Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - SAKIT DARAH TINGGI DAN STROK. Show all posts
Showing posts with label Z - SAKIT DARAH TINGGI DAN STROK. Show all posts

14 September 2014

PENDARAHAN OTAK - Cara menanganinya






ARKIB : 25/01/2004

Pendarahan otak - Cara menanganinya




KEDUDUKAN kepala pesakit semasa pembedahan bergantung pada lokasi berlakunya pendarahan.


RAMAI berpendapat, pembedahan satu-satunya jalan keluar bagi mengatasi masalah pendarahan otak atau darah beku yang berlaku dalam otak. Tetapi, bukan semua masalah ini boleh diselesaikan dengan jalan pembedahan.

Sebetulnya, dalam menangani masalah ini ia bergantung kepada saiz, lokasi, jenis dan tahap kesedaran pesakit.

Jika pendarahan yang dialami hanya mengakibatkan gangguan pada sesetengah fungsi otak seperti lemah separuh anggota badan dan pesakit dalam keadaan sedar, maka doktor akan memantau perkembangan pesakit dari semasa ke semasa.

Pembedahan hanya dilakukan apabila keadaan pesakit dianggap serius seperti koma.

Bukan semua kes pendarahan otak akan dibedah, lebih-lebih lagi bagi kes-kes yang menyebabkan kesan setempat seperti pesakit tidak boleh menggerakkan tangan atau kaki.

Ini kerana, pendarahan atau darah beku pada otak ini biasanya akan larut dan meresap dalam otak dengan sendirinya dalam tempoh dua atau tiga minggu,'' kata Ketua Jabatan Neurosurgeri dan Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf, Jabatan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Saffari Hj. Mohd. Haspani.

Pendarahan otak adalah satu keadaan terdapatnya darah atau darah beku pada mana-mana bahagian luar saluran darah dalam otak.

Keadaan ini berlaku sama ada berpunca daripada kecederaan akibat kemalangan atau secara spontan (semula jadi).

Menurut beliau, biasanya doktor sendiri dapat meramalkan peluang pesakit untuk hidup cerah atau sebaliknya apabila mereka dimasukkan ke wad.

Sehubungan itu, pembedahan akan dilakukan apabila pesakit berada dalam keadaan koma dan setelah ujian CT Scan dilakukan.

Pembedahan juga dilakukan sekiranya saiz darah beku atau pendarahan lebih daripada tiga sentimeter.

Selain itu, kriteria lain yang diambil kira jika ada kesan pembengkakan yang serius pada bahagian tisu otak di sekeliling darah beku tersebut,'' jelas beliau.

Otak diselaputi kulit, selaput otak dan dilindungi tengkorak. Ia mengandungi sejenis cecair otak yang dipanggil cerebrospinal fluid, darah dan tisu otak. Tisu ini terlalu lembut dan sensitif.

Mohd. Saffari menjelaskan, pesakit yang masih dalam keadaan sedar ketika dibawa berjumpa doktor, akan dipantau selama 48 jam.

Sekiranya tahap kesedarannya menurun dalam tempoh tersebut, ujian imbasan ke atas otak pesakit akan dilakukan bagi mengenal pasti masalah pesakit.

Beliau memberitahu, sebahagian besar kes pesakit pendarahan otak berpunca daripada tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Biasanya, ia berlaku di luar saluran darah otak misalnya pendarahan boleh terjadi dalam tisu otak yang dikenali Intra Cerebral Hematoma,'' jelas beliau.

Pendarahan jenis ini, berlaku di sebabkan oleh darah tinggi. Jelasnya, pendarahan juga boleh berlaku pada bahagian bawah selaput subaraknoid. Pendarahan jenis ini selalunya disebabkan aneurisme.

Aneurisme adalah pembengkakan yang terjadi pada saluran darah otak utama yang berbentuk seperti belon.

Ia disebabkan kelemahan dalam dinding pembuluh darah akibat penyakit atau kecacatan sejak individu itu dilahirkan.

Aliran darah dengan kelajuan tinggi menyebabkan terbentuknya belon pada dinding pembuluh darah tersebut.

Belon tersebut membesar dan boleh pecah yang menyebabkan pendarahan otak. Menurut Mohd. Saffari, berdasarkan kajian di Amerika Syarikat (AS), dianggarkan antara sembilan hingga 15 dalam 100,000 orang menghadapi masalah pendarahan otak setiap tahun.

Pada tahun 2002, Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebanyak 86 kes pembedahan otak untuk mengeluarkan darah beku telah dilakukan manakala pada tahun 2003 pula sebanyak 120 kes.

