azmin sebagai calon lain bagi jawatan menteri besar Selangor.

PAS juga mengambil ketetapan mengekalkan empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka dalam pentadbiran Selangor.

Dalam respon balas Khalid kepada keputusan PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu akan memohon mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat seterusnya berkenaan status beliau.

Khalid berkata, beliau menerima keputusan berkenaan dengan hati yang terbuka.

Sebelum ini kontroversi timbul dalam PR apabila tersebar mesej WhatsApp Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Mesej itu berbunyi:

“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”

Mesej tersebut menimbulkan kemarahan pimpinan PKR dan DAP yang mendesak parti Islam itu memecatnya kerana lari daripada landasan perjuangan PR. – 18 Ogos, 2014.



DALAM NEGARA - Dr. Mahathir tarik balik sokongan kepada Najib






The Malaysian Insider





Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr. Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.

"Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya menerusi blog popularnya itu.

Dr. Mahathir berkata, kelemahan pentadbiran Najib disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," katanya.

Beliau berkata, kesalahan pertama Najib adalah apabila beliau melayan tuntutan musuh.

"ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan.

"Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng," katanya.

Dr. Mahathir juga tidak berpuas hati dengan sikap pentadbiran Najib yang dilihat terlalu tunduk kepada negara-negara jiran.

"Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.

"Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya," katanya.

Dalam PRU13 lalu, pencapaian Najib lebih buruk daripada Abdullah pada PRU12 apabila hanya berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008. – 18 Ogos, 2014.


DALAM NEGARA - Bila Tun Mahathir dah bersuara






..... bila Tun Mahathir dah bersuara ...
MENEGUR

Aug 18th, 2014 @ 10:54 am › chedet

1.   Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak
      yang saya telah memburukkan pemerintahannya.
2.   Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali
      menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.
3.   Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak
      ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka
      baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin
      akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan
      memperbetulkannya.
4.   Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja
      Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa
      dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-
      galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh
      kepada perintahnya.
5.   Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan
      takhtanya di pantai menghadapi laut.
6.   Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya
      apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan
      kakinya.
7.   Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”
8.   Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.
9.   Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda.
      Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
      Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati
      raja mereka.
10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana
       yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa
       mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda
       bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan
       berkata “Ya Tuanku”.
12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”
13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata
       yang benar apabila dia bogel.
14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.
15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi
       panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut
       disini:

       “Sayangkan anak tangan-tangankan
       Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”

       Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
       “Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”
16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur
       pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa
       yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang
       pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat
       terhadapnya.
17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM
       Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak
       disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur
       Tunku.
18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak
       jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana
       teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.
19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin
       kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke
       12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.
20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah
       kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua
       ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik
       akan jadi jeritan.
21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib.
       Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato
       Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.
22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum
       ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.
23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari
       prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.
24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya.
       Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.
25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan
       pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-
       undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun
       mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah
       bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua
       geng.
26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran
       sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat
       Kerajaan negara jiran.
27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk
       menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang
       saksama.
28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat
       apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan
       rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-
       galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini
       memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak
       bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja
       menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa
       usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong
       pembangunan Negara.
29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot
       barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan
       dihalang oleh dasar Kerajaan.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu
       minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa
       mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan
       dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.
31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan
       Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan
       antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah
       menegur pemimpin.
33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur.
       Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh
       Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana
       menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.
34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang
       bangsa dan negara saya
.

Sumber: Kelab Che Det


12 August 2014

ROJAK DAN PASEMBO SELANGOR - Kit Siang gesa Adun PR Selangor nyata pendirian selepas BN sokong Khalid






The Malaysian Insider

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menggesa supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) menyatakan pendirian dalam krisis menteri besar Selangor susulan sokongan terbuka Barisan Nasional (BN) kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Penasihat DAP itu berkata, pendirian tersebut "penting dan mustahak" untuk 43 Adun PR menyatakan pendirian mereka, khususnya 15 Adun PAS.
"Dengan pengumuman sokongan 12 Adun BN kepada Khalid oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia sangat penting dan mustahak untuk mendapatkan pendirian 43 semua Adun Pakatan daripada PKR, DAP dan PAS dalam isu ini," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata faktor masa adalah penting pada ketika situasi krisis menteri besar dan politik Selangor bergerak dengan pantas.
"Semua proses membuat keputusan politik perlu dipercepatkan jika Pakatan tidak mahu dilihat tidak mampu respon kepada perubahan politik yang pantas," katanya.
Muhyiddin dalam satu majlis di Putrajaya berkata, BN akan memberikan sokongan penuh kepada Khalid tanpa syarat bagi menjayakan perjanjian air yang sudah ditandatangani.
Menurut Muhyiddin, perkara berkenaan sudah dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di luar negara dan BN akan menyokong kepimpinan Khalid jika usul tidak percaya diadakan.
Khalid hari ini mendakwa beliau masih menteri besar dengan sokongan empat exco kerajaan negeri daripada PAS dan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan negeri.
Katanya, Sultan Selangor mahu beliau terus kekal sebagai menteri besar selepas baginda diyakinkan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) masih menyokong kepimpinannya.
Khalid kini berdepan penolakkan daripada PKR dan sudah dipecat pada Sabtu lalu. – 11 Ogos, 2014
Sumber: https://my.news.yahoo.com

