Oleh Faudzil Harun - Trans Management Consultants (TMC)
Apa itu Kepimpinan?
Kepimpinan adalah suatu yang kompleks. Terdapat pelbagai tafsiran dan pandangan yang menghuraikan perkataan “Kepimpinan.”
Kepimpinan akan ditonjolkan apabila perkara berikut berlaku :
1. Mempengaruhi Orang
Apabila Individu atau sekumpulan orang mempamerkan perasaan suka,
percaya dan hormat kepada seorang individu.
2. Mengubah Tingkah Laku Orang
Apabila individu atau sekumpulan orang yang menujukkan perubahan
tingkah laku atau tindakan hasil tindakan seseorang.
3. Suatu Proses Menjadikan Orang Komited untuk Melaksanakan Sesuatu
Apabila invidu atau sekumpulan orang melaksanakan tugas secara
sukarela pada standard dan kualiti diluar kebiasaan dan memperlihatkan
tingkah laku yang menuju pencapaian suatu matlamat.
Tiga situasi diatas menunjukkan kepimpinan merupakan “Hubungan
Kemanusiaan” yang memiliki visi, keupayaan mempengaruhi orang dan
kemahiran berkomunikasi.
4 Faktor Kepimpinan
Terdapat 4 faktor utama dalam kepimpinan seperti berikut :
Pengikut
Dasar kepada langkah permulaan adalah kefahaman kepada sifat dan tabiat
semula jadi manusia seperti keperluan, emosi dan dorongan.
Pemipmin
Seorang pemimpin perlu memiliki kefahaman jujur tentang diri sendiri dan apa
yang boleh dilakukan.
Komunikasi
Memimpin menerusi komunikasi dua hala.
Situasi
Segala perkara adalah berbeza. Apa yang dilakukan dalam suatu situasi tidak
semestinya berhasil dalam situasi yang lain.
Sebahagian dari perbezaan yang ketara adalah :
 
Perbezaan Pengurusan dan Kepimpinan
Kepimpinan dan pengurusan bukan
perkara yang sama tetapi berhubung kait
diantara satu sama lain dan perlu
berjalan serentak. Secara umumnya
merancang, menganjur dan koordinasi merupakan
tugas utama seorang
pengurus manakala tugas utama seorang pemimpin adalah
mempengaruhi,
menanam inspirasi dan mendorong orang. Membuat perbandingan
peranan
seorang pengurus dan pemimpin boleh membantu memahami dengan lebih
jelas. 
Sebahagian dari perbezaan yang ketara adalah :
| 
PENGURUS | 
PEMIMPIN | 
| 
Memiliki orang
  bawahan | 
Memiliki
  pengikut | 
| 
Mentadbir
  mengikut sistem | 
Mewujudkan
  perubahan | 
| 
Mengawal | 
Membangunkan | 
| 
Fokus kepada
  sistem dan struktur | 
Fokus kepada
  orang | 
| 
Bergantung
  kepada kawalan | 
Bergantung
  kepada kepercayaan | 
| 
Selalu melihat
  keputusan | 
Selalu melihat
  kesan secara meluas | 
| 
Selalu ikut
  atau meneruskan idea lama | 
Selalu
  mewujudkan idea baru | 
| 
Melakukan
  perkara dengan betul | 
Melakukan
  perkara yang betul | 
| 
Mahukan
  keputusan | 
Mahukan
  pencapaian | 
| 
Merancang
  detail | 
Menentukan hala
  tuju | 
| 
Mengelak
  konflik | 
Menggunakan
  konflik | 
| 
Mengurangkan
  risiko | 
Mengambil
  risiko | 
| 
Membuat
  keputusan | 
Membantu orang
  membuat keputusan | 
| 
Mengambil kredit | 
Memberi kredit | 
| 
Menyalahkan
  orang | 
Bertanggungjawab
  terhadap kesalahan | 
| 
Bergerak
  mengikut laluan senang | 
Menerokai
  laluan baru | 
| 
Suka kepada
  tindakan | 
Suka kepada
  usaha untuk bertindak | 
| 
Menetapkan
  peraturan | 
Mengubah dan
  melanggari peraturan | 
| 
Menonjolkan
  kuasa | 
Menonjolkan
  sentuhan peribadi | 
| 
Suka berkata
  saya | 
Suka berkata
  kami | 
| 
Mengarahkan apa
  yang patut dilakukan | 
Mengajar
  bagaimana untuk melakukan | 
| 
Memberi arahan | 
Memberi
  dorongan untuk bertindak | 
| 
Membuat tuduhan
  terhadap kerosakan | 
Membetulkan
  kerosakan | 
Peranan pegurus dan pemimpin boleh di asingkan pada suatu situasi. Ada
kalanya seorang pengurus hanya perlu menurut perintah dan melaksanakan tugas
merancang, memberi arahan dan menetapkan kaedah perlaksanaan tugas untuk
mendapatkan hasil yang dimahukan. Fokus pengurus pada waktu ini adalah efisyen.
Tetapi dalam dunia moden ini, pengetahuan, kemahiran dan kekuatan pasukan menjadi nilai yang diutamakan. Kemahiran kepimpinan manjadi satu keperluan untuk menghasilkan pengikut yang berilmu, memiliki kemahiran untuk membentuk satu pasukan yang produktif yang dapat bertahan untuk jangka panjang.