Di Malaysia, peratusan tertinggi dicatatkan ke atas pesakit yang menjalani pembedahan otak terdiri daripada kalangan orang Melayu sejumlah 46 peratus, Cina, 30 peratus dan sembilan peratus India.

Secara etiologinya, 64 peratus pendarahan berpunca daripada darah tinggi, aneurisme 13 peratus dan 10 peratus kecacatan arteriovena (AVM).

Kadar kematian dalam tempoh 30 hari selepas pembedahan dianggarkan sebanyak 48 peratus.

Selain darah tinggi dan aneurisme, lain-lain punca yang mengakibatkan pendarahan otak ialah:

- Kecacatan arteriovena (AVM)
- Ketumbuhan otak
- Kelainan kecairan darah

Menurut Mohd. Saffari, mereka yang didiagnos mengalami pendarahan otak tergolong dalam kumpulan yang memerlukan rawatan kecemasan bergantung kepada keadaan semasa si pesakit.

Ini kerana, apabila pendarahan berlaku, darah yang membeku di sekeliling tisu otak atau di bahagian bawah selaput otak boleh menyebabkan tekanan dalam otak meningkat.

Apabila tekanan meningkat, ia akan memberi kesan pada lokasi berlakunya pendarahan. Biasanya, pendarahan otak akibat tekanan darah tinggi berlaku di bahagian basal ganglia, katanya.

Pendarahan yang berlaku pada bahagian inilah yang boleh menyebabkan pesakit lumpuh pada sebelah tubuh, keadaan muka senget sebelah dan mengalami masalah pertuturan, jelasnya.

Lebih membahayakan, jika pendarahan yang berlaku pada saluran darah kecil. Ini kerana tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersebut pecah.

Sehubungan itu, Mohd. Saffari menegaskan supaya jangan mengambil mudah jika secara tiba-tiba anda mengalami sakit kepala yang teramat sangat.

Gejala ini merupakan salah satu daripada punca pendarahan otak dan ia sangat berbeza dengan sakit kepala seperti migrain.

Selain sakit kepala, pesakit akan muntah-muntah, pengsan atau tidak boleh menggerakkan anggota tubuh.

Dalam keadaan begini, kata Mohd. Saffari, pesakit memerlukan rawatan kecemasan. Keadaan ini boleh menyebabkan tahap kesedaran pesakit semakin menurun dan akhirnya mengakibatkan kematian.

Bagaimanapun, ada sesetengah kes seperti transient ischemic attack yang berlaku secara tiba-tiba, boleh juga menyebabkan keadaan pesakit semakin pulih.

Sebaliknya, bagi keadaan pesakit yang tidak pulih lebih baik menjalani pemeriksaan rapi di hospital bagi memastikan tahap angin ahmar yang dialami,'' kata Mohd. Saffari.

Ini kerana, kemungkinan peluang untuk pesakit dipulihkan adalah cerah. Tetapi, jika dibiarkan, lama-kelamaan tisu otak akan rosak sekali gus akan menghilangkan fungsinya. Tekanan pada otak, boleh merosakkan `fungsinya' yang akhirnya mengakibatkan tahap kesihatan pesakit menurun.

Menurut Mohd. Saffari, pendarahan otak boleh dirawat jika pesakit segera dibawa berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Kes-kes seperti pesakit yang koma secara tiba-tiba mesti dibawa berjumpa doktor dengan segera. Kita akan mengesyaki kemungkinan pesakit mengalami pendarahan otak, tetapi kita tidak tahu setakat mana tahap keseriusan keadaannya.

Kemungkinan, pendarahan yang dialami oleh pesakit berada pada tahap sedikit, sederhana atau serius,'' kata beliau.

Rawatan

Bergantung kepada keadaan pesakit. Jika pesakit yang mengalami pendarahan otak ini disebabkan hipertensi dan dalam keadaan koma, darah beku perlu dikeluarkan segera.
Selain pembedahan, rawatan fisioterapi dan terapi pertuturan amat penting untuk pemulihan bagi pesakit-pesakit yang mengalami pendarahan otak. Mengawal tekanan darah dengan mengambil ubat penting untuk mengelakkan berulangnya pendarahan otak. Sekiranya pendarahan berpunca daripada:

- Aneurisme - pilihan rawatan yang biasa ialah dengan membuat pembedahan dan
  memasang clip pada leher aneurisme tersebut untuk menutup laluan darah dari- pada
  pembuluh darah utama.

- Rawatan lain yang semakin banyak digunakan sekarang adalah coiling pada aneurisme
  terbabit.

- Kecacatan arteriovena (AVM) - ujian dilakukan de- ngan angiogram untuk memastikan
  keadaan ini.

Antara rawatan pilihan termasuklah:

a. Pembedahan
b. Pancaran radiasi bertenaga tinggi (Radiosurgery) untuk mengecutkan AVM
c. Rawatan Endovascular atau Embolization - menyekat aliran darah ke saluran darah AVM
    dengan sejenis ubat.

Selain itu, pesakit juga memerlukan pemulihan yang khusus bergantung kepada tahap kesihatan pesakit.

Komplikasi pembedahan

Seperti pembedahan lain, pembedahan otak untuk mengeluarkan darah beku juga boleh mengakibatkan pendarahan semula dan jangkitan kuman.

Pesakit juga boleh mendapat komplikasi serangan sawan tetapi boleh dikawal dan peratusnya juga rendah.

Tahukah anda?

- Mamalia, burung, reptilia, ikan, amfibia semuanya mempunyai otak. Tetapi, otak
  manusialah yang paling unik.

- Ia memberi kita kuasa untuk berfikir, merancang, bertutur, berilusi dan sebagainya.

Otak mempunyai pelbagai tanggungjawab yang menakjubkan antaranya:

- Mengawal suhu badan, tekanan darah, pernafasan, degupan jantung

- Menerima berjuta-juta maklumat tentang dunia di sekeliling daripada deria seperti mata,
  telinga, hidung dan lain-lain

- Mengendalikan pergerakan fizikal seperti berjalan, bercakap, berdiri dan duduk

- Membolehkan kita berfikir, mimpi, melakukan per- timbangan dan emosi.


Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0125&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz3DDOobkQb
© Utusan Melayu (M) Bhd 




5 January 2014

STROK - Penyebab 'Stroke' dan Serangan Jantung








TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar “PEMBUNUH SENYAP" kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia.

Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia pada 2007, lebih 30 peratus daripada penduduk negara ini menghidap tekanan darah tinggi dan sebilangan besar penghidap terdiri daripada kaum Melayu, tidak kira dibandar atau desa. Ini dengan secara tidak langsung menunjukkan cara hidup di bandar dandi desa tidak banyak perbezaan di samping faktor genetik jugaberkemungkinan memainkan peranan yang besar.

Penyakit ini melibatkan lebih kurang lima hingga enam juta rakyatMalaysia dan bilangan kes makin meningkat disebabkan gaya hidup modenzaman kini. Darah tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heartattack) lemah jantung (heart failure), kegagalan buah pinggang dan buta.

Mujurlah penyakit ini senang dikesan dan boleh dikawal dengan menukar gaya hidup dan pengubatan.

Fisiologi

Darah biasanya mengalir dalam dua fasa iaitu:

Ø Sistolik; apabila jantung berdenyut, darah mengalir keluar dari jantung dan tekanan darah akan naik.

Ø Diastolik; apabila jantung berehat seketika serta diisi dengan darah untuk denyutan selanjutnya, menyebabkan tekanan darah turun seketika.

Ini bermakna tekanan darah akan turun dan naik mengikut denyutan jantung. Ini menyebabkan tekanan darah mengandungi dua nilai iaitu sistolik yang tinggi dan diastolik yang rendah, contohnya 120/80 milimeter (mm) merkuri (Hg). Tekanan darah juga berubah dari masa ke semasa sepanjang hari disebabkan emosi dan keadaan tubuh badan kita. Sebagai contoh, tekanan naik semasa bersukan dan tekanan turun sewaktu tidur.

3 jenis hormon dari kelenjar adrenal iaitu adrenaline, noradrenaline dan aldosterone turut mempengaruhi tekanan darah. Rangkaian urat saraf dan hormon tadi mempengaruhi tekanan darah di dalam tubuh kita. Biasanya sistem yang kompleks ini mengawal tekanan darah dan gangguan di dalam sistem ini menyebabkan darah tinggi.

Kira-kira 90 peratus pesakit darah tinggi tidak ada penyebab yang khusus dan ini digelar Essential atau Primanory Hypertension. Beberapa faktor dapat dikenali mempunyai kaitan dengan PrimanoryHypertension seperti tabiat pemakanan, aktiviti fizikal dan jugakeadaan persekitaran.


Fakta lain seperti kandungan garam dan lemak yang tinggi di dalam diet,obesiti dan kegemukan, kurang senaman serta kurang memakan sayur danbuah-buahan yang mengandungi nilai potassium yang tinggi. Selain itu,faktor genetik juga dilihat memainkan peranan penting. Darah tinggi juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan ini dinamakan “secondary hypertension" yang membabitkan lima peratus dari jumlah kes.