11 August 2014

BILA MENTERI MELATAH - Cadangan haram Facebook tak logik, tak akan selesai salah guna, kata pengkritik






The Malaysian Insider


Cadangan menyekat Facebook bagi menghalang kes penyalahgunaan berdepan dengan kritikan apabila ramai mengatakan ia hanya akan menyebabkan negara berundur ke belakang tanpa menyelesaikan masalah, kerana pengguna boleh beralih ke laman sosial lain.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata wujudnya cadangan mengharamkan Facebook, dan meskipun ia terlalu radikal, kementeriannya tetap akan mengkaji langkah itu.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata menyekat Facebook tidak akan menyelesaikan sebarang masalah yang membawa kepada penyalahgunaan sosial media.
"Saya fikir beliau (Shabery) perlu beri lebih perhatian kepada memperbaiki keseimbangan dalam laporan berita dan menangani isu ucapan menghasut, daripada memikirkan tentang menyekat saluran," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Menyekat saluran tidak akan menyelesaikan isu asas atau punca sesuatu masalah," katanya.
Manakala Ahli Parlimen Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed bersetuju hanya pendidikan mampu menjadi penyelesaian dalam masalah salah guna media sosial.
"Masalah dengan salah guna Internet ialah ia digunakan untuk menyebarkan keganasan dan ekstremis perkauman agama.
"Hanya pelajaran dan pendidikan dapat menyelesaikan masalah salah guna sekiranya rakyat faham dan tidak melanggan perkara demikian," kata ahli Parlimen Pulai itu.
Semalam Ahmad Shabery berkata kementeriannya sedang dalam proses mengumpul maklumat daripada orang ramai berkaitan isu berkenaan.
"Sekiranya ramai berpendapat kita patut mengharamkan Facebook, kita bersedia menghalusinya, tetapi ia pendekatan yang radikal," katanya.
Dia membuat kenyataan susulan laporan mengenai seorang lelaki menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam laman Facebook.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berkerjasama dengan polis menjejaki individu berkenaan.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata langkah berkenaan keterlaluan dan akan menyebabkan Malaysia kembali ke zaman kegelapan.
"Cadangan Barisan Nasional (BN) mengharamkan Facebook keterlaluan. Kembali ke feudalism dan autokrasi zaman gelap. BN rasa mereka boleh menang semula pengundi muda?" tanya beliau dalam Twitter.
Setiausaha agung DAP itu berkata sekiranya kerajaan persekutuan mengharamkan laman sosial popular itu, partinya akan bertindak mengadakan protes.
"DAP akan anjurkan protes seluruh negara jika BN sekat dan tutup Facebook," kata Ahli Parlimen Bagan itu dalam Twitter, sambil menambah Twitter juga mungkin turut diharamkan nanti.
Bekas pengarang New Straits Times Datuk A Kadir Jasin pula mempersoalkan mekanisme kerajaan mengumpul maklumbalas, sambil menambah siasatan menyeluruh perlu dilakukan sebelum mengambil apa-apa tindakan.
"Saya ingin tahu siapa orang yang dirujuk kementerian dalam isu ini. Sebab, kalau kamu tanya orang yang tiada akaun Facebook, dia tidak akan kisah tentang itu," katanya.
Ahli politik pembangkang berkata motif cadangan mengharamkan Facebook lebih berunsur politik daripada salah guna media sosial.
"Memang tindakan yang logik bagi kerajaan. Mereka akhirnya mengaku media sosial sebahagian sebab mereka hilang sokongan pada pilihan raya lalu," kata Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad.
"Mereka hendak pastikan rakyat hanya disajikan dengan berita arus perdana."
Ahli Parlimen DAP Teresa Kok menyatakan rasa terkejut dengan cadangan berkenaan, kerana ia satu cubaan menghentikan suara yang menentang.
"Ini merupakan cara mendiamkan rakyat dan pengkritik," katanya.
Tetapi, katanya dengan menyekat Facebook tidak menyelesaikan masalah salah guna kerana pengguna akan beralih ke media sosial lain seperti Twitter dan Instagram.
"Dalam dunia Internet ada laman sosial lain. Contohnya di China, bila Facebook diharamkan, mereka gunakan aplikasi Weibo.
"Bagaimanapun, ahli politik Umno, termasuk perdana menteri menggunakan Facebook untuk berkomunikasi. Saya rasa cadangan Shabary itu hampir tidak waras," katanya.
Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah turut ke Twitter membantah cadangan Shabery itu.
Malah, beliau juga memulakan kempen protes online dengan memperkenalkan hashtag '#jangantutupfb' di laman Twitter.
Beliau menyebarkan kempennya itu kepada beberapa pengguna berprofil tinggi Twitter, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (@NajibRazak).
"@saroki19 @PhilipGolingai @NajibRazak i'v started a campaign. Support #jangantutupfb." (Saya mulakan kempen. Sokong #jangantutupfb)
"FB spt tekno lain,ada kekuatn/kelemahn. Guna dgn bijak. Lawan brhujah. Guna undang2 klu perlu. Tapi jgn tutupnya. Jom kempen #jangantutupfb."
Saifuddin juga menulis dalam Twitternya: "Sy tak setuju tutup FB/alat2 ICT. Tutup yg ini,yg baru akn muncul. Didik rakyat, bukannya tutup alat."
Saifuddin juga turut menghantar status Twitternya kepada menteri komunikasi itu. – 10 Ogos, 2014.