MEMAHAMI BACAAN DALAM SOLAT
Memahami bacaan dalam solat adalah dituntut dan ia dapat menjadikan seseorang itu lebih kusyuk dalam solatnya apabila dia memahami apa yang dibacanya.
Takbiratul-Ihram
Allah Maha Besar
Doa
Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci
Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta
langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari
golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah
untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku
diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang
Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji
bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada
Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang
yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau
murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan
ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan
ketika Bangun dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan
ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan
ketika Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan
ketika Duduk di antara Dua Sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku
dan maafkanlah akan daku.
Bacaan
ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas
kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh
Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan
ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu
adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke
atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana
Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa
Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang
berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina
orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau
musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah
rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.