Penyakit-penyakit tersebut ialah kegagalan fungsi buah pinggang (kidneyfailure), penyempitan pembuluh darah ke buah pinggang, tumor dikelenjar adrenal dan penyempitan pembuluh darah besar aorta.

Penyempitan pembuluh darah ini kadang kala dapat dirawat dengan pembedahan dan boleh menyembuhkan tekanan darah tinggi. Selain itu, sesetengah jenis ubat juga boleh menyebabkan darah tinggiseperti steroid, cyclosporine, anti-depressant (kemurungan) dan ubatuntuk sakit sendi dan tulang jenis NSAID (ubat antikeradangan bukan jenis steroid).

Simptom atau petanda darah tinggi :

Darah tinggi pada peringkat awal tidak memberi sebarang petanda dan kadangkala tidak dapat dikesan hingga bertahun lamanya. Kadangkala, pesakit akan mengalami sakit kepala tetapi biasanya darah tinggi dikesan semasa pemeriksaan rutin.

Selalu juga tanda pertama darah tinggi ialah apabila pesakit menghidap komplikasi seperti strok, serangan jantung, lemah jantung atau masalah buah pinggang. Kadang kala pesakit datang ke hospital dalam keadaan krisis dan tekanan darah melebihi 200/120 mm Hg.

Tekanan darah yang tinggi sebegini boleh menyebabkan sakit dada, sesak nafas, sakit kepala, gangguan penglihatan, muntah- muntah dan juga sawan.

Klasifikasi darah tinggi.

Darah tinggi boleh diklasifikasikan mengikut tahap tekanan darah (mm Hg) seperti berikut:

KATEGORI Sistolik Diastolik

Optimum - <120 br=""> Normal - 120-129 80-84
Normal Tinggi - 130-139 - 85-89
Hipertensi Gred 1 (Ringan) - 140-159 - 90-99
Hipertensi Gred 2 (Sederhana) - 160-179 - 100-109
Hipertensi Gred 3 (Teruk) - >/180 - >/110
Hipertensi Sistolik Terpencil - >/140 - <90 br="">
Darah tinggi boleh dibezakan di antara sistolik dan diastolik. Biasanya hipertensi sistolik dihadapi oleh pesakit yang berumur 60 tahun ke atas di mana tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik kurang daripada 90 mm Hg. Sebaliknya pula, pesakit yang lebih muda mengalami tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik juga melebihi 90 mm Hg.

Di kalangan pesakit yang datang ke klinik atau hospital dan dikatakan mengidap darah tinggi, lebih kurang 20 peratus daripada mereka mempunyai tekanan darah yang normal apabila diperiksa sendiri di rumah. Golongan ini dinamakan ‘white coat hypertension’ (hipertensi kot putih). Biasanya doktor akan menggunakan alat pemantauan automatik yangboleh digunakan di rumah selama 24 jam untuk mengesan golongan ini (24hours ambulatory blood pressure monitoring).

Di kalangan pesakit darah tinggi, ada juga yang tekanan darahnya tidak menurun sewaktu tidur dan kumpulan ini digelarkan ‘non dippers’.
Golongan ini didapati menghadapi kadar komplikasi yang lebih tinggi.Ada kajian yang mengatakan bahawa ‘non dippers’ ini disebabkan terlalubanyak kandungan garam (sodium) di dalam darah dan rawatan untukmengurangkan garam boleh menukar non dippers kepada “nocturnaldippers"

Komplikasi dari tekanan darah tinggi.

Tekanan darah yang berlebihan boleh merosakkan pembuluh darah besar dan juga yang kecil.

Contoh kerosakan pembuluh darah yang besar adalah seperti strok dan serangan jantung dan contoh kerosakan pembuluh darah yang kecil ialah kegagalan buah pinggang dan gangguan penglihatan disebabkan kerosakan mata.

Satu lagi komplikasi ialah ‘atrial fibrillation’ atau degupan jantungyang tidak stabil. Ini menyebabkan pesakit merasa berdebar-debar dankadang-kala pening dan sesak nafas.

Darah tinggi juga menyebabkan jantung membengkak dan boleh berlarutan hingga ke peringkat lemah jantung. Satu lagi komplikasi ialah bengkak di saluran aorta (aneurisme). Aneurisme ini kadangkala terkoyak atau bocor dan berlaku pendarahan yang banyak. Komplikasi ini kerap menyebabkan pesakit maut.