Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

23 March 2013

KEPIMPINAN - 15 Panduan Menjadikan Anda Pemimpin Hebat






15 PANDUAN MENJADIKAN ANDA PEMIMPIN HEBAT

Oleh Faudzil Harun



1.   Pemimpin Tanpa Visi Akan Gagal

       ● Pemimpin hebat memiliki visi yang jelas dan difahami pengikutnya.


2.   Pemimpin Tidak Berdisiplin Akan Gagal 

       ● Pemimpin hebat mempamerkan tahap disiplin diri yang tinggi.

      ● Pemimpin hebat menepati waktu, menghormati peraturan dan tidak
        mengamalkan “double standard” menjadi teladan kepada pengikutnya. 


3.   Pemimpin Jatuh Kerana Sikap dan Tingkah Laku.

       ● Pemimpin hebat mempamerkan sikap positif dan tingkah laku baik.


4.   Pemimpin Tidak Mengkaji Diri Sendiri Akan Gagal
      
      ● Pemimpin hebat selalu mengkaji “apa yang mereka tidak tahu”, 
         dan “apa kelemahan diri yang perlu diperbaiki” serta “apa yang perlu 
         dipelajari”.

      ● Pemimpin hebat tidak perlu menjadi orang paling bijak dalam pasukan 
         tetapi perlu memiliki keinginan tinggi untuk belajar dari orang lain.


5.   Pemimpin Tidak Membangunkan Pasukan Akan Gagal 

          Pemimpin menjadi hebat kerana pengikutnya. 

      ● Pemimpin hebat akan merancang, menganjur dan mengetuai aktiviti 
         untuk membangunkan pengikutnya.


6.   Pemimpin Tidak Membina Budaya Pasukan Akan Gagal 

         ● Pemimpin hebat membina budaya yang menjadi ikutan pengikutnya.

         ● Budaya akan menentukan kepercayaan dan amalan pengikutnya dalam
         proses mencapai visi yang telah ditetapkan.


7.   Pemimpin Tidak Berkomunikasi Akan Gagal

         ● Pemimpin hebat sentiasa berkomunikasi dengan pengikutnya secara
         langsung tanpa mewakilkan kepada orang lain.

         ● Komunikasi secara langsung akan menghindari masalah salah faham
         atau
salah tafsir pengikut.


8.   Pemimpin Tidak Bekerja Bersama Pengikutnya Akan Gagal 

         ● Pemimpin hebat bekerja bersama pengikutnya dan sentiasa membuat
         pengawasan terhadap keupayaan pengikutnya, keperluan peralatan dan
         sokongan dalam proses perlaksanaan tugas.

         ● Pemimpin yang bekerja bersama pengikutnya mendapat peluang untuk
         mempamerkan kemahirannya dan memberi bimbingan kepada
         pengikutnya.
       
      ● Pemimpin yang bekerja bersama pengikutnya dapat menghidu masalah
         diperingkat awal.


9.   Pemimpin Tidak Menghargai Akan Gagal
      
      ● Pemimpin hebat menghargai setiap sumbangan atau usaha pengikutnya
         walau sekecil manapun sekali pun peranan atau penglibatan itu.
      
      ● Ucapkan terma kasih boleh menjadi sangat bermakna.
      
      ● Meraikan kejayaan pengikut adalah idea yang bijak.


10. Pemimpin Tidak Peka Akan Gagal. 
      
      ● Pemimpin hebat peka kepada kepercayaan, budaya, adat resam, latar
         belakang, keupayaan, kelemahan dan lain-lain perkara yang berkaitan 
         sifat dan sikap manusia.


11. Pemimpin Tidak Fleksibel Akan Gagal 
      
      ● Pemimpin hebat memilih gaya kepimpinan yang bersuaian dengan 
         tujuan dan matlamat pasukan dan akan bertukar gaya kepimpinan 
         bergantung kepada faktor kesesuaian.


12. Pemimpin Tidak Menerima Kritikan Akan Gagal
      
      ● Pemimpin hebat mengundang kritikan dengan rela dan bersikap terbuka
         untuk tujuan positif.


13. Pemimpin Takut Mengambil Risiko Akan Gagal 
      
      ● Pemimpin hebat memiliki keberanian mencuba perkara baru.
      
      ● Pemimpin hebat sentiasa mencari idea untuk pemakukan perkara yang 
         sama dengan cara yang berlainan.
      
      ● Pemimpin hebat percaya bahawa “tidak mengambil risiko juga 
         merupakan satu risiko.”
      
      ● Pemimpin hebat percaya bahawa “hanya orang yang berani gagal secara
         hebat akan berjaya secara hebat.”


14. Pemimpin Tidak Bertanggungjawab Akan Gagal 
      
      ● Pemimpin hebat bertanggungjawab kepada kegagalan pengikutnya.
      
      ● Pemimpin hebat tidak menunding jari kepada pengikutnya.


15. Pemimpin Tanpa Dorongan Akan Gagal 
      
      ● Pemimpin hebat mendorong diri sendiri dan mendampingi orang yang 
         dapat memberi dorongan kepadanya.