KEPERCAYAAN MANUSIA
Oleh Faudzil Harun
Pengenalan
Secara amnya, tiga faktor utama yang membezakan manusia adalah Biologi, Budaya dan Kepercayaan.
Biologi membezakan manusia dari aspek gen (kecuali anak kembar seiras) dan bentuk fizikal (jantina, saiz, warna kulit, warna rambut dan segala yang berkaitan dengan bentuk fizikal manusia).
Budaya adalah segala amalan dalam proses manusia dibesarkan.
Cara seorang itu dibesarkan akan membentuk budaya dalam diri, keluarga dan kelompok atau kaum. Budaya dipamerkan dalam kehidupan seharian menerusi bahasa, loghat, pakaian dan cara hidup.
Definisi Kepercayaan
Untuk menerima sebagai benar atau reality atau berasa yakin terhadap sesuatu. Petikan dari http://www.thefreedictionary.com
Menerima sesuatu sebagai benar, terutamanya tanpa bukti
Petikan dari http://oxforddictionaries.com
Kepercayaan (dipetik dari Wikipedia, Ensiklopedia Bebas) secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan.
Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.
Apa Yang Mendorong Manusia Mempercayai Sesuatu?
Secara amnya, manusia percaya kepada sesuatu kerana terdapatnya bukti.
Namun ramai manusia percaya kepada suatu teori berdasarkan kepada kepercayaan ibubapa mereka atau orang disekeliling meraka dan bukan
kerana terdapat bukti dan fakta yang dipercayai oleh ramai saintis terkemuka.
Terdapat juga manusia yang mempercayai sesuatu kerana mereka rasakan apa yang mereka percaya itu benar (walaupun tanpa sebarang bukti, fakta atau teori).
Mengapa ia terjadi?
Adakah kerana mereka hanya percaya kepada diri sendiri atau kerana mereka tidak percayakan orang lain?
........ atau kerana mereka tidak sedar bahawa kepercayaan harus disokong dengan bukti atau fakta atau teori yang kukuh?
Atau kerana manusia terdorong dengan mitos berkaitan kepercayaan?
Mitos Berkaitan Kepercayaan
Terdapat pelbagai mitos berkaitan kepercayaan manusia. Antara mitos yang paling umum dalam kehidupan manusia adalah :
1. Semua adalah sama.
Ramai manusia beranggapan bahawa semua didalam dunia ini adalah
sama. Golongan ini beranggapan “anak lelaki dan anak perempuan adalah
sama kerana kedua-duanya dinamakn anak, memandu kereta Toyota dan
Honda adalah sama” kerana kedua-duanya dinakmakan kereta, “tidur
disiang hari dan tidur dimalam hari adalah sama” kerana manusia boleh
tidur dalam kedua-dua waktu tersebut , lalu golongan ini beranggapan
bahawa semua pendapat adalah sama.
Pada hakikatnya, bukan semua perkara itu sama kerana terdapat pendapat
yang betul dan salah, terdapat perbezaan dalam setiap perkara didunia
ini, malah “tiada dua benda atau perkara yang sama didunia ini”.
Adakah kanan dan kiri itu sama?
Adakah 2 x 5 dan 5 x 2 itu sama?
2. Membahaskan kepercayaan adalah suatu yang menyakiti.
Ada kalanya kepercayaan kita akan dibahaskan atau dicabar oleh orang
lain. Sebagai seorang manusia kita seharusnya mendengar dan mengkaji
pendapat lain yang membahaskan kepercayaan kita untuk tujuan menilai
samada kepercayaan kita itu betul? Namun ramai orang terlalu cepat
membuat kesimpulan dan menafikan pendapat orang lain.
Terdapat ramai orang beranggapan memberitahu seseorang bahawa
kepercayaannya itu tidak betul adalah suatu yang biadap dan menyakiti.
3. Saya percaya kerana saya merasa pasti mengenainya.
Walau sekukuh mana anda merasa kepercayaan anda betul, masih
terdapat kemungkinan bahwa kepercayaan anda itu mungkin salah.
Ramai orang beranggapan mereka percaya kerana mereka “rasa” apa yang
mereka percaya itu betul berdasarkan naluri mereka.
Rasa pada hakikatnya bukanlah bukti. Sebenarnya apa yang kita rasa itu
adalah andaian yang tidak pasti.
4. Kenyataan bertentangan adalah pertelingkahan.
Ramai manusia beranggapan mengeluarkan sesuatu kenyataan yang
bertentangan adalah pertelingkahan. Pada hakikatnya, mengeluarkan
kenyataan yang bertentangan bukan pertelingkahan kerana kerana ia
adalah suatu cubaan untuk mendapatkan kepastian atau mengesahkan
fakta atau bukti sebelum mempercayai sesuatu.
5. Tidak setuju adalah pertelingkahan.
Ramai manusia beranggapan pendirian tidak setuju merupakan suatu
pertelingkahan. Pada hakikatnya, manusia boleh pilih untuk tidak
bersetuju kerana manusia bebas melihat dunia ini mengikut cara mereka
sendiri.
6. Ilmu perlu di pamerkan menerusi sijil.
Ramai manusia hanya percaya kepada seseorang yang memiliki sijil
berkaitan apa yang mereka perkatakan. Mereka akan menafikan sebarang
kenyataan hanya kerana orang yang mengeluarkan kenyataan itu tidak
memiliki sijil dalam bidang yang diperkatakannya. Pada hakikatnya
manusia boleh belajar dan menjadi mahir dalam sesuatu bidang itu
menerusi membaca dan memahami apa yang mereka baca atau menerusi
pengalaman yang mereka lalui sendiri.
7. Siapa yang makan garam dulu?
Rami manusia percaya kepada kepercayaan tradisi dan masih berpegang
kuat kepada kepercayaan tradisi kaum atau etnik atau kepercayaan turun
temurun nenek moyang walau banyak kepercayaan itu tidak disertakan
bukti yang nyata.
Kadangkala kepercayaan mereka telah dibuktikan salah oleh kajian dan
penemuan manusia dalam alaf baru, namun mereka tetap percaya kepada
“orang yang makan garam dulu”.
8. Orang yang pintar juga bijak berfikir.
Kajian pakar menunjukan bahawa kepintaran tidak sama dengan
kebijaksanaan. Rami orang yang bijak bukan orang yang pintar dalam
pelajaran.
9. Ikut suara majoriti
Ramai orang percaya suara majoriti selalunya betul. Kepercayaan seperti
ini adalah pemikiran yang tersekat kerana ada kalanya "majoriti
bermaksud, semua yang tidak bijak berkumpul dalam kumpulan yang
sama." Pemimpin hebat berani membuat keputusan sendiri tanpa
berpandukan suara majoriti.
Kepercayaan Semasa Kecil
Kepercayaan manusia yang dibina sejak dari kecil selalunya akan mempengaruhi kehidupan mereka semasa dewasa. Sewaktu kecil, ibubapa atau penjaga merupakan sumber kepercayaan yang utama. Jika ibu memberitahu anda untuk memanggilnya mama, anda akan memanggil ibu anda mama sehingga keakhir hayat anda.
Jika ibu anda mengajar anda bahawa hantu berada disetiap tempat yang gelap, maka anda akan serta merta mempercayainya. Begitu juga jika ibubapa anda memanggil seekor binatang itu sebagai kucing, anda akan serta merta mempercayainya dan apabila anda mendapati terdapat orang lain yang turut mempercayai perkara yang sama, maka kepercayaan tersebut akan menjadi sangat kuat.
Semasa kecil, kanak-kanak juga mempercayai apa yang mereka dengar setiap hari. Jika ibu anda setiap hari mengatakan anda bodoh, anda akan membesar dengan kepercayaan anda seorang yang bodoh. Jika anda tidak berjaya lakukan sesuatu, anda akan percaya bahawa anda gagal kerana anda bodoh.
Apa yang anda lihat setiap hari juga mempengaruhi kepercayaan anda. Jika setiap hari anda melihat ibubapa anda bergaduh maka anda akan membesar dengan kepercayaan bahawa bergaduh itu adalah sebahagian dari kehidupan. Jika anda diajar bahawa dalam sebuah keluarga, bapa akan membuat semua keputusan, maka anda akan merujuk kepada bapa anda setiap kali untuk membuat keputusan kerana anda akan percaya hanya bapa anda layak membuat keputusan.
Tidak Mahu Mempercayai
Apa perasaan anda apabila terlihat atau terbaca kejayaan seseorang yang dahulunya anda kenali sebagai manusia yang nakal, samseng, jahil, pemalu, pendiam, miskin?
Adakah kepercayaan anda akan berubah secara serta merta atau anda akan mengatakan mungkin orang itu berjaya kerana menggunakan taktik menipu atau berjaya kerana dibantu oleh orang lain?
Adakah anda akan menafikan bukti yang telah anda lihat kerana sejarah silam?
Adakah anda akan menafikan orang itu telah mendahului anda?
Adakah anda akan berasa bangga dengan kejayaan orang yang anda kenali itu?
…………. atau adakah anda akan rasa sakit hati dengan kejayaan orang itu?
Pada haklikatnya, kejayaan itu adalah milik orang yang bijak dan berani mengambil risiko.
Ramai manusia terbelenggu dengan kepercayaan satu hala. Kepercayaan satu hala adalah kepercayaan bahawa hanya terdapat dua perbezaan dalam diri dan kehidupan manusia.
Contoh dua perbezaan adalah seperti ; Betul atau Salah , Berjaya atau Gagal, Baik atau Jahat, Pandai atau Bodoh, Kaya atau Miskin, Suka atau Benci.
Kepercayaan satu hala akan mempengaruhi manusia selalu berada dalam situasi “terpaksa memilih” satu diantara dua. Manusia yang memiliki kepercayaan satu hala hanya akan pilih apa yang mereka percaya “positif” atau “pilihan yang selamat”
Kepercayaan satu hala akan menghalang manusia dari mengambil risiko kerana kepercayaan “tidak mahu gagal” membuatkan manusia memilih “jangan ambil risiko, jika tidak mahu gagal”.
Perasaan “takut kepada kegagalan” akan membuatkan manusia enggan berganjak dari kepercayaan mereka demi kepentingan peribadi walaupun mereka kadangkala meragui kepercayaan mereka itu sendiri.
Percaya Apa Sahaja
Terdapat golongan manusia yang percaya apa sahaja yang mereka lihat, dengar dan baca. Golongan ini merupakan golongan yang terpedaya kerana mudah percaya apa sahaja tanpa mengkaji mesej yang diterima. Golongan terpadaya ini selalunya lebih mudah percaya jika cerita, tuduhan atau fitnah itu disampaikan oleh orang yang menampilkan diri sebagai orang baik, orang alim atau orang yang boleh dipercayai.
Seharusnya kajian kebenaran cerita, tuduhan dan fitnah dilakukan dengan cara bertanta soalan, meminta bukti, bertanya dengan orang lain yang lebih mengetahui dsb. Golongan ini selain mempercayai apa sahaja dengan mudah akan turut menyebarkan cerita, tuduhan dan fitnah kepada orang disekeliling mereka. Golongan ini tidak merasa berdosa mempercayai dan menyebarkan sehinggalah perkara yang sama berlaku kepada dirinya sendiri.
Manusia Percaya Apa yang Mereka Mahu Percaya
Petikan dari tulisan “Gregory Koukl” (People Believe What They Want)
Selalunya, manusia percaya apa yang mereka mahu percaya. Saya tidak bermaksud mereka percayakan sesuatu tanpa sebarang sebab, tetapi seringkali percaya tanpa alasan yang baik.
Kebanyakan orang akan memberikan alasan mengapa mereka percayakan sesuatu, tetapi namun ramai yang enggan menerima pandangan orang lain yang bertentangan dengan kepercayaan mereka walaupun pandangan lain itu disertakan dengan bukti.
Adakah orang seperti ini tidak mahu mengalah atau tidak mahu menerima pandangan orang lain kerana tidak mahu mengubah persepsi mereka kerana ego?
Kenapa manusia percaya ………. kepada apa yang mereka mahu percaya walaupun setelah terdapat bukti bahawa terdapat pendapat lain yang lebih betul?
Adakah kerana meraka takutkan kebenaran atau malu untuk mengaku apa yang tidak mereka ketahui?
Kenapa manusia percaya apa yang mereka mahu percaya dan bukan apa yang mereka mesti atau harus percaya?
Adakah kerana …………
Kita tidak boleh membuat mereka percaya apa yang mereka tidak mahu percaya?
Kita tidak boleh membuat mereka merasakan apa yang tidak mahu mereka rasakan?
Kita tidak boleh membuat mereka lihat apa yang mereka tidak mahu lihat?
Kita tidak boleh membuat mereka mendengar apa yang mereka tidak mahu dengar?
Kita tidak boleh membuat mereka lakukan apa yang mereka tidak mahu lakukan?
Ini adalah kerana semua yang disebutkan diatas mesti dilakukan oleh mereka sendiri dengan kerelaan sendiri untuk diri mereka sendiri.
Mengubah Kepercayaan
Kita sering terbaca atau terdengar ungkapan “khayalan menjadi kenyataan” (dream
come true). Adakah ini benar? Bagaimana khayalan akan menjadi kenyataan? Adakah
setelah menunggu lama, khayalan akan menjadi kenyataan? ………
Khayalan akan kekal sebagai khayalan kecuali anda menjadikan khayalan itu suatu
kenyataan.
Percaya Kepada Diri Sendiri
Ramai orang gagal untuk hidup dalam kehidupan yang mereka inginkan. Mereka
gagal untuk menyedari impian mereka dan berputus asa sebaik sahaja berhadapan
dengan halangan yang pertama.
Penyebab utama kepada perlakuan begini adalah perasaan takut yang menguasai diri mereka yang akhirnya akan mengakibatkan mereka hilang kepercayaan kepada diri sendiri.
Penyebab utama kepada perlakuan begini adalah perasaan takut yang menguasai diri mereka yang akhirnya akan mengakibatkan mereka hilang kepercayaan kepada diri sendiri.
Percaya kepada diri sendiri akan memastikan manusia bertindak sehaluan dengan
apa yang mereka inginkan walaupun ramai yang menentang.
Selalunya apabila anda membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang orang
lain telah gagal lakukan, ramai orang akan memberikan pelbagai pandangan
negatif kepada usaha anda itu. Berhadapan dengan situasi begini sering kali
boleh membuat anda meragui kebolehan anda sendiri dan ada kalanya anda akan
mengaku kalah.
Orang yang mempunyai kepercayaan tinggi kepada diri sendiri akan terus melalui
setiap halangan dan ranjau yang telah mereka pilih dan akan beroleh kejayaan
dan akan dapat merasakan nikmat kejayaan yang telah mereka cipta sendiri.
Jika anda tidak percaya kepada diri sendiri dan
berputus asa, tiada siapa yang akan mengingati anda tetapi jika anda percaya
kepada diri sendiri dan berjuang secara berterusan untuk mencapai apa yang anda
inginkan, ramai yang akan menentang pada awalnya tetapi terpaksa mempercayai
anda setelah melihat bukti kepada kejayaan anda.
Budha
pernah berkata “Kita adalah apa yang kita fikirkan : kepercayaan yang dibentuk semasa kita
membangun (membesar); dan kepercayaan itulah yang akan menentukan dunia kita.”
Jika anda senaraikan matlamat anda, dan memberi sepenuh komitmen kepada
usaha untuk mencapai matlamat itu, anda akan berjaya mencapainya.
Tiada Kegagalan Dalam Kehidupan
Pada hakikat sebenar, “Tiada Kegagalan
Dalam Kehidupan”, hanya terdapat hasil. Satu-satunya masa anda
gagal adalah waktu terakhir anda berhenti mencuba.
Manusia boleh
mengawal pemikiran dalaman. Manusia tidak
dapat mengawal minda mereka bukan kerana mereka gagal, tetapi kerana mereka
“tidak mahu”.
Satu-satunya perbezaan diantara manusia dan segala makhluk bernyawa yang lain
adalah; “manusia boleh memilih untuk
berubah.”
Mengubah Kepercayaan
1. Senaraikan perkara yang anda percaya mengenai diri anda secara jujur.
Contohnya : pandai, jujur, kuat tidur, berdisiplin, malas dan sebagainya.
2. Fikirkan dari mana datangnya setiap kepercayaan itu.
Contohnya : pandai – saya percaya saya pandai kerana saya banyak
membaca, saya suka bertanya, saya pandai
bercakap dan sebagainya.
3. Huraikan saya percaya orang yang banyak membaca adalah orang yang
pandai kepada : "saya percaya orang yang banyak membaca buku-buku
yang membina pengetahuan, kemahiran dan keupayaan berfikir adalah
orang yang bijak."
3. Huraikan saya percaya orang yang banyak membaca adalah orang yang
pandai kepada : "saya percaya orang yang banyak membaca buku-buku
yang membina pengetahuan, kemahiran dan keupayaan berfikir adalah
orang yang bijak."
4. Panjangkan huraian lagi saya percaya orang yang banyak membaca dan
memahami apa yang dibaca adalah orang yang pandai.
5. Huraikan dengan lebih jelas kepada saya percaya orang yang banyak
membaca dan memahami apa yang dibaca dalam
buku-buku, dan
seterusnya mempraktikkan apa yang dipelajari adalah orang yang bijak.
seterusnya mempraktikkan apa yang dipelajari adalah orang yang bijak.
Persepsi
Persepsi adalah satu proses
yang mana penerimaan naluri kita diterjemah dan digabungkan menjadi satu
pandangan yang menyeluruh terhadap persekitaran kita.
Persepsi selalunya merupakan tafsiran individu terhadap kenyataan, bukan pada kenyataan itu sendiri dan mewakili sikap individu itu.
Persepsi selalunya merupakan tafsiran individu terhadap kenyataan, bukan pada kenyataan itu sendiri dan mewakili sikap individu itu.
Faktor yang mempengaruhi persepsi antara lain harapan pengalaman masa
lalu, dan keadaan psikologi yang mana menciptakan kumpulan perseptual.
Selain
itu, beberapa faktor lain yang mempengaruhi persepsi, adalah:
1. Yang
paling berpengaruh terhadap persepsi adalah perhatian, kerana
perhatian adalah
proses mental ketika stimulus atau rangkaian stimulus
menjadi menonjol dalam
kesedaran, pada saat stimulus lainya menjadi
lemah.
lemah.
Apabila
seseorang melihat sesuatu dan berusaha membuat tafsiran
tentang apa yang dilihatnya, ia akan membuat kesimpulan yang turut
meliputi penampilan, tingkah laku, minat, pengalaman lalu, harapan dan
perkara lain yang melibatkan keperibadian.
tentang apa yang dilihatnya, ia akan membuat kesimpulan yang turut
meliputi penampilan, tingkah laku, minat, pengalaman lalu, harapan dan
perkara lain yang melibatkan keperibadian.
2. Stimulus boleh terdiri dari orang, benda atau peristiwa. Sifat-sifat
sasaran
itu biasanya berpengaruh terhadap persepsi orang yang melihatnya.
3. Faktor situasi dimana pembentukan persepsi itu terjadi juga mengambil
kira tempat, waktu, suasana dan lain-lain.
Jenis-jenis Persepsi
kira tempat, waktu, suasana dan lain-lain.
Jenis-jenis Persepsi
Proses pemahaman terhadap rangsang atau stimulus yang diperoleh oleh
panca indera menyebabkan persepsi terbahagi menjadi beberapa jenis.
Persepsi visual
Persepsi visual terhasil dari penglihatan. Persepsi ini adalah persepsi yang
paling awal berkembang pada bayi, dan memengaruhi bayi memahami dunianya. Persepsi
visual merupakan perkara yang paling umum diperkatakan dalam kehidupan.
Persepsi auditori
Persepsi auditori terhasil dari pendengaran.
Persepsi sentuhan
Persepsi sentuhan terhasil menerusi sentuhan kulit.
Persepsi bau
Persepsi penciuman atau olfaktori terhasil dari hidung.
Persepsi perasaan
Persepsi perasaan terhasil dari apa yang diucapkan.
Imaginasi adalah lebih penting dari ilmu pengetahuan. Namun terdapat perbezaan diantara imgainasi orang bijak, orang kaya, orang miskin, orang berpengetahuan luas, orang yang hanya
menurut kata, orang yang berani mengambil risiko, orang yang takut kepada kegagalan dsb. bergantung kepada apa yang mereka percaya.
Kepercayaan kepada Sistem
atau Sistem Kepercayaan?
Kepercayaan anda akan menentukan proses perkembangan anda dalam kehidupan. Kepercayaan anda akan menentukan pilihan anda. Kepercayaan anda akan mempengaruhi keluarga anda, malah akan menjadi ikutan generasi anda.
Anda mempunyai pilihan untuk menentukan kepercayaan anda.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.
Selamat Maju Jaya.
Kepercayaan kepada Sistem
atau Sistem Kepercayaan?
Kepercayaan anda akan menentukan proses perkembangan anda dalam kehidupan. Kepercayaan anda akan menentukan pilihan anda. Kepercayaan anda akan mempengaruhi keluarga anda, malah akan menjadi ikutan generasi anda.
Anda mempunyai pilihan untuk menentukan kepercayaan anda.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.
Selamat Maju Jaya.