Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak
Showing posts with label Z - PANDUAN IBU BAPA. Show all posts
Showing posts with label Z - PANDUAN IBU BAPA. Show all posts

13 October 2014

SALAH SIAPA? - Kegilaan Kanak-Kanak Main Game





Oleh Faudzil



DULU ......

  Minum susu ikut masa
  Makan ikut masa
  Tidur ikut masa
  Petang main bola atau permainan lain
  Ramai kawan dan pandai berkawan
  Bertegur sapa dengan orang tua
  Pandai hormat orang tua

SEKARANG ......

  Minum susu sambil main game
  Makan sambil main game
  Meneriap sambil main game
  Terlentang sambil main game
  Dalam buai main game
  Dalam kereta main game
  Nak tidur sambil peluk bantal busuk main game

PERHATIKAN BUDAK & ANAK KECIL YANG GILA MAIN GAME

  Makan tak ikut masa
  Minum susu tak ikut masa
  Kurang tidur
  Kurang beri perhatian kepada ibubapa
  Kurang kelipkan mata semasa main game
  Mudah marah
  Selalu bergaduh rebutkan game
  Selalu merengek mahukan game
  Suka hempaskan game
  Kurang bersenam
  Jarang bergaul dengan rakan sebaya
  Tidak pandai hormat dan salam orang tua

Kegilaan main game memberi kesan negatif kepada mata dan sistem penglihatan, merencatkan pertumbuhan kreativiti dan penyertaan dalam kehidupan sosial sewaktu proses pembesaran, tidak cenderung kepada aktiviti bersenam.

Mata dan sistem penglihatan kanak2 masih lagi dalam peringkat perkembangan dan sangat mudah menerima kesan gangguan kepada sistem penglihatan dalam jangka masa panjang.

Ahli-ahli psikologi percaya bahawa ia telah menyebabkan kanak-kanak ini cenderung untuk kurang bersikap empati, antisosial, kurang menguasai kemahiran sosial, malah yang lebih menakutkan, menjadikan mereka semakin ganas.

Apa yang lebih menakutkan ada permainan-permainan tertentu yang menyebabkan kesan yang negatif terhadap personaliti anak-anak seperti mudah mencetuskan perasaan marah, langsang (agresif) dan berdendam.

Tumpuan melampau terhadap permainan-permainan video ini juga boleh menjejaskan pelajaran mereka.

Mereka kurang berinteraksi dan berkongsi emosi dengan rakan-rakan sebaya yang lain, permainan video hanya memberikan mereka cabaran dan persaingan.

Terdapat kajian yang menunjukkan berlaku perubahan aktiviti otak bagi mereka yang ketagih permainan dalam talian. Ia merupakan simptom yang sama dihadapi oleh pesakit yang mengalami ketagihan dadah.

Bayangkan, kalau perkara ini berterusan, apa yang bakal berlaku terhadap anak-anak di Negara ini?

Mereka patut membesar untuk menjadi manusia yang mampu menghadapi dunia realiti dan bukan dunia khayalan yang diciptakan oleh permainan moden ini.

Ibubapa seharusnya membangunkan minda anak-anak, membawa anak-anak mereka melawat kaum keluarga atau tempat menarik. Mereka perlu tahu yang mereka juga sebahagian daripada komuniti besar di negara ini.

Yang paling penting, bawa anak-anak ke dunia realiti.

SEKARANG FIKIRKAN ……

Siapa yang berikan game itu kepada anak-anak ini?
Siapa yang merosakkan minda anak-anak ini?
Siapa yang akan rugi?

Siapa??????



15 September 2014

RAWAT HATI - Cara Mudah Mengubah Kepercayaan Terhadap Perkahwinan


Oleh Faudzil Harun












APA BERLAKU BILA KEPERCAYAAN KARUT DAN ADAT MENGATASI HUKUM AGAMA?

Situasi menjadi kritikal akibat kemahuan mengadakan majlis besar, hantaran 17 dulang, pelamin dan andaman yang beribu ringgit, majlis berinai dengan 5 persalinan baju, kek 5 tingkat, "goody bag" yang banyak, kad jemputan yang kilat dan berbau wangi, perabut serba baru, langsir tebal, cat rumah, "renovate" rumah dn macam-macam lagi.  





APA BERLAKU BILA PIHAK KELUARGA WANITA MEMINTA WANG HANTARAN YANG BANYAK?

Pihak lelaki menjadi stres, cari jalan pinjam bank/koperasi dan kemudiannya tanggung hutang sehingga dah ada 3 orang anak pun hutang masih belum selesai lagi.

Malah ada yang terfikir nak lari dan bernikah di luar negara.





APA BERLAKU BILA MERTUA MENYEBOK M,ASUK CAMPUR SEGALA HAL SELEPAS BERKAHWIN?

Keadaan menjadi kelam kabut. Kedua-dua pasangan suami & isteri menjadi serba salah kerana terpaksa jaga hati Ibu & Bapa dan pasangan masing-masing.





APA BERLAKU DALAM PERINGKAT AWAL SELEPAS BERKAHWIN?

Perangai dan tabiat pasangan Suami-Isteri terlihat. Perselisihan faham berlaku. Jika tidak di tanggani dengan betul, keadaan boleh menjadi kritikal. 





LANGKAH BIJAK SELEPAS BERKAHWIN

Berpindah dan tidak tinggal serumah dengan ibu bapa.
Jika berlaku perselisihan faham, bergaduh, Jangan balik ke rumah ibu bapa. Jangan mengadu kepada ibu bapa.





BAGAIMANA BUAT PERUBAHAN?

Ubah kepercayaan. Utamakan Hukum Agama. Nikahkan anak dengan niat memenuhi tuntutan agama. Jangan kahwinkan anak kerana mahukan pujian dari orang. Jangan pedulikan apa orang nak kata. Bantu anak pelajari hukum, adab dan kaedah menanggani situasi kritikal. Doakan anak, menantu dan besan. Selepas anak berkahwin, ibu bapa jangan menyebok masuk campur semua urusan anak & menantu.



RAWAT HATI - 5 Perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kahwin






Written by Farah Ghafar


Islam merupakan agama yang mudah dan tidak membebankan. Membicarakan isu majlis kenduri kahwin (walimah)  daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis ini, majlis kenduri kawin (walimah) daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat firman Allah SWT maksudnya :“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(boros) dengan melampau (Surah al-Isra' ayat 26).

Terdapat banyak perkara-perkara bertentangan dengan ajaran Islam semasa di adakan majlis kenduri kawin di dalam masyarakat kita. Sebagai seorang muslim-mukmin yang beriman dan  bertakwa kita perlulah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang bertentang dengan ajaran Islam. Jika boleh di elakkan maka elakkanlah semoga kita mendapat keredaan Allah SWT.

Oleh kerana majlis kenduri kawin adalah sebagai satu ibadah (meraikan tetamu dengan majlis jamuan) selepas majlis akad nikah dijalankan, maka perlulah kita berwaspada supaya ibadah yang kita baru tunaikan tidak dicemari dengan kemugkaran dan mendapat kemurkaan Allah SWT.

Perkara-perkara yang bertentangan tersebut adalah seperti berikut :


Pertama : Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?
Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan  dari al-Quran.
Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT. yang bermaksud : " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' ayat 4 )
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Hadis Riwayat Bukhari ) 
Dari hadis di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah SAW  pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat al-Quran, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Nabi SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.
Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Hadis Riwayat Ahmad )
Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulama tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin tanpa kebenaran anak perempuan yang berkahwin.
Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu ringgit Malaysia adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin. 
Jika hantaran tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan pihak lelaki berkemampuan membayarnya tidaklah menjadi satu kesalahan dan ianya diharuskan.


