Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

24 March 2013

KOMUNIKASI - 9 Tip Berurusan Dengan Orang Yang Kritikal







9 TIP BERURUSAN DENGAN ORANG YANG KRITIKAL

Oleh Faudzil Harun




1.   Fahami Apa Yang Mendorong Orang Menjadi Kritikal
      
      ●  Kenal pasti apa yang mendorong orang itu menjadi kritikal dan
          hindarinya. 
      
      ●  Tukarkan perasaan benci kepada perasaan simpati.



2.   Jangan Abaikan Orang Yang Kritikal
      

      ●  Dengar dan kaji suara hati mereka kerana selalunya terdapat mesej 
          yang jujur.
      

      ●  Respon hanya kepada isu yang logik dan positif sahaja.



3.   Berterus Terang Mengenai Perasaan Anda
      

      ●  Maklumkan perasaan anda terhadap tindakan atau kenyataan negatif
          mereka.
      

      ●  Tanyakan perasaan mereka jika perkara yang sama dilakukan kepada
          ibubapa mereka.



4.   Fokus Kepada Isu Sebenar
      

      ●  Bersedia untuk berhadapan isu sebenar berdasarkan bukti dan fakta.



5.   Gunakan Perkataan Yang Sesuai
      

      ●  Gantikan perkataan kasar dengan yang lembut dan sopan.



6.   Kawal Respon Anda 

        Jangan menentang perbualan yang tegang. Kawal emosi dan lemparkan
        senyuman. 


7.   Jangan Berkongsi Kritikan

      ● Jangan berkongsi mengkritik orang lain bersama orang yang kritikal.



8.   Hadkan Masa Bersama
      

      ●  Jangan luangkan banyak masa bersama orang yang kritikal 
          terutamanya semasa mereka mengkritik anda.



9.   Menaruh Harapan Yang Realistik
      

      ●  Walaupun mereka boleh berubah, jangan harapkan perubahan itu 
          berlaku dengan pantas.



Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya