Faudzil @ Ajak

Faudzil @ Ajak
Always think how to do things differently. - Faudzil Harun@Ajak

30 March 2013

OSH MANAGEMENT - Kemalangan Maut Melibatkan Kren

Sumber : DOSH (JKKP)

















Satu kemalangan maut telah berlaku pada 13 Ogos 2011 melibatkan
sebuah kren berantai di sebuah tapak bina di Shah Alam. 

Kemalangan tersebut telah menyebabkan seorang pekerja tapak
pembinaan maut akibat terkena hentakan bum kren yang jatuh. 

Ketika kejadian, kerja-kerja mengikat spun pile untuk dialihkan keluar
dari kawasan liang lif sedang dijalankan. 

Ketika kren itu sedang mengangkat beban seberat 2 tan pada ketinggian
lebih kurang 2 meter, bum kren tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa
yang berada di atas tebing berhampiran liang lif. Luffing wirerope
didapati telah putus pada bahagian pulley atau bridle.


Langkah Keselamatan:

1. 
Satu sistem kerja selamat bagi operasi mengangkat perlu disediakan 
     dan disenggarakan. Antara lain, risiko tergelincir atau anjakan mana-
     mana beban harus ditangani dengan betul;

2.  Pemasangan kren haruslah dijalankan dengan betul dan terperinci
     sebelum kren memulakan kerja;

3.  Kerja- kerja mengangkat harus dirancang dan dijalankan dengan
     sistematik agar beban yang diangkat tidak melintasi kawasan kerja
     pekerja pembinaan;

4.  Sebarang maklumat, arahan dan latihan yang diperlukan serta
     penyeliaan bagi keselamatan di tempat kerja hendaklah disediakan;

5.  Pihak penyenggara haruslah menjalankan pemeriksaan berkala secara
     terperinci keatas setiap komponen kren yang penting. Tiada gear, 
     rantai atau talidawai boleh digunakan untuk mengangkat melainkan 
     jika ia dalam keadaan baik, teguh dan mempunyai kekuatan yang 
     mencukupi dan bebas daripada kecacatan paten.

6.  Pemeriksaan harian keatas bahagian-bahagian kren -struktur utama,
     komponen yang dipacu dan peranti kawal keselamatan hendaklah
     dijalankan oleh kren operator yang bertauliah sebelum ianya
     dikendalikan.