Kedua : Adakah bersanding merupakan ajaran Islam?
Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.
Apa yang berlaku semasa  majlis bersanding  ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam al-Quran , Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah.
Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.
Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36. : “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram” 
Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.
Berinai adalah salah satu amalan semasa majlis perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW  tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra : "Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya : " Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai).” 
(Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa’i 5092)
Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim: Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi SAW  melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ketiga : Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?
Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang? Beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya dibuang begitu sahaja! Adalah jauh lebih baik rombongan pengantin lelaki membawa makanan atau buah-buahan sebagai hadiah kepada pihak pengantin perempuan. Sirih junjung dikira sebagai  barang membazir dan menyusahkan sahaja.


Keempat : Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan  bersolek (berlebih-lebihan) di majlis perkahwinan ini?
Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis riwayat Muslim. Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a katanya : "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”
Apa yang jelas dari bersolek adalah satu dosa kerana termasuk dalam "Tabarruj" dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan dilarang oleh Allah SWT . Jika bersolek sekadarnya dan tidak nampak bedak yang tebal dan tiada perhiasan yang berlebihan tidaklah dilarang.


Kelima : Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?
Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:
Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.
Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”
Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis  riwayat Bukhari daripada Aisyah r.ha bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."
Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya :" Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”
Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.

Sahabat yang dimuliakan,
Islam menyarankan majlis kenduri kahwin (walimah) hendaklah diadakan cara yang sederhana tetapi meriah. Tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Jika kurang berkemampuan adakan majlis yang sederhana sahaja dan perlu mengundang saudara mara yang terdekat , jiran tetangga dan sahabat-sahabat yang rapat sahaja. Tidak perlulah berhutang dan bergolok bergadai semata-mata untuk mencari kemegahan dan riak sedangkan cara seperti ini dilarang dan ditegah oleh agama.
Kenapa  perkahwinan umat Islam sekarang ini tidak kekal dan berlaku penceraian walaupun umur perkahwinan tidak sampai setahun? Sedangkan kos perbelanjaan perkahwinan telah dihabiskan puluhan ribu ringgit. Puncanya adalah tidak terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kerana terdapat banyak unsur maksiat dan dosa semasa dilangsungkan majlis perkahwian tersebut. Oleh itu perlulah kita buangkan adat-adat melayu lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adat bersanding, hiburan yang mendatangkan dosa dan mengelakkan pembaziran dengan menyediakan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Majlis prkahwinan adalah ibadah, pastika kita tidak melaggar batas-batas syarak yang di benarkan oleh Allah SWT.

Sumber: http://www.ikahwin.my/


RAWAT HATI - Apabila adat atasi hukum







Oleh Hariyati Ariffin


Ditambah pula dengan harga mas kahwin yang meningkat dan hantaran terlalu tinggi, ia seolah-olah menjadikan perkahwinan hanya impian bagi mereka yang tidak berkemampuan. Bagi yang mampu pula perancangan majlis perkahwinan ada kalanya mencetuskan konflik kerana sikap keluarga, sanak-saudara dan pasangan yang inginkan kesempurnaan dalam majlis berkenaan. Sebagai contoh keterujaan ibu bapa untuk mengadakan majlis perkahwinan secara mewah boleh menyebabkan berlakunya pembaziran dan tanpa disedari menimbulkan perasaan riak dan sikap menunjuk-nunjuk.
Tidak kurang juga sikap sanak-saudara yang ‘lebih sudu daripada kuah’ yang meracuni fikiran ibu bapa dan pasangan yang ingin berkahwin agar membuat majlis secara besar-besaran supaya tidak memalukan keluarga dan perlu mengikut adat dan tradisi nenek moyang.

Selain itu, pasangan yang ingin berkahwin juga ada kalanya terlalu terikut-ikut dengan trend perkahwinan yang glamor masa kini sehingga membuatkan mereka sanggup berbuat apa saja.

Berdasarkan itu, hakikatnya perkahwinan jika mengikut sunnah Nabi adalah urusan yang mudah. Ia suatu yang suci dan perlu direstui pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Ini bertujuan mengelakkan sesuatu tidak baik berlaku antara lelaki dan wanita serta mengelakkan fitnah yang boleh merosakkan kehidupan. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh At Tarmizi: “Apabila datang padamu seorang yang kamu sukai agamanya dan kejujurannya, maka kahwinkanlah dia sebab andainya kamu tidak melakukannya melainkan akan timbul fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” Namun, apa yang terjadi masa kini ialah, ada masyarakat menyukarkan proses perkahwinan dengan menjadikannya sebagai satu prasyarat menjaga jenama dan maruah keluarga.

Ramai yang beranggapan majlis perkahwinan perlu diadakan mengikut adat dan tradisi keluarga. Ia dilakukan sebagai cara menjaga maruah dan air muka keluarga. Ada juga segelintir masyarakat beranggapan, jika majlis perkahwinan diadakan seringkas mungkin, orang lain akan mengata dan berfikiran serong terhadap keluarga mereka. Justeru disebabkan kekangan itu, ada yang tidak membenarkan anak berkahwin dalam jangka waktu singkat semata-mata untuk mengumpul duit bagi mengadakan majlis perkahwinan mengikut kehendak ibu bapa dan keluarga.

Malah, ada juga ibu bapa yang sanggup bergolok bergadai untuk majlis berkenaan dan paling menyedihkan beban itu terpaksa digalas juga oleh pasangan yang ingin berkahwin yang bukan saja disuruh menyimpan wang tetapi juga terpaksa meminjam wang bagi melaksanakan impian keluarga dan sanak saudara.

Majlis perkahwinan yang bermula dengan merisik, bertunang, sehingga ke majlis pernikahan sudah semestinya menelan belanja besar. Tidak dapat dinafikan dalam keadaan ini, pasangan akan terbeban dengan masalah kewangan di peringkat perancangan lagi. Bukan itu saja, hidup mereka juga menjadi tidak ceria. Oleh itu, dalam hal ini, menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundangan Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Abdul Rahim Salleh, jika di peringkat perancangan lagi perkahwinan itu sudah menyukarkan, amat bertentangan dengan lunas Islam yang melihat perkahwinan sebagai satu urusan mudah. Dalam Islam, katanya, perkahwinan suatu ibadah dan sunnah Rasulullah. Ia pelaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.

Mereka yang berkahwin akan dapat mengatur kehidupan baik, sempurna dan penuh tanggungjawab. Matlamat perkahwinan melahirkan zuriat yang baik hasil perkahwinan yang sah mengikut syariat Islam. Mengulas mengenai permasalahan perkahwinan masa kini, beliau menjelaskan bahawa kebanyakan perkahwinan zaman sekarang banyak yang sudah menyimpang daripada sunnah Rasulullah.

Beliau menegaskan bahawa perkahwinan sebenarnya mudah dan perlulah dilakukan dalam keadaan yang sederhana dan mengikut kemampuan.

Apa yang jelasnya masyarakat sekarang tidak mahu mengikut lunas Islam untuk memudahkan perkahwinan sebaliknya lebih cenderung mengikut pandangan adat dan tradisi keluarga berbanding hukum. Kerana terlalu mengikut adat ada kalanya perkahwinan seolah-olah satu pesta keramaian yang menjurus kepada sesuatu tidak baik dan mengikut nafsu semata-mata.

Abdul Rahim juga berkata, inilah antara punca menyebabkan berlakunya banyak konflik selepas berkahwin. Umpamanya akibat terlalu inginkan kesempurnaan dalam majlis perkahwinan, pasangan pengantin terpaksa menanggung beban hutang yang banyak selepas berkahwin.

“Ini secara tidak langsung merosakkan keharmonian rumah tangga di awal perkahwinan apabila mereka (pasangan pengantin) terpaksa membayar balik hutang selepas berkahwin, selain berhadapan dengan masalah lain seperti menyesuaikan diri dalam alam perkahwinan dan memulakan kehidupan berkeluarga,” katanya. Beliau juga menasihatkan masyarakat supaya lebih berfikiran rasional dalam hal ini dan bijak mengendalikan majlis perkahwinan agar tidak lari daripada sunnah dan ajaran Islam.

“Jika boleh buatlah ikut kemampuan dan bersederhanalah dalam majlis diadakan, buatlah semuanya kerana Allah dan insya-Allah perkahwinan akan mendapat keberkatan” katanya.

Natijahnya sebuah perkahwinan boleh dipermudahkan, jika berlandaskan Islam. Adat dan tradisi keluarga masih boleh diteruskan tetapi perlu bersederhana dalam apa juga dilakukan.

Mungkin ada ibu bapa yang bimbang jika anak kahwin cepat dan belum cukup mengumpul duit, mereka akan hidup susah. Itu mungkin andaian mereka, tetapi rezeki sebenarnya di tangan Allah.

Akhir sekali, perlu diingat bahawa sifat bersederhana dalam apa juga yang dilakukan dapat memupuk rasa keinsafan dalam diri selain dapat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh tanggungjawab dan berhemah dalam kehidupan. Penulis pensyarah UiTM lulusan Sarjana Komunikasi Massa.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/


RAWAT HATI - Adab mengadakan majlis walimah






2012/09/04 - 05:37:45 AM

Muhammad Asyraf


Majlis perkahwinan perlu jadi medan mengukuhkan silaturahim serta mengikut batas hukum Islam. - Gambar hiasan


Jemputan wajib hadir rai pengantin walaupun berpuasa

Pasangan yang berkahwin disunatkan mengadakan majlis kenduri atau walimah untuk mengisytiharkan ikatan perkahwinan mereka di samping melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT. 


Majlis kenduri sebenarnya bukan sekadar menjemput tetamu menikmati juadah dihidangkan, tetapi ada kaitannya dengan ibadah kepada Allah SWT. Kebanyakan ulama berpendapat mengadakan majlis walimah hukumnya sunat muakkad, amalan amat dituntut dalam Islam. 
Meraikan adat perkahwinan hukumnya adalah harus selagi tidak membawa dosa kepada Allah SWT. Jangan sekali mencampurkan majlis dengan aktiviti bertentangan agama”

Malah sebahagian ulama seperti mereka yang bermazhab al-Zhahiri menyatakan hukum mengadakan walimatul urus atau kenduri perkahwinan adalah wajib seperti pandangan sebahagian ulama bermazhab Syafi’e dan Hambali.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, direkodkan oleh Imam Muslim dan Imam al-Bukhari, Nabi SAW telah menyembelih seekor kambing ketika Baginda berkahwin dengan isterinya, Zainab binti Jahsy.

Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW menyuruh ‘Abdul Rahman bin Auf mengadakan kenduri ketika perkahwinan beliau walaupun dengan seekor kambing. Sabda Baginda SAW: “Adakan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing.”

Ketika Ali memperisterikan puteri Rasulullah SAW, Fatimah, Baginda bersabda: “Bagi sesuatu perkahwinan itu ‘walimah’ (kenduri).” 


Dianjurkan Islam

Mengadakan kenduri perkahwinan walaupun secara kecil-kecilan adalah dianjurkan dalam Islam. Oleh itu, disunatkan bagi sesiapa yang melangsungkan majlis perkahwinan mengadakan jamuan dan menjemput orang lain untuk menghadiri majlis itu. 

Pada pandangan Imam Ahmad bin Hanbal, disunatkan mengadakan majlis kenduri pada hari kedua-kedua pengantin diijabkabulkan. Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah pula, digalakkan pasangan pengantin mengadakan kenduri perkahwinan setelah mereka bersama.

Imam al-Mardawi pula menyatakan waktu disunatkan mengadakan majlis kenduri adalah luas iaitu bermula dari hari akad sehinggalah berakhirnya hari-hari perkahwinan (mengikut adat masyarakat).

Hukum penuhi undangan

Bagi mereka yang diundang ke majlis kenduri perkahwinan hendaklah memenuhi undangan itu. Ulama berpendapat hukum memenuhi undangan perkahwinan atau apa saja undangan selagi tidak membawa kepada kemaksiatan serta tidak ditegah Nabi SAW adalah wajib. 

Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “Penuhilah undangan jika kamu telah dipanggil.” (Riwayat al-Bukhari). 

Seseorang Muslim yang diundang oleh saudara Muslim lain wajib menghadirinya jika tiada sebarang halangan mahupun keuzuran. Walaupun seseorang itu berpuasa penuhilah undangan dan dia dibenarkan meneruskan puasanya atau memilih untuk berbuka bagi puasa sunat.

Nafi’ telah menjelaskan, sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Umar akan memenuhi sesuatu undangan tidak kira undangan perkahwinan atau selainnya walaupun dalam keadaan berpuasa. Dalam Fathul Bari juga dinyatakan beliau (Ibnu Umar) akan memenuhi undangan majlis kenduri dalam keadaan berpuasa dengan hanya bertemu dan mengucapkan doa Nabi SAW kepada pasangan pengantin.

Elak majlis dicemari dosa

Perkara penting perlu diketahui oleh setiap orang yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan mahupun mereka yang hadir adalah berusaha mengelakkan majlis dicemari perkara mendatangkan dosa.

Antara yang perlu dititikberatkan, kedua-dua pasangan pengantin perlu menjaga adab seperti tidak mendedahkan aurat serta tidak bersalaman dengan mereka yang bukan mahram. Begitulah juga dengan tetamu Muslim yang diundang perlu menjaga batasan hukum agama. 

Meraikan adat perkahwinan hukumnya adalah harus selagi tidak membawa dosa kepada Allah SWT. Jangan sekali mencampurkan majlis dengan aktiviti bertentangan agama seperti acara menolak bala, tarian bercampur lelaki dan wanita.

Tidak salah untuk memasang muzik mahupun lagu hiburan selagi mana tidak membawa kepada kemaksiatan. Namun disarankan muzik yang dipasang itu lebih berkonsepkan nasihat dan tidak terlalu kuat hingga mengganggu keharmonian majlis perkahwinan.

Perkara lain perlu dipelihara ialah pembaziran. Walaupun tidak salah mengadakan kenduri secara besar-besaran tetapi jangan terlalu boros hingga terpaksa berhutang. Anjurkan majlis kenduri mengikut kemampuan.

Majlis diberkati, sebagai ibadat

Alangkah bertuahnya apabila majlis kenduri yang diadakan atau kita hadiri diberkati serta dikira sebagai ibadat kerana dapat mengeratkan silaturahim, memaklumkan ikatan perkahwinan yang baru termeterai dan bersedekah kepada tetamu.

Sebaik-baik doa diucapkan kepada pasangan yang berkahwin: “Semoga Allah memberkatimu serta menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)


Sumber: http://www2.bharian.com.my/


RAWAT HATI - Majlis Kahwin Wajar Tepati Syariat Islam





Sinonim dengan musim cuti persekolahan, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan walimah atau kenduri kahwin bagi menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran apabila bercantum dua hati insan yang dinobatkan sebagai raja sehari dalam ikatan pernikahan.

Kemeriahan akan lebih terasa kerana sesuai dengan pengertian walimah itu sendiri yang bermaksud mengadakan suatu majlis makan yang turut mengundang sanak-saudara dan sahabat-handai sama ada dekat atau jauh untuk turut sama menyerikan majlis diadakan.

Anas bin Malik dalam hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan juga untuk Zainab.

Jelas daripada mafhum hadis itu bahawa hukum mengadakan walimah atau kenduri perkahwinan adalah diharuskan oleh agama sebagai mengumumkan suatu ikatan pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas ditetapkan syariat Islam.

Berdasarkan pandangan Syed Sabaq dalam salah kitabnya, beliau menerangkan bahawa walimah dapat dilaksanakan ketika berlangsungnya akan nikah atau sesudahnya. Ia juga boleh dilangsungkan pada hari perkahwinan (mencampuri isterinya) atau sesudahnya.

Hadis diriwayatkan Bukhari menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengundang sahabat Baginda untuk menghadiri majlis walimah sesudah Baginda mencampuri isterinya Zainab.

Pada kisah Abi Usaid juga didapati walimah yang dilakukan beliau iaitu Rasulullah SAW menghadirinya, Abu Usaid menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Kurma itulah yang dihidangkan kepada tetamu lain yang datang.

Ini bermakna, walau jenis makanan apa sekalipun yang ingin dihidangkan pihak keluarga yang mengadakan walimah, itu terpulanglah kepada kemampuan mereka. Pun begitu, dalam mengadakan majlis kenduri kahwin ini, jangan mengadakannya dengan melampau batas syariat.

Antaranya menyerlah sikap ingin menunjuk-nunjuk dengan mengadakan kenduri besar-besaran, boros berbelanja hingga memberi kesan kepada keadaan kewangan kemudiannya, melakukan pembaziran dan berhutang semata-mata kerana menurut nafsu serta keinginan yang melampau.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan. Syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra)

Sudah menjadi budaya masyarakat, apabila golongan mewah dan kaya mengadakan kenduri kahwin, jarang sekali mendahulukan orang miskin dan kurang berada sebagai tetamu untuk meraikan majlis berkenaan.

Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya saja, orang fakir dan miskin tidak pula diundang untuk makan bersama.”

Dari aspek memenuhi tuntutan sebagai orang dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin pula, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang antara kamu dijemput ke majlis perkahwinan, maka hendaklah ia mendatangi majlis itu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Walau apapun, jika diteliti hadis berkenaan, menghadiri jemputan ke majlis kenduri kahwin adalah dituntut Islam sebagai sunat muaakad. Dalam sebuah kitab tulisan Syed al-Bari menyatakan syarat undangan yang wajib dipenuhi antara lain hendaklah meliputi perkara berikut:

- Orang yang mengundang adalah mukallaf, merdeka serta sihat pemikirannya.

- Tidak dikhususkan kepada orang kaya saja.

- Orang yang mengundang beragama Islam.

- Tidak ada kemungkaran pada majlis itu.

- Orang yang diundang tidak mengalami keuzuran syarie.

Usahlah dicemari majlis perkahwinan dengan perkara yang bercanggah syariat Islam. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pertuturan keji dan lucah, nyanyian dan tarian melalaikan, senda gurau melampau adalah contoh beberapa situasi sering berlaku pada majlis kenduri kahwin.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Perbezaan antara majlis perkahwinan yang halal dan haram ialah adanya nyanyian dan pukul rebana.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Oleh itu, perlu kita menepati kehendak syariat Islam apabila ingin memeriahkan majlis walimah atau kenduri kahwin dengan persembahan hiburan supaya tidak tercemar dengan unsur ditegah agama dan melanggar ketertiban budaya orang Melayu.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Walimah pada hari pertama adalah suatu hal yang benar. Pada hari kedua adalah suatu perkenalan, sedangkan pada hari ketiga adalah pamer dan mencari kemasyhuran.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Sesuatu yang tersirat ingin disampaikan Baginda ialah sikap berpada-pada apabila mengadakan majlis kenduri kahwin supaya tidak dipandang serong oleh orang lain. Sentiasa bersederhana dalam melakukan apa juga kerana kesederhanaan itulah dituntut Islam.


Sumber: http://www.virtualfriends.net/


14 September 2014

DALAM NEGARA - Obsesi dapat 5A perlu dihenti





13 September 2014



KUALA LUMPUR - "Saya mesti dapat 5A dalam UPSR. Ini hasrat saya. Hidup saya akan senang kelak, jika saya dapat gred baik," demikian kata seorang murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Oleh itu M.Rushill dari sebuah sekolah di Cheras sentiasa berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran tanpa mendapat bantahan ibu bapanya.

Dia juga mahu mencontohi beberapa anggota keluarganya yang cemerlang dalam pelajaran mereka.

Namun bagi pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Norazleen Mohamad Noor, obsesi sebegini perlu dihentikan.

"Dalam masyarkat yang mengejar gred, proses pembelajaran sebenar akan diketepikan. Jika ini berlaku, sekolah akan menjadi institusi yang menakutkan," katanya.

Beliau berkata, amat malang jika dipercayai bahawa masa depan kanak-kanak yang mendapat banyak A dalam peperiksaan akan lebih cerah masa depannya berbanding kanak-kanak yang mendapat banyak C.

Proses pembelajaran sebegini adalah berbeza berbanding di negara maju, tambah beliau.

Profesor Dr Turiman Suandi dari Universiti Putra Malaysia pula berkata perlu disedari bahawa pembelajaran adalah untuk membina keperibadian dan nilai.

"Perlu ditanya apakah makna gred, apakah yang ia gambarkan," katanya.

Bagi pendidik Shiveh Sivalingam, ibu bapa jangan menilai anak-anak mereka berdasarkan berapa banyak A yang diperoleh.

"Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan sendiri yang perlu dipupuk. Akhirnya kejayaan anak-anak mereka akan menjelma dengan sendirinya," katanya.

Beliau yang bersetuju dengan pendapat Turiman, berkata ibu bapa perlu turut menggalak anak-anak mereka untuk bersukan dan menyertai kegiatan kokurikuklum bagi mempelajari nilai-nilai yang berharga.

Seorang ibu, Maizatul Lina Mustapa berkata, beliau tidak memaksa anaknya untuk cemerlang.

"Gred bukan segala-galanya. Kita perlu fokus kepada pembelajaran dan penambahbaikan dan biarkan gred baik datang secara semula jadi," katanya.

Beliau berkata sikap ibu bapa yang suka membandingkan pencapaian kanak-kanak perlu dihentikan.

Seorang lagi ibu, Rosie Chan berkata ibu bapa perlu turut dididik untuk memfokus kepada pembinaan kekuatan anak-anak mereka yang mempunyai kemahiran masing-masing.

Pada masa yang sama, seorang eksekutif syarikat menyarankan agar pihak media berhenti daripada meuar-uarkan pelajar cemerlang, sebaliknya turut mengetengahkan pencapaian pelajar sederhana. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/


11 August 2014

RAWAT HATI - Hukum Tidak Bertegur Sapa Melebihi 3 Hari






HUKUM TAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

Asal hukum tidak bertegur sapa adalah haram. Kecuali ada masaalah yang menuntut kepada perbuatan tidak bertegur sapa. Contoh maslahah seperti dengan sebab tidak bertegur sapa maka mereka akan meninggalkan maksiat. Imam al-Nawawi dalam riyad al-salihin membuat satu bab khusus berkenaan hal ini :

Maksudnya : “Bab pengharaman tidak bertegur sapa antara orang Islam lebih daripada tiga hari kecuali kerana sebab bid’ah yang ada pada orang yang tidak ditegur tersebut atau sebab menzahirkan fasiq olehnya atau sebagainya”.

Maka tidak bertegur sapa kerana sebab pergaduhan adalah haram. Apabila disebut pergaduhan biasanya ia adalah berpunca daripada perkara dunia. Seseorang itu haram tidak bertegur sapa rakannya yang seislam lebih daripada tiga hari.

Ada dalil pengharaman tersebut. Sabda Nabi s.a.w. :

Maksudnya ; “Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. menyebut balasan perbuatan ini :

Maksudnya : “Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka”. (Abu Dawud : No 4914).

Riwayat lain ada menyebut : Maksudnya :

“Barangsiapa yang tidak menegur sapa saudaranya selama setahun, maka ia seumpama menumpahkan darahnya”. Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih. (Riyad al-Salihin 2/216)

Ini menunjukkan perbuatan tidak bertegur sapa adalah dosa.

Wallahualam.

Nauzubillah.


2 March 2014

MANUSIA DAN KEHIDUPAN - Pembubaran Perkahwinan Menurut Islam






TALAQ, FASAKH, KHULUQ, TA'LIQ, LI'AN, ILA' & ZIHAR

Terdapat beberapa cara untuk membubarkan perkahwinan :
1.     Talaq
2.     Fasakh
3.     Khuluq [Tebus Talaq]
4.     Takliq
5.     Lian
6.     Ila’
7.     Zihar

Meskipun pembubaran perkahwinan dibenarkan, termasuk peruntukan khulu’, fasakh dan ta’liq yang diberikan kepada wanita namun usaha-usaha hendaklah dibuat untuk menyelamatkan sesuatu perkahwinan itu sebagaimana yang difirmankan Allah SWT yang bermaksud: “... dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (hakam) iaitu Seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu bertujuan hendak mendamaikan nescaya Allah akan menjadikan kedua-duanya itu berpakat baik.” (an-Nisa’: 35)

Sesungguhnya di antara lelaki dan wanita itu
terdapat perbezaan dalam membuat sesuatu keputusan di mana kebiasaannya wanita itu lebih mudah tunduk pada perasaan, apalagi jika sedang berada di saat-saat genting di mana persoalan perceraian sebenarnya memerlukan kepada pemikiran yang rasional.

Sabda rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa alasan maka haram kepadanya bau syurga.” (Ahmad dan at-Tirmizi)

Manakala pihak lelaki pula tidak boleh terburu-buru menggunakan kuasa yang ada (untuk menceraikan) dan mesti berfikiran tenang terutama dalam mempertimbangkan kewajiban dan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Firman Allah SWT yang maksudnya: ‘...dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)” (an-Nisaa’: 19).


TALAQ 

Pengertian Talaq
Talaq dari segi bahasa berertimelepaskan ikatan. Dari segi syara‘ ialahmelepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau seumpamanya.

Talaq : Perceraian yang dilakukan oleh suami dengan lafaz talak satu, dua atau tiga sama ada secara nyata atau kiasan.

Maka sesudah berlaku talak tiga, rujuk atau kahwin semula tidak boleh dilakukan lagi antara suami isteri tersebut. Perkahwinan semula antara keduanya hanya dibenarkan jika isteri yang diceraikan itu telah berkahwin dengan lelaki lain dan telah melakukan persetubuhan dengan suaminya yang kedua dan selepas suami yang kedua itu dengan kerelaan sendiri menceraikan isterinya itu.

Ini merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu jika ia diceraikan (oleh Suami yang baru dan habis ‘iddahnya) maka mereka berdua (bekas suami dan bekas isteri) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula) jika mereka benar-benar yakin dapat menegakkan aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.” (al-Baqarah: 230).

Dalil Harus Talaq
Firman Allah subhanahu wata‘ala, Maksudnya: “Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju‘ dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik.” (Surah Al-Baqarah, 2:229)

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anh yang bermaksud: 
“Rasulullah SAW telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian Baginda meruju`nya semula.” (Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Rukun dan Syarat Talaq
1.    Suami. Syarat-syarat suami ialah:
1.1    Mestilah seorang lelaki itu telah menjadi suami melalui
          perkahwinan yang sah, tidak jatuh talaq jika belum berkahwin
          atau setelah bercerai dan habis ‘iddah.
1.2    Hendaklah dalam keadaan sedar, tidak jatuh talaq jika
          sekiranya gila,  pengsan, mengigau dan pitam kecuali mabuk
          yang disebabkan meminum minuman keras dengan sengaja.
1.3    Baligh.
1.4    Dengan rela hati dan tidak dipaksa, tidak jatuh talaq jika
          diugut menceraikan isteri.


2.    Isteri. Syarat-syarat isteri:
2.1    Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah
          semasa diceraikan.
2.2    Talaq akan bertambah lagi jika suami mentalaqkan isteri yang
          di dalam ‘iddah perceraian talaq satu.


3.    Sighah (lafaz). Sighah talaq terbahagi kepada dua:
3.1    Lafaz sarih (terang), iaitu yang diucapkan dengan terang dan
          jelas. Lafaz sarih ini terbahagikepada tiga ucapan seperti
          berkata: “Aku ceraikan engkau talaq satu”,  “Aku lepaskan kau”
          dan “Aku talaqkan kau”. Talaq dengan lafaz yang seperti ini
          akan jatuh talaqnya walaupun tanpa niat.
3.2    Lafaz kinayah (lafaz kiasan), iaitu cerai yang dilafazkan
          menggunakan bahasa sindiran sepertiberkata: “Engkau
          haram atas diriku” atau “Pergilah balik ke rumah emak bapak
          kamu”. Lafaz kinayah ini akan jatuh talaq jika suami berniat
          menceraikan isterinya.

4.    Qasad (niat).


Hukum Talaq

Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya
diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi:
1.    Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan
       hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya.
2.    Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau
       ketika suci tetapi baru disetubuhi.
3.    Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin.
4.    Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab
        yang munasabah.

Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talaq. Walaubagaimanapun,
isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai dengan cara fasakh atau khuluq(tebus talaq).


Pembahagian Talaq

Talaq terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1.    Talaq Raj‘i, iaitu talaq yang boleh diruju‘ kembali tanpa perlu akad
        nikah iaitu ketika isteri dalam waktu ‘iddah (sebelum tiga kali suci
        daripada haidh).
2.    Talaq Ba’in, ia terbahagi kepada dua:
 
        2.2   Ba’in sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ oleh suami
                 kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian sama ada
                 melalui fasakh, khulu‘ atau talaq isteri yang belum disetubuhi.

        2.2   Ba’in kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ kembali dengan
                 cara biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi:

                
  Setelah selesai ‘iddah si isteri.
                
  Bekas isteri berkahwin dengan suami lain.
                
  Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku
                      perceraian.
                
  Selesai ‘iddah dari suami yang lain itu.


FASAKH

Pengertian Fasakh

Fasakh ialah membatalkan atau pembubaran akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.


Sebab Fasakh
Antara sebab yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh yang menghalang perkahwinan tersebut diteruskan seperti

1.   Sebab yang merosakkan akad.
       1.1    Perkahwinan antara muhrim, sama ada sebab keturunan, susuan
                 atau persemendaan.
        1.2    Isteri orang, atau isteri yang dalam tempoh ‘iddah talaq suami
                  pertamanya. 
        1.3    Pernikahan yang dilakukan semasa belum baligh (kecil) dan
                  apabila baligh minta difasakhkan akad itu. 
        1.4    Wali fasiq atau 
        1.5    Saksi fasiq (akad tidak sah sejak diadakan), 
        1.6    Murtad salah seorang daripada keduanya (akad terbatal)

2.   Sebab yang mendatang selepas pernikahan.
        2.1    Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad 
        2.2    Pasangan suami isteri bukan Islam semasa bernikah dan salah
                  seorang memeluk Islam. 
        2.3    Akad Nikah sah tetapi difasakhkan oleh qadhi atas tuntutan
                  isteri sama ada kerana suami berpenyakit (dalam kes ini
                  perkahwinan tidak boleh dibubarkan selagi tidak dibicarakan
                  dan diputuskan oleh qadhi atau hakim Mahkamah Syariah), 
        2.4    Tidak kufu’, 
        2.5    Suami tidak mampu membayar mahar (pemberian wajib
                  daripada suami kepada isteri) atau 
        2.6    Suami tak mampu beri nafkah (mengeluarkan belanja kepada
                  mereka yang berada di dalam tanggungan) atau 
       2.7.    Berlaku kesukaran di pihak isteri kerana suami hilang, suami
                  dipenjara, suami menyakiti isteri secara keterlaluan (penderaan
                  fizikal dan mental) atau sebagainya. 
        2.8    Suami telah melakukan salah satu perkara yang diharamkan
                  sebab persemendaan seperti berzina dengan ibu mertua 

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam [Negeri Melaka 2002, Seksyen 53] menambah lagi sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya fasakh seperti di bawah ini:

1.      Tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama
          tempoh lebih dari setahun.
2.      Suami cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah bagi
          nafkahnya selama tempoh tiga bulan.
3.      Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
4.      Suami telah tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah
          batin selama tempoh satu tahun.
5.      Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi
          sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa
          suami mati pucuk.
6.      Suami telah gila selama tempoh dua tahun, sedang mengidap
          penyakit kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin yang boleh
          berjangkit.
7.      Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum dia
          mencapai umur enam belas (16) tahun, menolak perkahwinan itu
          sebelum mencapai umur lapan belas (18) tahun dan dia belum   
          disetubuhi oleh suaminya itu.
8.      Walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan
          kerana suami atau isteri bersengaja enggan bersetubuh.
9.      Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama
          ada dengan sebab paksaan, kesilapan, ketidak sempurnaan akal atau
          lain-lain hal yang diakui oleh hukum syara‘.
10.    Suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu antaranya:

          10.1 Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita
                     
disebabkan  kelakuan aniaya.
          10.2 Berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang
                        berperangai jahat atau hidup keji mengikut pandangan hukum
                       syara‘.
          10.3    Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
          10.4  Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau
                       suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-
                      undang terhadap harta itu.
          10.5 Menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau
                      menjalankan kewajipan atau amalan agamanya.
          10.6  Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak
                       melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak
                      hukum syara‘.                    

Hikmah Fasakh
1.    Untuk menjamin hak dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya
       mereka teraniaya.
2.    Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki
        secara mutlak oleh suami sahaja.
3.    Menunjukkan keunggulan syari‘at Allah subhanahu wata‘ala yang
        Maha Mengetahui akan keperluan hambaNya.

KHULUQ (Tebus Talaq)

Pengertian Khuluq
Khuluq dari segi bahasa bererti melepas atau menanggalkan. Manakala dari segi syara‘ pula ialah perceraian daripada suami ke atas isteri dengan tebusan yang diterima oleh suami.

Contohnya suami berkata “Aku talaqkan kamu dengan bayaran sekian banyak” atau isteri berkata: “Aku menebus talaq ke atas diriku dengan bayaran sekian banyak”.

Khuluq : Ia juga dikenali sebagai ‘Tebus Talaq’ yang bermaksud pembubaran perkahwinan yang diperolehi oleh seorang isteri dengan membayar kepada suaminya dengan sesuatu benda yang berharga di mana kadar benda tersebut adalah berdasarkan persetujuan antara suami dan isteri berkenaan atau berdasarkan kepada keputusan qadhi. Ini dikira sebagai ganti rugi-kepada suami berkenaan.

Hal ini adalah berdasarkan pengertian yang diambil dari sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas RA bahawa isteri Thabit bin Qais telah datang berjumpa Rasulullah SAW lantas berkata “wahai Rasulullah, saya hendak meminta cerai dari suami saya dan tidak ada cacian terhadapnya tentang perangainya dan keagamaannya tetapi saya bencikan sifat kekufuran yang ada padanya sedangkan saya seorang Islam.” Maka sabda Rasulullah SAW “Adakah engkau bersedia mengembalikan kebunnya yang telah diberikan kepada kamu sebagai mas kahwin?” Jawabnya: “Ya saya bersedia.” Lalu baginda menyuruh Thabit bin Qais menerima kembali kebunnya dan menceraikan isterinya. Maka Thabit menerima perintah baginda dan diceraikan isterinya. (Bukhari dan an-Nasa’i)

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami dan isteri) takut tidak dapat menegakkan peraturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami tentang bayaran itu). Itulah peraturanperaturan hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 229)

Secara umumnya apa sahaja yang boleh dijadikan mahar (mas kahwin) boleh dijadikan bayaran khulu’. Iaitu setiap barang yang bernilai atau mempunyai manfaat dan ditentukan secara pasti tentang benda dan faedah yang hendak digunakan sebagai bayaran khulu’ tersebut.

Nafkah yang wajib ke atas suami kepada isterinya atau nafkah anak kecil yang berada di bawah jagaan ibu atau bayaran susuan dan jagaan anak dengan ditentukan jangka waktunya juga boleh dijadikan bayaran khulu’ dari isteri. Dengan ini nafkah yang wajib dibayar oleh suami tidak perlu lagi dibayar dan ia ditanggung sendiri oleh isteri.

Di antara kesan khuluq ialah bekas suami tidak boleh rujuk kepada bekas isterinya, bekas suami tidak boleh menambah talaq ke atas bekas isterinya, bekas suami tidak boleh menambah talaq ke atas bekas isterinya dalam waktu ‘iddah dan suami juga tidak boleh berkahwin dengan bekas isterinya kecuali dengan akad dan mas kahwin yang baru.

Iddah bagi isteri yang dikhuluq adalah sekali haidh dan pembubaran menerusi khulu’ ini boleh dilakukan pada bila-bila masa iaitu waktu suci atau waktu isteri sedang haidh.

Maka berdasarkan khuluq ini inisiatif untuk perceraian datang dari pihak isteri sendiri dan alasan yang boleh diterima oleh syarak. Namun dalam hal ini mana-mana suami adalah dilarang menggunakan kesempatan untuk bertindak menimbulkan kesukaran kepada isterinya bagi mendapat khuluq daripadanya kerana dalam kes begini ahli feqah berpendapat khuluq adalah batal dan bayaran tebus talaq dipulangkan kepada si isteri semula.

Dalil Pensyari’atan Khuluq
Firman Allah subhanahu wata‘ala, maksudnya: “Talaq (yang boleh diruju‘ kembali) hanya dua kali. Sesudah itu peganglah (ruju‘) atau lepaskan (cerai) dengan cara yang baik. Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri yang kamu ceraikan) kecuali jika keduanya takut tidak dapat menegakkan peraturan-peraturan hukum Allah. Oleh itu, kalau kedua-kedua kamu khuatir maka tidaklah berdosa tentang bayaran balik (tebus talaq) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya.” (Surah Al-Baqarah, 2:229)

Syarat Sah Khuluq
1.    Suami: Baligh, berakal, mukhtar (bebas) melakukan khulu‘ bukan
        dipaksa.
2.    Isteri: Hendaklah seorang yang boleh menguruskan harta dan mukallaf.
3.    Lafaz khuluq: Hendaklah disebut dengan terang.
4.    Bayaran khuluq: Hendaklah dijelaskan dengan jumlah yang tertentu.

Peringatan:
Walaupun isteri mempunyai hak untuk memohon fasakh dan khuluq, tetapi Rasulullah SAW menuntut agar ia tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Mana-mana perempuan yang memohon cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah maka haram ke atasnya bau syurga. (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad)


TA’LIQ

Pengertian Ta’liq
Ta‘liq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan ta‘liq tersebut.

Ta’liq : iaitu menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya: “Sekiranya kau pergi ke tempat tertentu maka kau tertalaq.”

Perceraian tidak berlaku semasa suami melafazkan ta’liq tetapi hanya berlaku sekiranya syarat yang disebut dalam lafaz ta’liq tersebut dilanggar.

Di Malaysia cerai ta’liq ini adalah suatu bentuk perceraian yang biasa diamalkan. Selepas akad nikah seseorang suami dikehendaki melafazkan ucapan ta’liq dan menandatangani surat ta’liq di hadapan juru nikah.

Contohnya seperti di Wilayah Persekutuan, lafaz ta’liq tersebut adalah: 

“Bahawa adalah saya mengaku apabila tinggalkan isteri saya (nama) selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut pada hal atau saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan memberi kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khulu” 
[Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, Kaedah-kaedah Keluarga Islam (borang dan Fee) 1985 (seksyen 134(3)]

Syarat Ta’liq
1.    Suami - Hendaklah mempunyai keahlian menjatuhkan cerai dengan
       melafazkan kata-kata ta‘liq.
2.    Belum berlaku - Hendaklah ta‘liq ke atas perkara yang belum berlaku
        atas perkara yang mungkin berlaku.
3.    Isteri - Hendaklah menjadi ahli cerai (masih menjadi isteri yang sah).

Contohnya suami berkata kepada isteri: “Jika engkau keluar dari rumah ini sepanjang ketiadaan aku, jatuhlah talaq engkau” atau “Apabila engkau pergi ke rumah si anu, jatuhlah talaq” atau “Manakala engkau pergi ke sana tanpa izinku jatuh talaq” atau sebagainya.

Apabila berlakunya perkara yang bertentangan dengan syarat yang dilafazkan, maka terjatuhlah talaq menurut hukum syara‘.

Peruntukan Undang-Undang Mengenai Ta’liq
Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 50seseorang perempuan yang bersuami boleh jika berhak memohon penceraian menurut syarat-syarat ta‘liq yang dibuat selepas akad nikah. Kandungan lafaz ta‘liq tersebut :

1.    Meninggalkan isteri selama empat bulan berturut-turut.
2.    Tidak memberi nafkah yang wajib selama empat bulan berturut-turut.
3.    Menyakiti tubuh badan isteri.
4.    Suami tidak mempedulikan isteri selama tempoh empat bulan berturut-
        turut.

LI’AN

Pengertian Li’an

Li‘an berlaku apabila terjadinya qazaf iaitusuami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak.

Li‘an ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja, maka hendaklah dia bersumpah empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta”.

Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar”.

Li’an : Ianya berlaku apabila seseorang suami bersumpah menuduh isterinya melakukan zina dan isterinya juga bersumpah menafikan tuduhan suaminya itu.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya.” (Surah An-Nur, 24:6-9)

Kesan Li’an
Berdasarkan Seksyen 51 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 menegaskan bahawa: “Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li‘an mengikut hukum syara‘ di hadapan seorang hakim syar‘i, atas penghakiman, maka hakim syar‘i itu hendaklah memerintahkan mereka difaraqkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.”

Mengikut peruntukan hukum syara‘, sekiranya yang menuduh (suami) enggan bersumpah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf dengan sebatan sebanyak 80 kali rotan. Manakala jika isteri yang dituduh pula tidak menolak tuduhan suaminya, maka dia akan dikenakan hukuman sebagaimana orang yang berzina kecuali kedua-dua mereka bersumpah dan melakukan li‘an.

Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan li‘an, maka ikatan perkahwinan mereka suami isteri akan terputus sama sekali dan mereka diharamkan berkahwin semula buat selama-lamanya.

Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Suami isteri yang melakukan li‘an apabila mereka berdua berpisah, kedua-dua mereka tidak boleh berkumpul (berkahwin) untuk selama-lamanya.(Riwayat Daruqutni)


ILA’

dIaitu apabila seseorang suami bersumpah dengan nama Allah SWT atau dengan menyebut sifat Allah SWT untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama empat bulan atau lebih atau dengan tidak menyebut tempoh masa. Tujuannya untuk bagi isteri merana dan susah. Perbuatan ini haram kerana menyeksa jiwa manusia.

Firman Allah SWT yang maksudnya: “Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri mereka, diberikan tempoh untuk empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talaq (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah: 226-227)

Saidina Ali radiyaLlahu 'anhu berkata : Apabila seorang lelaki melakukan ila' terhadap isterinya, talaknya tidak jatuh walaupun telah berlalunya empat bulan selagi si suami belum memutuskan samada menceraikan isterinya atau dia menarik balik sumpahnya (iaitu dengan rujuk kepada isterinya dan menyelesaikan kafarahnya) (Riwayat Malik rahimahuLlah dalam al Muwatta' alam kitab talak, bab ila' nombor 2/556. Hadis yang seumpama ini juga diriwayatkan daripada Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu.

Hukum Ila'
Jika suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya secara mutlak atau selama lebih daripada empat bulan, beliau telah melakukan ila' terhadap isterinya. Terdapat beberapa hukum syarak berkaitan dengan ila' tersebut :

Hakim hendaklah memberi peluang selama 4 bulan kepada suami bermula dari hari ia bersumpah. Ini akan memberi peluang kepada suami untuk menarik balik sumpahnya dan membayar kafarah sumpah atau menceraikan isterinya

Jika dia tidak mahu rujuk dan tidak mahu membayar kafarah sumpah, hingga tempoh 4 bulan tadi tamat, dan suami tetap dengan sumpahnya, maka ketika itu, hakim berhak mengambil salah satu tindakan berikut :

1.    Memaksa suami menarik balik sumpahnya dan kembali menyetubuhi
        isterinya serta membayar kafarah sumpah, jika dia bersumpah
        dengan nama Allah atau bersumpah dengan salah satu sifat Allah. Jika
        dia bersumpah untuk melakukan sesuatu atau bersedekah dengan
        sesuatu, dia hendaklah melakukannya.
2.    Memaksa suami menceraikan isterinya jika dia enggan menarik balik
       sumpahnya dan tetap berpegang dengan sumpahnya.

Sekiranya suami enggan melakukan salah satu daripada perkara di atas, maka hakim berhak menjatuhkan talaq satu bagi pihaknya. Itu adalah hak hakim untuk mengelakkan kemudaratan berlaku kepada orang lain dan tidak ada cara lain melainkan dengan hakim menjatuhkan menjatuhkan talak bagi pihaknya. Ketika itu hakim menggantikan tempat suami dalam menjatuhkan talak. Masalah ini sama dengan masalah membayar hutang dan menjelaskan hak-hak yang berbentuk harta.

Tindakan tersebut dilakukan jika suami tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada melakukan persetubuhan. Jika suami mempunyai keuzuran seperti sakit atau sebagainya, dia hendaklah diminta menarik balik sumpahnya dengan lidahnya sendiri seperti ia berkata : "Jika aku mampu bersetubuh aku akan menarik balik pendirianku dan sumpahku"

Kifarah Sumpah
1.    Merdekakan seorang hamba yang mukmin, atau
2.    Memberi makan kepada 10 orang fakirmiskin sehingga kenyang, atau
3.    Memberi pakaian kepada 10 orang fakirmiskin, jika tidak mampu
4.    Berpuasa tiga hari.
Sila rujuk ayat 89 surah al maaidah yang bermaksud :...maka kafaratnya ialah Memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, Atau memberi pakaian untuk mereka, Atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan tiga pilihan kafarat di atas), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah kafarat penebus sumpah kamu...

Setiap orang miskin (yang 10 orang tu) mesti diberikan secupak beras (3/4 cupak Malaysia). Mesti diserahkan kepada setiap orang fakir atau miskin. Tidak boleh bawa mereka belanja makan di kedai, juga tidak boleh ditukarkan kepada wang.


ZIHAR

Iaitu apabila seseorang suami itu
menyamakan belakang isterinya dengan belakang ibunya (atau orang yang diharamkan berkahwin dengannya). 

Maksudnya menyamakan isteri dengan emaknya sendiri tentang haram disetubuhi (macam sudah cerai). 

Maka jika selepas dia berkata demikian tiba-tiba dia diam tidak diringi dengan talaq atau cerai dalam masa kira-kira sempat berbuat demikian, nescaya dinamakan Zihar.

Hal ini dijelaskan di dalam al-Quran yang bermaksud: “Orang-orang yang ziharkan isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah) Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.” (al-Mujadalah: 2)


Rukun Zihar
1.     Suami
2.     Isteri
3.     Perkara yang diserupakan
4.     Lafaz zihar

Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami. Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama :-
1.      Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram.
           Contoh punggung, perut, kemaluan, tangan, kepala, kaki, rambut,
              dan  lain-lain . 
           Demikian pandangan kebanyakan ulama, Ulama Hanbali dan Maliki
              mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun
              tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa
             adillatuhu, 9/7173) Pandangan yang rajih adalah pandangan
             jumhur.
2.      Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan 
berkahwin dengan si lelaki samaada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Seperti Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dan lain-lain yang berkaitan.

Inilah pandangan mazhab utama, juga pandangan Hasan al-Basri, Ato Abi Rabah, As-Syabi, An-Nakhaie, Al-Awzaie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.

Pandangan Imam Syafie dalam 'Qawl Qadim': Tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi 'Qawl Jadid' Imam Syafie meminda ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syirazi dan al-Majmu, 19/45)

Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain. Tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arbaah 4/500; Ad-Dusuqi ala syarh al-Kabir 2/439; Ashal al-Madarik 2/169; Kifayatul akhyar 2/71)

Ulama Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan. Kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang.

Ulama Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian. (Ad-Dusuqi ala syah al-Kabir, 2/439)

Syarat yang diperselisihkan :- 

Mestilah diserupakan dengan anggota wanita.
1.    Kiranya ditasybihkan dengan lelaki seperti Belakang atau Punggung
        kamu seperti belakang atau punggung bapaku. Ulama Hanafi dan
        Syafie mengatakan
tidak jatuh zihar.
2.    Bagaimanapun Ulama Hanbali dan Maliki mengatakan jatuh zihar
       dengan syarat menyamakan dengan anggota yang tidak halal dilihat
        seperti perut, peha, kemaluan, punggung dan lain-lain yang seerti.
3.    Kiranya menyamakan dengan kepala bapa, rambut, hidung dan lain-
        lain, 
tidaklah dianggap zihar (Lihat ashal al-Madarik 2/170; Juga
        al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arbaah, 4/499). Semua mazhab mempunyai
        dalil masing-masing.

Ulama Syafiiyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)


4.   Sighah (Lafaz Zihar), Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-

      a.   Perlu kepada niat, jika ianya dibuat secara Kinayah (tidak jelas).
·                     Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti: Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.
·                     Sighah Kinayah (tidak jelas) pula adalah lafaz-lafaz yang boleh diandaikan bermaksud zihar tapi mungkin juga tidak seperti: Dinda ni seperti bondaku. Lafaz seperti ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dan lain-lain. Maka ia bergantung kepada niat si suami.
Lafaz ini telah ijma di kalangan ulama tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu Imam Nawawi yang dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mutie, 19/44)


      b.   Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang
memberi pengertian semasa.

·                     Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertian semasa seperti : Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda
·                     Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti : Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku
·                     Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti :  Awal tahun depan Punggung Dinda mesti macam seperti bonda kanda atau Kanda yakin perut Dinda memboyot seperti perut bonda Kanda dalam masa sebulan.     

Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar. (Rujuk Al-Bidayah al-Mujtahid 2/117; Matolib Uli An-Nuha 5/507 )  

      c.   Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita
            samada secara juzu atau sepenuhnya.(Bahagian yang diharamkan
            lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi). (Lihat BadaI as-Sanai , 5/2129)

Hukum Setelah Jatuh Zihar
Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit

1.    Haram menyetubuhi isterinya (yang diziharkan) kecuali setelah dibayar
        Kifarah. Ini adalah pandangan jumhur. Menurut tertibnya KIFARAH
        ZIHAR adalah

        1.1    Membebaskan seorang hamba yang mukmin, jika tak mampu..
        1.2    Puasa 2 bulan berturut-turut, jika tak mampu..
        1.3    Memberikan makanan yang mengenyangkan kepada 60 orang
                  fakir atau miskin, setiap orang 1 cupak makanan,..
        1.4    Jika tak mampu juga makan tetaplah kifarah itu tertanggung
                  keatas dirinya, bila ada kemampuan wajiblah dia sempurnakan
                  seberapa yang terupaya.
                   Dalilnya adalah daripada Firman Allah SWT surahal-Mujadalah
                   ayat 58.

2.    Tidak dibenarkan  istimta (bersedap-sedap, berseronok-seronok), sentuh dengan syahwat sebelum membayar kifarah juga tidak dibenarkan (Tahrim Wasail) di sisi ulama Hanafi dan Maliki ( BadaI as-SanaI, 5/2132; Ashal al-Madarik 2/170) Tetapi ianya harus di sisi ulama Syafie (Lihat Rawdah at-Tolibin 8/270; Fath al-Jawad 2/187; Ianah at-Tolibin 4/37)

Pandangan yang rajih adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail, kerana dibimbangi akan tergelincir ke persetubuhan. Pandangan lebih selamat bagi fatwa untuk orang awam. Kiranya sangat yakin tidak akan tergelincir dan tidak dapat menahan kesabaran hingga dibimbangi memudaratkan, maka ketika itu ia menjadi rukhshoh.

Kesimpulan Jawapan Terhadap Soalan (Mengambil Pandangan yang Rajih)

1.    Hanya jatuh (sabit) Zihar sekiranya menyamakan isteri dengan ibu,
        1.1    Nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami
                  berkahwin  dengannya secara kekal sama ada secara Keturunan,
                  Susuan mahupun Musoharah.
        1.2    Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit
                  zihar iaitu Seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat
                 semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah
                 sabit zihar. 
        1.3    Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan
                  mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit,
                  begitu juga menyamakan suara, rupa dan sebagainya.
        1.4    Istimta dengan isteri yang telah dizihar sebelum membayar
                  kifarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail.
                  Dibimbangi akan terlanjur. 

Justeru, menyamakan rupa, hidung isteri dengan rupa dan hidung anak tidaklah jatuh Zihar.

Bagaimana Menyamakan Punggung Isteri dengan Punggung Anak Perempuannya, sabit jatuh Zihar.

Walaupun si suami tidak berniat.

Masalah Kejahilan tentang hukum ini,mempunyai perbincangan yang lain yang agak panjang,



KESIMPULANNYA 
Menjadi kewajiban suami isteri sebelum berkahwin mengetahui hal yang berkaitan dengan hubungan suami isteri.

Wallahu alam.


Sumber: http://suraumadrasatulfalahiyah.blogspot.com